POS TERKINI

Isnin, Februari 23, 2009

Allah Ajarkan Tentang Sabar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ketika saya menunaikan haji pada tahun 2008, Allah telah mengajarkan saya tentang Sabar. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk sahabat yang membacanya.

Selepas saya dan suami menjalani ibadah tawaf dan sa'ie haji, kami pun bertolak dari Mekah untuk kembali bermalam di Mina. Namun banyak jalan yang telah ditutup dan kami terpaksa ditinggalkan jauh dari khemah. Saya dan suami berjalan hampir 3 jam untuk sampai ke khemah. Pada satu jam pertama, tahap kesabaran saya masih tinggi, terus mengikuti suami yang terus berjalan. Masuk jam kedua, masih sabar tetapi sangat keletihan dan saya dapat rasakan getah kesabaran saya yang Allah tarik dari mula sudah agak tegang. Ketika hampir masuk jam ketiga dan lebih kurang tinggal 100 meter, saya rasakan getah kesabaran saya putus kerana saya sudah tidak tahan keletihan dan dengan perasaan marah saya katakan kepada suami saya, "Jauh lagi ke? Kalau jauh lagi kita berhenti". Suami saya tidak menjawab dan terus berjalan ..rupanya sekadar tinggal lebih kurang 100 meter untuk sampai ke khemah kami.

Masuk saja ke dalam khemah, saya terus baring kerana sangat letih. Dan saya tanyakan kepada Allah, apa yang ingin Kau ajarkan Ya Allah ...kemudian Allah membayangkan sebuah papan chess kepada saya ...Papan chess itu seolah-olah sudah ada game yang sedang dimainkan, saya nampak ada King di satu tempat, ada Queen, ada bishop ...dan terus saya mendapat ilham ...seolah-olah Allah mengajar saya ketika itu ...Gambaran papan chess itu menggambarkan suatu kehidupan yang ditentukan Allah. Allah mengajarkan kepada saya bahawa segala sesuatu yang berlaku dalam hidupmu, Akulah yang menentukan ...dan sekiranya Aku menetapkan sesuatu, Aku menetapkannya dengan kasih sayang kerana Akulah Ar-Rahman Ar-Rahim ...justeru saya terfikir ketika itu, maka apabila saya marah kepada suami maknanya saya marah kepada siapa pada hakikatnya ...mungkin secara tidak langsung seolah-olah saya marah pada Allah ...Astaghfirullah, selama ini begitu banyak keluhan, rasa marah ...keluhan pada siapa, rasa marah pada siapa ....padahal Allah mengajar kita dengan rasa penuh kasih dan sayang, Allah menentukan sesuatu untuk kita dengan sifat Ar-Rahman Ar RahimNya ...

Alhamdulillah peristiwa itu telah banyak membantu saya untuk bersabar di atas segala ketentuan dari Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan dari Allah ...Ya Allah bantulah kami dalam mentaatimu dan bantulah kami dalam menghindari maksiat kerana kami tidak berupaya Ya Alllah kecuali dengan pertolongan Mu.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Salam

Allah Ajarkan Tentang Mengasihi Ibu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

InsyaAllah pada pagi ini saya ingin berkongsi pengalaman di mana Allah mengajarkan saya tentang Mengasihi Ibu.

Peristiwa ini berlaku ketika saya di Masjidil Haram di dalam tempoh menunaikan haji pada tahun 2008. Saya pergi menunaikan haji bersama ibu dan seperti ramai rakan-rakan yang pergi menunaikan haji, saya tidak ketinggalan diuji Allah dengan ibu saya ....tetapi saya bertekad di dalam hati untuk tidak menegur sikap ibu saya yang kadang-kadang saya rasa memberi tekanan kepada saya atau untuk mengajar ilmu yang saya ketahui kerana takut ibu akan kecil hati.

Namun lama kelamaan jiwa saya rasa tertekan kerana segala perasaan itu saya pendamkan dalam hati. Justeru ketika solat maghrib, saya mengikuti apa yang diajar oleh Pak Abu Sangkan di dalam bukunya perlatihan solat khusyuk. Ketika duduk antara dua sujud dan ketika membaca "..wahdini .." (berilah aku petunjuk Ya Allah), saya adukan apa yang saya rasa pada Allah. Hati saya menangis dan merintih pada Allah ketika itu kerana saya tidak mahu melukakan hati ibu tapi perasaan saya amat tertekan. Saya mohon sesungguhnya agar Allah memberikan saya petunjuk ...

