POS TERKINI

Khamis, Julai 30, 2009

Allah ajarkan tentang mengenaliNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pagi ini tangan kanan saya sangat sakit akibat terseliuh ketika aktiviti lasak petang semalam. Apa saja aktiviti yang ingin dilakukan terasa sukar seperti solat, makan dan sebagainya. Barulah terasa nikmat punya tangan sihat. Sebaris urat saja yang tercedera, seluruh kehidupan jadi celaru ... Nikmat Tuhan yang mana satukah yang kau dustakan ....

Namun saya redha di atas kesakitan ini ... semoga menjadi penawar dosa-dosa yang pernah saya lakukan ..

Saya sangat bersyukur di ajarkan Allah mengenaliNya. Satu doa yang sering saya panjatkan adalah ..."Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, ajarkan aku mengenaliMu". Ketika pelatihan solat khusyuk oleh Pak Ustaz Abu Sangkan yang saya hadiri pada minggu lepas, Pak Ustaz ada mengajarkan tentang makrifatullah ... Saya menangis sebaik saja dialirkan kefahaman oleh Allah tentang mengenaliNya ...tangisan itu bukan dari hati yang sedih (saya dapat membezakannya) ... namun airmata terus mencurah-curah tanpa dipaksakan ... seolah-olah ada suatu yang berlaku di dalam chemisty tubuh saya yang mengeluarkan airmata itu ... Apapun saya sangat bersyukur kepada Allah dapat mengenali Allah dengan lebih baik ...selama ini tertutup oleh pandangan mata yang sering menipu ..

Di manakah Allah? Kita sering merasakan Allah itu jauh ...nun di Arsy yang kita sering bayangkan suatu tempat yang jauh di atas langit sana ... Itulah antara sebab kita sukar untuk khusyuk di dalam solat kerana merasakan Allah itu jauh ... Cuba kita bayangkan seekor tikus yang berjalan di hadapan mata kita.... Apakah yang menggerakkan tikus itu ...Siapakah yang menggerakkan tikus itu ...dengan daya apakah tikus itu dapat bergerak? Kita sering tidak nampak Allah di sebalik gerakan tikus itu kerana mata kita tertutup oleh kewujudan tikus itu ... mari kita bayangkan tikus tadi itu mati. Lantas ia tidak bergerak lagi ... kemudian bangkainya dicampakkan di tepi jalan. Apa yang akan terjadi selepas itu? Sedikit demi sedikit bangkai itu akan reput dan di bawa terbang oleh angin yang lalu dan tikus itu terus hilang ...fana' ....justeru tikus itu pada hakikatnya wujud atau tidak wujud? Apakah yang ada di sebalik gerakan tikus tadi? Itulah Allah yang memberikan kehidupan dan menggerakkan tikus yang lalu di hadapan kita. Tanpa Allah dan daya yang diberikan Allah, tikus itu tidak mampu bergerak malah tikus itu sebenarnya tidak wujud ....yang wujud kekal abadi hanyalah Allah tetapi kita tidak nampak Allah di sebalik gerakan tikus tadi kerana mata kita tertutup oleh kewujudan tikus itu ... maka tikus itu merupakan 'cover' yang menutup mata kita dari melihat keberadaan Allah ..."Di mana pun kamu mengadap di situlah wajah Allah ..." Maka apa saja yang kita lihat contohnya pokok yang bergoyang, maka di balik pokok yang bergoyang itu adalah Allah ... apabila kita melihat KLCC ...bangunan KLCC adalah covernya saja ...di sebalik bangunan itu adalah Allah ...yang menciptakan besi-besi, batu-batu, yang memberi daya pada manusia untuk membangunkannya ... Justeru apa saja kita lihat di situlah Allah kerana daya kekuasaan Allah meliputi semuanya ...

Tidak faham? Saya mengelirukan anda? Usah risau-risau ...kalau tidak faham tunggu saja masanya Allah mengalirkan kefahaman itu pada anda. Kalau anda dapat memahaminya bersyukurlah kepada Allah yang mengalirkan kefahaman itu ke jiwa anda ...

