Selasa, November 15, 2016

ALLAH AJARKAN ADA MUTIARA YANG INDAH DALAM SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


ADA MUTIARA YANG HILANG DALAM SOLAT KITA HARI INI

Sebenarnya seluruh inti agama keberhasilannya akan kita dapat apabila kita khusyuk dalam solat. Maka itulah sebab Allah sebutkan dalam Al Quran, "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar".

Orang yang khusyuk solat, sikapnya pasti seperti Nabi saw. Hatinya lembut. Tidak bersangka buruk dengan orang lain malah hatinya lunak dan bersih. Ya persis seperti Nabi kita saw. Kalau sikap dan solat kita tidak mengikuti persis seperti Nabi Muhammad saw maka kita ikut siapa selama ini?

Solatlah praktik makrifatullah yang sebenarnya kerana kita bertemu Allah di dalam solat.  Bagaimanakah rasanya apabila kita makan icecream Walls perisa vanilla  selama 5 kali sehari? Pasti rasanya sama bukan? Bagaimana rasanya setiap kali kita solat 5 kali sehari? Kalau rasanya sama saja pasti ada yang tidak betul. Ini adalah kerana Allah bukan benda mati seperti Icecream Walls. Allah itu hidup dan antara kita dan Allah ada kehidupan.

Setiap hari kita berbuat dosa dan berbuat kebaikan. Ada waktu kita berbuat dosa yang menyebabkan ALLAH murka kepada kita. Dia berpaling. Begitulah juga sebaliknya. Justeru pasti ketika berjumpa Allah di dalam solat rasanya tidak sama.

Apabila solat tidak disambut Allah, kita tahu ada sesuatu yang tidak kena. Ada suatu dosa yang kita lakukan. Apabila taubat diterimaNya, kita dapat merasakan seperti Allah sudah mengampuni kita melalui sapaanNya dalam solat. Ada waktu kita melepaskan harta yang dicintai kerana mencintai Allah dan apabila Allah menerima infaq dijalanNya maka kita akan merasai kedalaman cintanya Allah kepada kita di dalam solat.

Jadi hari-hari rasanya solat kita tergantung bagaimana Allah meresponnya. Dan hanya jiwa yang sentiasa disucikan dari syirik kepada ALLAH dan dari dosa-dosa yang dilakukan dan sentiasa mengingati Allah akan memahami sambutan Allah dalam solatnya.

Kalau hari-hari kita solat tetapi tidak merasa responnya Allah, kita harus kembali bermuhasabah. Ada sebuah hadis Qudsi di mana Allah menyatakan bahawa Allah merespon ketika hambaNya membaca surah Al Fatihah di dalam solat. Jelas sekali ada respon dari Allah di dalam solat.

Ketika Allah sangat marah kepada kita, solat kita seperti daun-daun kekeringan. Mati. Rasa yang sangat kering dan tandus. Ketika itu pasti kita akan sujud tersungkur membuat pertaubatan yang sangat dalam kerana tahu murkaNya Allah kepada kita.

Kenapakah Allah murka? Tidak kita ketahui. Kita mula menyangka-nyangka; apakah kerana ini atau kerana itu, sambil terus memuji dan memohon ampun kepadaNya. Apabila Allah sudah menerima taubat kita tiba-tiba dibukalah hati kita dan diberi jawapanNya kenapa Dia murka. Rupanya kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan silaturrahim (contohnya). Kita baru menyakiti sahabat kita yang saling mencintai kerana Allah. Allah fahamkan kita, Aku tak suka sikap kau itu. Maka setelah itu kita tidak berani lagi mengulanginya. Tidak sanggup solat kita kering dan tandus ditinggalkan Allah.

Maka akhirnya melalui pelajaran-pelajaran dalam solat kita jadi lebih baik hari demi hari.
Akhirnya Solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar dan ayat Al Quran sebagai pengesahan keberhasilan yang kita perolehi melalui solat.

Semoga bermanfaat

Kalau anda seperti saya nekad mencari mutiara yang hilang jangan ketinggalan lagi untuk hadir ke 👇

Kursus Kesempurnaan Solat
Pada 20 Nov 2016 (Ahad)
Di Dewan iRaudah
258A, Jalan Bandar 12, Pusat Bandar Melawati
Bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Daftar online

1 ulasan:

شركة المثالية berkata...


شركة المثالية للتنظيف

شركة المثالية توفر علي ربة المنزل عناء التنظيف، والمواظبة علية بإستمرار، خصوصا وأن ربة المنزل الآن يكون عليها مهام كثيرة شاقة ولا يكون لديها مساحة من الوقت للقيام بمهام التنظيف، وليس فقط التنظيف هي من مهام الشركة بل أن الشركة أيضاً تُقدم مجموعة مُختلفة من الخدمات الأخرى التي تخدم راحة عُملائها، بالإضافة إلي تقديم مُستوي عالي من الكفاءة في تنفيذ الخدمة.
خدمات شركة المثالية:
ولأن شركة المثالية تقوم علي راحة عُملائها في تقوم بتوفر مجموعة مُختلفة من الخدمات مثل:
• تنظيف الستائر.
• تنظيف المفروشات.
• تنظيف السجاد والموكيت.
• تنظيف الكنب.
• تنظيف المجالس.
• مُكافحة الحشرات.
• رش مُبيدات.
• تسليك مجاري.
حيثُ أن لدينا مجموعة من أكفأ العمُال والأيدي العاملة، بالإضافة إلي اننا يوجد ليدنا أحدث أنواع الأجهزة والماكينات التي تُساعدنا في عملنا، بالإضافة إلي أن المساحيق المُستخدمة في عمليات التنظيف نقوم بإستيرادها من الخارج، وهي مُصرحة من وزارة الصحة ولا ضرر عليها.
كما أن شركة المثالية تستقبل تليفونات عُملائها علي المدار اليوم لإستقبال طباتهم وإستفسارتهم بإستمرار.
عزيزي العميل نُحاول أن نوفر لك جميع ما تحتاج إلية، علاوة علي ان أسعارنا لا تقبل المُنافسة.