Sehabis solat maghrib tersebut seperti biasa saya berzikir dan ketika berzikir itulah seolah-olah ada suara (yang tidak ada bunyi dan tidak ada tulisan) memberi kefahaman ke jiwa saya yang sekiranya saya terjemahkan ke bahasa manusia bunyinya lebih kurang begini, "Apakah kau tidak mahukan ampunanKu dan syurgaKu yang luasnya seluas langit dan bumi ...Bukankah kau suka membantu orang, kau tolong orang sana-sini dan tidak kah kau ketahui bahawa di antara banyak kebajikan yang sedang kau lakukan itu, kebajikan yang paling tinggi adalah kebajikanmu terhadap ibumu. Bersyukurlah ibumu masih hidup kerana dengan itu kau masih mempunyai peluang untuk melakukan kebajikan kepada ibumu dan mendapatkan ampunan dariKu"

Saya rasa sungguh terkejut tetapi sangat bahagia dan merasakan ketika itu bahawa Allah telah menjawab rintihan saya ...Segala masalah terus terlerai dan segala tekanan hilang ketika itu juga ...

Alhamdulillah peristiwa itu telah banyak merubah sikap saya terhadap ibu, segala kekurangan ibu sudah tidak nampak malah saya melihatnya sebagai satu proses insan yang sedang melalui hari tua ...dan semua kita akan melalui proses yang sama insyaAllah. Berbaktilah kepada ibu kita sementara ibu masih ada dan anggaplah segalanya itu sebagai persembahan kasih cinta kita kepada Allah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Salam

Isnin, Februari 16, 2009

Allah Ajarkan Tentang Takwa

Assalamualaikum,

Segala Pujian hanyalah untuk Allah, selawat dan salam pada Rasulullah saw dan keluarga baginda. Alhamdulillah Allah Ya Baari' Yang Maha Mengaturkan segalanya telah agendakan malam ini untuk saya terus menulis ...

Saya ingin sambung kehebatan latihan transformasi yang Allah ciptakan ketika menunaikan haji. Allah mengajarkan saya tentang takwa ...

Menunggu gelincir matahari pada hari Arafah adalah suatu perasaan yang sukar digambarkan. Waktu makbul doa yang sangat ditunggukan jemaah haji ... dosa-dosa lampau terbayang difikiran agar Allah Ya 'Afuw Yang Maha Pemaaf, Allah Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat dapat memaafkan kesalahan yang lepas dan menerima taubat hambaNya ...

Saya dapati saya berkelakuan agak ganjil ...saya memastikan difikiran saya tidak ada sedikit pun persepsi negatif pada orang lain, walaupun ada yang memotong que untuk masuk ke bilik air ...saya khuatir ianya akan memberi kesan kepada doa keampunan kepada Allah yang akan saya panjatkan terhadapNya pada waktu wukuf nanti... Kalau saya mengambil wudhuk saya akan pastikan ianya akan sempurna ...Saya akan tolong siapa saja, tolong edarkan makanan, tolong ambilkan selimut, apa sajalah yang boleh saya lakukan. Saya jaga setiap kata-kata saya, saya tidak membuang waktu dengan bual-bual kosong, lidah sentiasa berzikir sambil hati mengingatiNya ...saya sangat teliti dengan niat di hati ...Semuanya kerana saya mengharapkan keredhaan Allah agar Allah menerima ibadah wukuf saya dan doa yang akan saya pohon dariNya ..

Saya cuba perhatikan jemaah haji yang lain ketika waktu yang sama iaitu beberapa jam menjelang waktu wukuf. Saya rasa mereka juga seperti saya, sangat berlemah lembut antara satu sama lain. Yang muda membantu yang tua ...semuanya bersifat sabar ...