Beberapa bulan sebelum saya dialirkan kefahaman ini, ada suatu peristiwa yang menarik ...Saya sedang memandu di sebuah lebuhraya dan cuaca ketika itu sangat cerah dan cantik. Tanpa dirancang, secara spontan terkeluar dari mulut saya, "Ya Allah, rindulah ..." luahan hati saya kepada Allah. Ketika itu juga saya dapat merasa bahawa Allah membalas luahan hati saya bila saya dapat mendengar suara yang tidak dapat didengari oleh telinga tetapi di fahami oleh hati mengatakan kepada saya, "Lihatlah dilangit sana ... Kau akan menjumpaiKu di sana ..." saya terus mendongak ke langit yang biru yang begitu cantik ketika itu ...dan dapat merasakan suatu kebahagian yang sukar diceritakan, merasakan Allah bersama saya, sedang juga merindui dan mencintai saya ....Kini setelah saya mengerti tentang makrifatullah barulah saya faham kenapa Allah berada di langit sana ... kerana Allah ada di mana-mana ....Maha Suci Engkau Ya Allah yang mengajarkan kami apa yang tidak kami ketahui ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, Julai 17, 2009

Allah ajarkan bahawa Dialah Yang Mengatur Segala Urusan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sebelum subuh tadi saya sms kan kepada beberapa orang rakan untuk berkongsi sebuah perasaaan ....

"Sekiranya kau tahu indahnya mencintai Allah, kau tidak akan mahu mencintai yang lain ...."

Selama ini mungkin kita sangat mudah tertipu dengan cinta dunia kerana kita tidak dapat merasa indahnya mencintai Allah. Carilah cinta itu ...ia ada terlalu dekat dengan kita ....Seperti kata pak Aa Gym, kalau kita sedang memandu di dalam hujan lebat dan wiper kereta rosak, maka kita akan resah ... resah kerana kita tidak nampak jalan di hadapan, tetapi jalannya ada atau tidak, tanya pak Aa Gym, ada bukan? tapi kenapa kita resah? kerana kita tidak nampak jalan itu ..dan persoalannya, kenapa kita tidak nampak? ada suatu yang menutupi penglihatan kita ...

Berdoalah dengan Ya Allah Ya Waddud ...mohon merasakan cinta Allah, insyaAllah Allah akan mengurniakan kepada kita ... dan apabila kita merasakannya nanti, insyaAllah kita tidak akan mahu mencintai kepada yang lain ..

Pagi ini saya ingin berkongsi pengalaman di mana Allah ajarkan bahawa Dialah Yang Mengatur Segala Urusan

Saya merupakan ahli kepada semua pertubuhan dan seperti kebiasaannya, antara kaedah memilih kepimpinan adalah melalui pencalonan dan undian. Begitu juga dengan pertubuhan yang saya masuki ini ... Sudah agak lama saya tidak berada di dalam kepimpinan di peringkat negeri dan pusat, dan saya fikirkan ingin menyumbangkan fikiran dan tenaga ke arah memperkemaskan lagi saf perjuangan dengan sedikit ilmu pengurusan yang diberikan Allah. Justeru pada tahun ini apabila saya dicalonkan bagi jawatan exco di peringkat negeri, saya pun menerimanya.

Ketika dalam perjalanan ke AGM (Annual General Meeting), saya berbual dengan sahabat saya, Noorita. Ketika itu saya terfikir bagaimana sekiranya saya terpilih, agak sukar saya hendak melaksanakan amanah yang diberikan kerana hampir setiap minggu saya mengadakan program-program motivasi. Kebanyakan mesyuarat di peringkat negeri dan program-program dakwah di adakan pada hujung minggu. Justeru kami pun berbual tentang perkara itu ... Kemudian Noorita bertanya, "macamana?" seketika itu saya katakan kepadanya, "tak apalah Ita, kita serahkan pada Allah, sekiranya ana terpilih, Allah akan mengaturkannya .."

Saya diminta oleh kepimpinan ketika itu untuk mempengerusikan AGM itu. Saya agak terkejut dan merasa risau juga kerana biasanya orang yang mempengerusikan AGM akan menang dengan mudah. Mesyuarat dimulakan dengan pengumuman dari Jawatankuasa Pengundian. Saya sebagai pengerusi menjemput wakil tersebut. Beliau pun memberi taklimat tentang prosidur pengundian dan menyebutkan semua nama-nama yang dicalonkan dan saya terdengar nama saya disebut di dalam senarai itu.

Apabila wakil tersebut ingin mengundurkan diri, ahli-ahli AGM meminta agar calon-calon diperkenalkan. Maka wakil jawatankuasa pengundian pun naik semula ke atas dan menyebut nama-nama calon satu persatu dan calon yang dipanggil pun bangun memperkenalkan diri. Segala Pujian bagi Allah ... Allah menutupkan nama saya dari pandangan matanya dan nama saya telah tidak dipanggil ketika sesi pengenalan itu ....Saya biarkan saja sehingga selesai pengumuman dan saya terus mempengerusikan mesyuarat.

Keputusannya saya tidak terpilih di dalam pemilihan itu dan saya rasa sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang mengatur segala urusan. Saya dapat merasakan ketika itu betapa Allahlah yang sebenarnya menyusun dan mengatur kehidupan kita; kita hanya perlu tunduk, patuh, beriman, bertakwa dan ikhlas kepadaNya, kemudian kita sandarkan seluruhnya kepada Allah seperti bersandarnya bulan, bumi dan matahari ...maka diaturkan Allah perjalanan orbit bulan, bumi dan matahari dengan penuh keteraturan ...Maha Suci Allah yang mengatur segala urusan.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui






Isnin, Julai 13, 2009

Allah ajarkan tentang Redha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Banyak pula saya menulis pada hari ini. Alhamdulillah, ada masa diberikan Allah, saya cuba gunakan masa yang ada untuk sharing kefahaman yang saya perolehi, semoga dapat dimanfaatkan ...

Petang itu pada 7 Julai 2009 saya mohon dari bos saya untuk pulang awal kerana badan saya tidak berapa sihat sejak semalam. Pada hari itu saya menggunakan satu jalan lain yang jarang saya gunakan. Di satu selekoh saya berhenti di belakang sebuah kereta Perodua dan tiba-tiba kereta itu reverse dengan lajunya dan melanggar kereta saya. Bahagian depan kereta terangkat dan kemek. Saya pun terus keluar, begitu juga pemandu kereta di hadapan, seorang anak perempuan berumur 18 tahun yang baru mendapat lesen memandu 2 bulan yang lepas. Ramai orang ditepi jalan yang memerhatikan.

Alhamdulillah saya rasa bersyukur ketika itu ...saya bersyukur kerana pada fikiran saya ketika itu ....It could have been worse ... saya memberikan senyuman kepada anak itu dan mendapatkan particularnya ...saya nasihatkan dengan baik agar setiap kali hendak reserve jangan lupa melihat cermin terlebih dahulu. Dia pun menganggukkan kepala dan memberikan senyuman kembali kepada saya ...

Setelah itu saya pun terus memandu kereta dan dengan perasaan sedar bahawa kemalangan itu adalah ketentuan Allah dan saya berdoa agar Allah mudahkan saya menguruskan urusan membaiki kereta dan claim insurance.

Alhamdulillah dua hari selepas itu iaitu pada 9 Julai 2009, kereta saya siap dibaiki dan beberapa calar yang telah sediaada sebelum ini (sebelum kemalangan) juga telah cantik ditutupkan dengan cat yang baru dan bersinar-sinar ...Saya tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran kerana segalanya ditanggung oleh syarikat insuran.

Saya melihat peristiwa ini sebagai ujian dari Allah samada kita redha atas ketentuanNya. Apabila kita bersabar dan redha insyaAllah, Allah akan menambahkan lagi nikmatNya kepada kita .....

Allah ajarkan tentang Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabaarkatuh,

Pastinya kita dapat merasakan kasih sayang Allah di mana pun kita berada, namun sukar untuk kita merasa seperti orang bercinta dengan kekasihnya apabila membicarakan tentang cinta kepada Allah ....

Alhamdulillah pada satu hari saya diajarkan untuk mengosongkan hati sekosong-kosongnya untuk Allah dan saya tidak dapat mengungkapkan perasaan kebahagian yang dirasakan ketika itu apabila semua yang lain selain dari Allah hilang dan yang ada hanya Allah .... Saya bertanyakan kepada diri saya yang sangat jahil ini ...Inikah syurga di dunia ...kebahagiaan kurniaan Allah merasai cinta dan kasih Allah ...pastinya panjang perjalanan lagi yang harus saya tempuh ....

Kemudian saya terfikirkan suatu perkara yang boleh menghijab kita dari rasa kecintaan kepada Allah ini iaitu apabila kita asyik sibuk mengingati manusia lain di dalam alam percintaan yang pada hakikatnya hanya sebuah ilusi. Ketika itu di fikiran kita hanya ada manusia itu, sering terfikirkannya, membuat sesuatu kerananya dan sebagainya ...Justeru tempat di dalam hati kita yang sewajarnya dimiliki oleh Allah dimiliki oleh insan itu ...dan kebiasaannya Allah akan hilang entah ke mana di dalam kehidupan kita apabila kita di dalam kemabukan cinta sesama manusia.