Di saat itu saya diajarkan Allah bahawa segala sikap saya ketika itu yang sangat berhati-hati itu ...memastikan hati yang tulus kepada Allah, memastikan ibadah yang sempurna, sangat berhati-hati terhadap dosa walaupun lintasan hati ... seolah-olah ada suara mengajar saya ..."Itulah takwa yang kau rasa sukar selama ini" ...MasyaAllah saya rasa ketika itu ...di sinilah Allah mengajar erti takwa melalui satu proses pengalaman ketika menunggu waktu wukuf. Bayangkan kalau apa yang dilalui ini diteruskan apabila kita kembali ke Malaysia, bukankah kita akan dapat membentuk diri menjadi seorang yang bertakwa ... Berhati-hati terhadap segala lintasan hati dan sangka buruk, sangat menjaga ibadah agar sempurna, berlemah lembut sesama insan, saling membantu sesama insan ...

Tapi pada hakikatnya apa yang kita lihat terjadi ...apabila lepas habis wukuf, kebanyakan sikap-sikap itu hilang kerana terdapat sejumlah jemaah haji merasakan bahawa segala perbuatan baik yang dilakukan sebelum gelincir matahari itu adalah bagi memastikan doanya dikabulkan dan selepas ia berdoa sungguh-sungguh di waktu wukuf, dia merasa lega Allah telah mengampunkan segala dosanya. Apabila balik ke Malaysia, masih terus mengumpat dan melakukan dosa ...

Tetapi pada hakikatnya, pengalaman latihan modul 'takwa' yang dilalui itu wajar diteruskan apabila pulang nanti agar ketakwaan yang sebenar akan dapat dibentuk. Inilah proses transformasi melalui ibadah haji, bagi mereka yang melihat dengan mata hati ...



Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ...





Isnin, Februari 09, 2009

Allah Ajarkan Tentang Haji

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah dipilih Allah untuk menjadi salah seorang dari jutaan tetamuNya menunaikan Haji pada tahun 2008. Itulah pertama kali saya menunaikan haji dan kali kedua saya ke Tanah Suci Mekah.


Antara doa yang sering saya pohon ketika di sana adalah ..Ya Allah ajarkan padaku kenapa Kau ciptakan Haji ...

Alhamdulillah Allahlah Ya Hadi, Yang Memberi Petunjuk dan Ya Mujiib, Yang Memperkenankan Permintaan HambaNya ... maka begitu banyak Allah mengajarkan saya antara tujuan diciptanya Haji .... telah lama saya ingin mengumpulkan apa yang diajarkan kepada saya dan alhamdulillah Allah Ya Menentukan segalanya telah mengtakdirkan saya dapat mula menulisnya saat ini ...


Haji ada merupakan satu latihan hebat yang dicipta Allah yang mampu mentransformasikan seseorang hamba Allah. Dalam bahasa Human Resource Development, mereka menamakan latihan sebegini sebagai Transformational Learning ...satu proses pembelajaran dan latihan yang dapat mentransformasikan manusia ...contohnya seorang yang ditimpa Allah penyakit kanser ....kalau sebelum itu dia tidak solat maka apabila ditimpa penyakit kanser ia boleh membuatkan dia menjadi seorang yang bukan sahaja solat tetapi membaca Al-Qur'an setiap hari, solat tahajud dan sebagainya ...Pengalamannya ditimpa Penyakit Kanser itu dinamakan Transformational Learning .... Contoh yang lain adalah seorang surirumah yang tidak pernah bekerja kehilangan suaminya ....ia akan melalui transformational learning juga di mana apa yang dialaminya akan mengubah dirinya menjadi seorang yang berdikari, cekal, berani dan sebagainya ...

Bukan mudah untuk mengubah tabiat manusia. Seorang yang pemarah mungkin menyedari bahawa perbuatannya menyakiti orang lain itu salah tetapi bagi beliau mengubah perangainya menjadi seorang yang penyabar merupakan satu proses yang sukar dilalui ... mudah kita menasihati dengan lidah supaya jadi penyabar tetapi hakikat bagi orang itu untuk melakukannya sukar ...

Allah menyediakan banyak latihan yang dapat mengubah sikap manusia dan mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang suci ... hanya manusia saja yang tidak menyedari latihan-latihan yang Allah sediakan itu ...dan salah satu latihannya yang hebat adalah Haji ...

Banyak modul-modul latihan yang saya perolehi dari pengalaman Haji dan salah satunya yang paling penting pada saya ialah rukun Haji yang pertama iaitu Niat.

Niat mengikut hukum fekahnya ialah kita menyatakan dalam hati bahawa kita ingin melakukan haji kerana Allah ... namun pada hakikatnya Niat itu adalah kita membulatkan seluruh jiwa kita semata-mata kerana Allah tanpa dicemari oleh apa-apapun seperti kerana dunia dsb.

Sebelum bertolak ke Mekah, saya sangat mengambil berat tentang niat ini ...saya sentiasa ingatkan kepada diri saya agar membulatkan seluruhnya kerana Allah ...saya masukkan jauh perasaan itu ke dalam lubuk hati saya ...Aku datang Ya Allah, Aku datang Ya Allah ...hanya keranaMu ...tidak ada niat untuk shopping, niat untuk melihat negara orang, niat untuk melancung, niat untuk dapat berehat seketika dari rutin kerja atau apa saja ...

Saya merasakan bahawa hati itu perlu dikosongkan dari perkara2 selain Allah ...kerana bukankah hati itu tempat bertanamnya iman? Bagaimana iman dapat subur di dalam hati yang dipenuhi dengan cinta dunia seperti pangkat, harta, anak, keseronokan dan apa saja ...

Sampai saja di Mekah, saya melihat jemaah haji sibuk dengan membeli belah ...lepas solat shopping, sebelum solat shopping ... Jiwa saya resah ... pada pandangan saya apabila kita sibukkan diri dengan shopping maka fikiran kita sudah tidak fokus, hati kita terganggu dengan barang-barang yang kita beli ....samada dari segi kecantikannya, harganya yang mahal atau apa saja yang mengganggu jiwa kita ...

Justeru saya bertekad untuk tidak pergi membeli belah kecuali jika keperluan mendesak seperti terpaksa membeli ubat, sabun ... itupun saya pastikan saya hanya pergi ke kedai yang ada menjualnya dan tidak ke kedai-kedai lain Hati saya tertutup untuk shopping di sana ... saya fokuskan hati dan fikiran hanya untuk Allah ... Saya kurangkan berbual2 kosong kerana khuatir hati akan jauh dari Allah ... Saya isikan masa sebaiknya agar hati dan jiwa saya sentiasa lekat pada Allah ...Itulah latihan yang saya lalui sepanjang di sana ...

Sekarang a;hamdulillah saya sudah kembali ke Malaysia ... Cuba bayangkan, ramai yang mengatakan bahawa kerja kita adalah ibadah ...kerja kita adalah kerana Allah ...memang mudah kita menyatakan dibibir namun cuba lihat jauh ke dalam hati kita ... dan secara jujurnya nyatakan mudahkah kita merasakan dalam hati bahawa kita pergi kerja setiap pagi kerana Allah? Sukar bukan? Itulah juga yang saya rasakan dulu ...

Sekarang cuba bayangkan seorang jemaah haji yang dilatih sepanjang tempohnya di Tanah Suci Mekah agar memfokuskan hati dan jiwanya serta fikirannya bahawa kehidupannya hanya untuk Allah ...fikirannya dilatih sentiasa mengingati Allah ...dilatih setipa hari, setiap ketika dan kemudian ia balik ...sewajarnya apabila di kembali ke Malaysia, dan ketika hendak pergi kerja, adalah lebih mudah ia merasakan bahawa kerjanya adalah sebahagian dari penyerahan hidupnya kepada Allah kerana dia telah melalui latihan intensif yang hebat ....Maka satu proses transformasi telah berlaku ...

Namun sekiranya kita ke sana menyibukkan hati dan fikiran kita dengan membeli belah, berbual-bual kosong, tidur sesuka hati kita, makan dan minum berlebih-lebihan, sehingga hati kita jauh dari Allah, hati kita lalai dari Allah ...maka kita mungkin tidak dapat melalui satu latihan hebat yang Allah sediakan ini ...justeru bila kembali ke Malaysia, kita masih sukar menyerahkan seluruh kehidupan untuk Allah ...