Maka saya teringat kisah seorang anak perempuan yang berusia 13 tahun ketika itu di mana seperti kebiasaannya anak-anak perempuan akan mendapat 'love letters' dari secret admirersnya di kalangan pelajar lelaki di sekolah. Namun di dalam beberapa pelajar lelaki yang meminatinya, ada seorang pelajar lelaki yang begitu beriya-iya dan bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan cinta anak perempuan ini sehingga kisah ini menjadi bualan mulut di sekolahnya. Maka kerana tidak tahan dengan tuduhan yang diterimanya, maka anak perempuan ini memanggil pelajar lelaki itu dan berkata, "Awak suka saya ke?" dan pelajar itu mengiyakannya. Dan kemudian anak perempuan ini berkata, "Ok, kalau saya suka pada awak, lepas ni kita nak buat apa? Kita nak kahwin ke?" Terkedu budak itu mendengarkan kata-kata anak perempuan ini tadi. Anak perempuan ini yang kini sudah memasuki usia awal dua puluhan menceritakan kepada saya bahawa ketika itu dia berfikir dan bertanya kepada dirinya, apa yang boleh dibuatnya dengan pelajar lelaki itu sekiranya dia menerima 'cinta'nya ... nak call saja untuk berbual tak boleh, nak keluar dating tak boleh, nak saja-saja bersms tak boleh kerana itu semua mengundang kepada tipu daya nafsu yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina dan sebagainya. Saya amat kagum dan terharu kerana pada usia 13 tahun dia boleh memikirkan itu semua. Hingga ke saat ini dia tidak mahu untuk bercouple sebelum berkahwin ... dan yakin bahawa jodoh itu sudah di tentukan Allah. Alhamdulillah ...

Kemudian saya berbual pula dengan seorang anak muda lelaki berusia 18 tahun, boleh dikatakan handsome juga orangnya dan sering menjadi bualan pelajar perempuan ketika di sekolahnya dulu... baru-baru ini dia memasuki salah sebuah universiti tempatan tetapi di peringkat foundation studies. Dia memberitahu saya bahawa terdapat beberapa pelajar wanita yang tak dikenalinya menghampirinya dan meminta nombor telefonnya. Dia memberitahu bahawa dia tidak mahu memberi nombor telefonnya kerana yakin bahawa perhubungan di antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin boleh membawa kepada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar.

Dua kisah ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya betapa di usia muda anak-anak ini mengenal penciptaNya dan tidak mahu tertipu dengan alam pencintaan yang boleh menyukarkan perjalanan mencari cintaNya Allah ...

Kesimpulan penulisan saya ini adalah harapan saya kepada anak-anak muda agar jangan tertipu dengan perasaan cinta dan sayang dengan pasangannya yang belum dikahwininya walaupun sudah berstatus tunang... ini boleh menghijab kecintaan kepada Allah. Yakinlah bahawa jodoh itu telah ditentukan oleh Allah, belum tentu tunang kita akan menjadi isteri / suami kita ... apabila masanya telah tiba untuk kita berumah tangga maka carilah pasangan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu dengan terus merisik dan meminang wanita yang ingin dinikahi ...mungkin agak pelik kata-kata saya ini kerana masyarakat kita sudah terlalu biasa dengan hakikat bahawa setiap anak muda perlu mencari pasangannya dan kekal berkawan ada kalanya sehingga bertahun-tahun barulah berkahwin ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Allah ajarkan tentang Keseimbangan dalam penciptaanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Peristiwa ini terjadi dalam dua minggu yang lalu. Saya ingin mendapatkan 'favor' seorang rakan baik saya, pakar di dalam kualiti untuk membuat audit 5S di pejabat sebelum MPC (Malaysian Productivity Center) datang untuk buat Surveillance Audit terhadap 5S certification kami. Pada mulanya memandangkan kesibukan, beliau bertanya kalau boleh dihantarnya pembantunya tetapi saya meminta beliau sendiri untuk datang. Beliau pause sebentar di dalam 3 saat dan berkata, "Ok Puan, I akan datang". Ketika itu saya dapat merasakan bahawa beliau bersetuju untuk datang atas rasa kasih sayang persaudaraan Islam yang terjalin di antara kami sejak sekian lama. Saya dapat merasakan perasaan kasih sayang itu dan merasa sungguh bahgia di atas kurniaan rasa kasih sayang ini yang sebenarnya dari Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ketika itu juga saya bayangkan orang-orang yang bersama saya, ibu, ayah, suami, anak-anak, sahabat-sahabat seusrah, rakan-rakan sejemaah, anak-anak fasi yang mengadakan program motivasi bersama saya ...Saya merasakan kasih sayang mereka dan ketika itu perasaan kebahgiaan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian dalam beberapa saat selepas itu, Allah bayangkan pula kepada saya bahawa ada juga manusia yang tidak suka kepada saya, yang sering memburukkan saya dan mungkin akan rasa kepanasan kalau mendengar nama saya ...

Kemudian ketika itulah saya diberi kefahaman tentang keseimbangan dalam penciptaan Allah. Allah menciptakan semuanya dalam keadaan berpasangan dan keseimbangan. Ada besar ada kecil, ada panjang, ada pendek, ada sejuk dan ada panas ...ada orang baru lahir ada orang yang mati ...mungkin kalau tidak akan penuhlah dunia ini dengan manusia (Hanya Allah Yang Maha Mengetahui) ...

Justeru ada orang yang sayang dengan kita dan ada orang yang benci dengan kita...tidakkahitu juga sunnahtullah ... Itulah juga yang berlaku kepada Rasulullah SAW, ada yang sangat sayang kepada baginda dan ada yang sangat membenci ...Maka jika ada orang yang membenci kita, tak perlulah kita fikirkan sangat dan kita merasa sedih ...ianya adalah sebahagian dari Sunnahtullah, bukti keseimbangan yang sempurna di dalam penciptaan Allah. Mungkin kalau tak ada orang yang benci kita, kita rasa cukup hebat dan sempurna ...bila ada orang yang tidak suka, kita akan melihat kelemahan-kelemahan kita dan berusaha untuk membaikinya ...


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Allah Ajarkan Bahawa Dialah Majikan Saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Penulisan ini telah saya tulis pada bulan Mac yang lalu tetapi tidak sempat saya uploadkan ke dalam blog ini. Semoga sedikit sharing ini dapat memberikan ilmu dan kefahaman ...


5 Rabiulawal 1430H / 2 Mac 2009

Alhamdulillah pada hari ini ketika solat zuhur dan selepas solat zuhur Allah Ya Fatah membukakan mata hati saya untuk melihat hakikat hubungan seorang hamba dengan TuhanNya. Ketika saya membaca al-fatihah, Allah menampakkan saya satu bayangan yang dapat saya lihat dengan jelas. Apabila seluruh alam ini di gelapkan maka kemudian akan ternampaklah saya seorang sebagai hamba dan Tuhan saya sebagai master saya. Dalam gambaran itu jelas hanya ada saya dan Tuan saya (Allah) – seluruh alam dan isinya telah disamarkan.

Sebelum solat, saya agak tidak focus kepada Allah kerana sedang sibuk memikirkan banyaknya assignment yang perlu saya siapkan dan fikiran saya agak stuck kepada assignment untuk dipresentkan pada keesokkan harinya. Kemudian saya betulkan fikiran saya agar meletakkan focus kepada Allah dan tinggalkan segala perkara selain dari Allah dari ingatan saya dan ketika itulah gambaran di atas muncul dalam fikiran saya. Saya dapat melihat bahawa kehidupan saya perlu hanya focus kepada Allah kerana Allahlah Tuan saya (My master). Saya di dunia ini atas agendaNya. Saya boleh membayangkan seolah-olah ada tali yang mengikat saya dengan Tuan saya. Saya perlu mengikuti kehendak Tuan saya kerana dia adalah Tuan saya dan saya adalah servantNya. Justeru tidak kira apa saja yang saya lakukan spt buat assignment di pejabat, saya adalah servantNya …dan saya perlu sentiasa ingat kepadaNya, mengikut kehendak dan agendaNya …maka bila tiba waktu solat, seharusnya saya tidak ingatkan perkara lain kecuali kembali kepada Tuan saya Allah dan mengingat kembali apa yang dikehendaki oleh Tuan saya kepada saya kerana saya adalah servantNya yang tidak ada pilihan melainkan untuk patuh kepada Tuan saya …