Allah berfirman dalam satu Hadis Qudsi:-

"Aku sediakan syurgaKu untuk hambaKu, Namun sebelum engkau masuk ke dalamnya, telah aku halau iblis darinya. Tempat Ku di dunia ini adalah dihati hamba-hambaKu. Maka sudahkah kau bersihkan hatimu dari selainKu"


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui



Wassalamualaikum.

Rabu, Februari 04, 2009

Allah Ajarkan Tentang Solat

Alhamdulillah pada hari ini saya share dengan seorang rakan sekerja tentang training esq yang dapat men'transform' seseorang sehingga mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya ...Bila kita share ilmu dengan hamba-hamba Allah, saya mendapati Allah akan mengajarkan kita ilmu yang baru atau meningkatkan lagi kefahaman kita...Itulah Allah Ya Alim, segala kunci ilmu padaNya ... maka tidak berbeza apa yang berlaku hari ini di mana Allah mengajarkan saya antara tujuan Dia ciptakan Solat ...






Allah telah mengilhamkan dan membuka mata hati saya melihat hakikat penciptaan Solat ...Bayangkan sebuah jam .... Kenapa jam ini tidak berjalan jarumnya? Kerana baterinya tidak ada bukan ...


Apakah yang terjadi apabila bateri dimasukkan? Maka jam ini kita katakan 'hidup' dan apabila tiada bateri, kita katakan jam ini 'mati' ... bateri itu membekalkan tenaga yang menghidupkan jam ...


Begitu jugalah hati kita ...bila hati kita tidak ada tenaga yang menghubungkannya dengan Allah, maka hati itu (seperti jam tadi) akan mati ...


Tapi bila hati itu sentiasa diberikan tenaga yang menghubungkannya dengan penciptanya, maka hati itu akan sentiasa hidup ... damai, tenang dan jernih.



Mengingati Allah itu adalah zikir ...maka zikir itulah bateri yang memberikan tenaga kepada hati dan jiwa manusia ...Maka seseorang yang sentiasa mengingati Allah sentiasa mempunyai bateri yang membekalkan tenaga bagi menghubungkan hati kepada Allah...


Justeru, apa kena mengena dengan solat ... Sememangnya hati kita sentiasa berusaha untuk merasa Allah bersama ... namun dalam kita melaksanakan tugasan seharian di tempat kerja (yang merupakan tuntutan kepada Allah juga), kadangkala kita lalai dalam mengingati Allah bukan? Bila kita sampai ke rumah dari tempat kerja (mungkin sudah jam 7 malam), kita rasa hati kita resah, kosong ...bateri kita sudah weak ... bateri yang memberi tenaga menghubungkan hati kepada penciptanya ...itulah sebab hati itu rasa gelisah kerana hati itu fitrahnya ingin sentiasa mengingati Allah ...


Maka antara tujuan Allah ciptakan solat agar kita kembali dapat memfokuskan ingatan kepada Allah ...Tinggalkan apa saja kerja yang sedang kita buat ... kembali ingat pada Allah ... agar bateri kita di recharge dan hati kita kembali dihubungkan dengan Allah. Jadi di tempat kerja kita ada dua peluang untuk recharge bateri iaitu ketika solat zuhur dan solat asar ...dan tambahan solat dhuha bagi mereka yang sering mengerjakannya ... bayangkan dua atau tiga kali peluang recharge bateri (bateri handphone sekali recharge cukup kan ..)


Namun ...bagaimana solat kita seharian? Kita bukannya mengingati Allah tetapi mengingati perkara-perkara lain dalam solat kita ...kita lalai dalam solat ... selepas membaca niat mengerjakan solat, kita tidak tetap atas niat itu dan kita buat berbagai perkara dalam solat seperti fikirkan masalah anak, pergi shopping dan sebagainya ... maka itulah sebabnya walaupun kita solat namun bila kita kembali dari tempat kerja, hati kita masih resah dan masih kosong kerana solat kita tidak dapat me'recharge' bateri yang menghubungkan hati kita dengan penciptanya ...


...Hanya Allah Ya Alim Yang Maha Mengetahui ...


Salam