Kemudian selepas solat Allah mengilhamkan lagi tambahan sesuatu. Ketika itu saya sedang di dalam lif untuk menuju ke kereta saya. Allah menampakkan saya bahawa sekiranya saya sudah nampak jelas Allahlah master saya, maka Allahlah yang akan memberi saya gaji setiap bulan …kerana saya adalah servant Allah, saya adalah pekerja Allah, pekerja yang bekerja selama 24 jam sehari tanpa henti… maka Allah sebagai Tuan saya yang memberi gaji saya. Maka jelaslah kelihatannya pada mata hati saya bahawa sekiranya saya adalah pekerjaNya yang berdisplin, mengikut etika pekerjaan yang ditetapkan kepada saya, tidak mengkhianati Majikan saya, melaksanakan semua KPI yang telah ditetapkan saya dengan cemerlangnya, maka Tuan saya akan memberikan gaji dalam bentuk rezeki kepada saya….Inilah rezeki yang diberkatiNya …rezeki dariNya. Seperti firman Allah lebih kurang maksudnya sekiranya penduduk bumi itu bertakwa kepada Allah nescaya Allah bukakan pintul langit dan menurunkan rezeki …

Alhamdulillah pertama kali dalam hidup saya Allah menganugerakan keyakinan yang mantap bahawa Allahlah pemberi rezeki …selama ini sering diucapkan bahawa Allahlah yang memberi rezeki tetapi pada hakikatnya ianya hanya ungkapan di bibir tetapi dihati tidak mampu meyakini bahawa Allahlah sumber rezeki…

Segala Pujian bagi Mu Ya Allah, yang menciptakan kami, langit dan bumi, bulan dan matahari. Engkaulah Ya Hadi yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya aku milikMu Ya Rabb …


Rabu, Julai 08, 2009

Allah ajarkan tentang Riya'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah bersyukur atas kehendak Allah dapat saya menulis kembali setelah agak lama meninggalkan blog ini. Saya begitu sibuk dengan program anak-anak yatim/fakir miskin. Memang meletihkan kerana terpaksa bermalam jauh dari rumah dan perjalanan yang memakan masa. Namun disebalik keletihan itu, saya amat gembira kerana berbagai-bagai kefahaman dialirkan Allah ke dalam jiwa saya dan di antara satunya yang ingin saya share kan di sini adalah tentang riya'. Beberapa minggu yang lalu saya berhasrat ingin menukar kereta saya ... yelah tengok kawan-kawan ada yang dah tukar BMW jadi hasrat nak tukar kereta pun muncul walaupun tak adalah nak beli BMW tetapi saya berhasrat untuk menukar kepada kereta yang dianggap kereta mewah juga.... Hasrat itu yang kadang kala tenggelam dan kadang kala timbul tiba-tiba muncul lagi didepan saya ... Pada masa yang sama, di rumah entah kenapa saya ingin membawa satu telekung baru yang saya beli di Jakarta ke program bersama pelajar anak-anak yatim/fakir miskin tadi. Telekung itu sebenarnya ingin saya berikan kepada seseorang tetapi kerana tidak berjumpa sekian lama, ia terpendam saja di almari buku. Justeru saya mengambil telekung tersebut dan saya katakan kepada diri saya bahawa saya akan menggantikan dengan telekung yang baru untuk diberikan sebagai hadiah kepada seseorang. Saya agak pelik kenapa saya lakukan demikian ...Itulah Allah Al-Jabbar yang ingin kita mengikut kehendakNya. Setiap kali saya solat berjemaah, memandangkan telekung itu sangat cantik, ada sedikit rasa riya' di dalam diri dan saya membanding-bandingkan telekung itu dengan telekung orang lain. Pelik juga perangai ni, kata saya seorang diri. Sebelum ini bila saya tidak bertelekung cantik, saya tidak pernah hiraukan telekung orang lain dibandingkan dengan telekung saya. Tiba-tiba satu kefahaman dialirkan ke dalam jiwa saya. Seolah-olah Allah memberitahu saya "Telekung pun kau tak pas, ada rasa riya' inikan bila kau dah membawa kereta mewah nanti" ...Justeru pada ketika itu juga saya batalkan segala niat dan perasaan untuk menukar kereta.

Saya pernah bertanya pada Pak Aa Gym, tentang bagaimana nak buang cinta dunia ini ..Pak Aa jawab secara bersahaja ... Macam kita beli sepatu yang cantik ...letak saja sepatu itu di kaki, jangan bawa di hati ...

namun saya takut kalau terbawa ke hati ...
Wallauaklam ...