POS TERKINI

Ahad, April 22, 2012

Allah Ajarkan Mencari Jalan Kembali

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.

Apa khabar? Lama saya tidak menulis kerana kekangan waktu dengan tugasan demi tugasan dari ALLAH : ) Alhamdulillah sekarang saya full time dengan beberapa kakitangan saya dipejabat merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam meneruskan agenda dakwah.


Pagi ini daya yang saya perolehi sungguh kuat. Solat saya disambut lembut dan ia mengalir dan terus mengalir diikuti dengan rasa kebahagaian yang tak kan dapat saya ungkapkan. Tapi di saat ia datang, kita tahu. Allah datang dan menyapa dengan lembut. kedatanganNya dirasa. Pagi tadi adalah salah satu waktu yang saya lalui dengan saya merasakan kelembutan Allah menyapa. Airmata saya mengalir dengan deras sambil hati saya berkata Ya Allah, jangan tinggalkan saya lagi, Ya Allah, saya ingin sentiasa dekat sebegini dengan Engkau Ya Allah. Saya terus diam sambil merasakan kebahagiaan berada di dalam dakapan Allah. Berada di dalam genggamanNya, berada dekat denganNya. Saya tidak mahu keluar dari suasana itu, saya ingin tetap duduk di situ. Saya ingin tetap bersama Tuhan saya. Saya ingin terus tetapi berada dekat denganNya.  Rasa kebahagiaan itu mengalir terus, terus, terus dan airmata saya terus mengalir deras. Ya Allah, sudah beberapa hari ini saya kehilangan rasa ini dengan saya termangung-manggu kemana hilangnya.


Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah, sangat indah tak terperi bila disambut Allah. Sangat bahagia tak terungkap kelembutan Allah menyapa dengan penuh kasih sayang.  Betapa sungguh kasih Allah yang mengalir di dalam diri tak kan dapat ditandingi biar 100 billion ibu bersatu mengalirkan kasih sayang.  Saya tidak mahu kepada yang selainNya. Saya tidak mahu pada wang bergunungpun, saya tidak mahu pada rumah sebesar istana Balqis pun, saya tidak mahu peminat seluruh dunia pun. Cukuplah saya punya Allah, cukuplah saya dapat dekat dengan Allah, cukuplah saya dikasihi Allah. Nikmat tak terperinya.


Beberapa hari sebelum ini saya tahu solat saya tidak khusyuk, saya tahu saya tidak bertemu dengan Allah di dalam solat. Saya pelik dan mencari di mana salah saya di mana kesilapan yang saya lakukan. Saya perhatikan makanan saya, saya perhatikan gerak laku saya. Tidak jumpa. Buntu. Justeru, saya mohon pada Allah untuk memberi petunjuk kepada saya.


Pagi ini alhamdulillah kehadiran Allah saya dapat kembali. Saya merasakan seluruh dunia dan khazanahnya saya perolehi malah yang saya dapat lebih dari itu. Itulah nilai yang tak terharga bila ada rasa bertemu Allah dan saya tidak mahu melepaskan ini untuk yang lain-lain. Saya menganalisa aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sebelum pagi ini hingga mendapat ridho Allah. Ini sangat penting sahabat agar kita tahu jalan kembali pada Allah sekiranya satu hari kita hilang lagi ridho Allah, rasa hati resah, rasa hati kosong dan kita mampu mencari jalan kembali kepada Allah.


Saya tidak bercadang untuk menceritakan apa aktiviti-aktiviti yang saya lakukan. Hanya cukup sekadar sharing di sini adalah apabila kita kembali mendapat ridho Allah setelah beberapa hari kita merasa Allah jauh dari kita, segeralah membuat analisa apa yang kita lakukan sebelum itu agar kita dapat melakukannya kembali sekiranya satu hari kita putus lagi dengan ALLAH. Itulah yang saya lakukan mengikut kefahaman yang saya dapat pagi tadi. Kesimpulannya saya mencadangkan kepada sahabat sekelian, di saat kita merasa putus dengan ALLAH segeralah lakukan beberapa perkara ini:-


1. Berdoa segera pada Allah untuk memberikan petunjuk
2. Berpuasa
3. Memberi sedekah atau berbuat baik pada orang lain
4. Belajar Ilmu mendekatkan diri dengan ALLAH
5. Beramal dengan memperbanyakkan 'diam' iaitu jasadnya diam tapi jiwa disambung ke ALLAH seperti amalan Iktikaf.


Sekian, semoga kita menjadi orang yang sentiasa DEKAT dengan ALLAH dan sentiasa mendapat ridhoNya.


Wallahuaklam


Salam

Ummu Ayman


11 comments:

Mencari Kebenaran berkata...

asalamualaikum mintak exchange link blog ,ini link blog saya http://www.mencariygbenar.blogspot.com/

Ummu Ayman berkata...

Wa'alaikummussalam,

InsyaAllah boleh, semoga ramai yang dapat manfaatnya.

HB berkata...

alhamdulillah...setiap insan berhak untuk bahagia disisi allah..krn hnya allah trima kita seadanya...asalkan kita tdk lupakan pdNYA..saya pn mncari2 arah tuju agar mnjadi lbh baik..alhamdulillah

damba cinta Mu.. berkata...

tahniah atas perkongsian ini..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum UmmuAyman, boleh saya mohon share....Zurina

Assalam Darussalam berkata...

Assalam... kongsi bersama untuk tahu Allah bersama kita.. adalah pada rasa, apabila ada rasa menyelubungi diri kita remang roma pada kulit ketika berzikir masa berdiri, duduk atau baring di mana jua. maka rasa itu Allah bersama kita. batas kita adalah roma dan kulit.... wassalam

khelly2000@gmail.com berkata...

Bangunlah adik2 di waktu sepertiga malam, ketika suasana sunyi sepi, buatlah solat tahajud dan solat taubat dan seterusnya berzikirlah sebanyak mungkin, InsyaAllah kita akan rasa sangat dekat dengan Allah, kerana ketika ini, air mata akan mudah mengalir dan akan rasa diri kita amat kerdil di hadapan Allah.

Ummu Ayman berkata...

Wsalam wrb, sila share Zurina

maznahn9 berkata...

Assalamualaikum Ummu Ayman,
Terima kasih dengan cetusan dan nukilan mencari jalan kembali ini. Apabila hati tidak rasa bahagia atau gundah gelana, cubalah untuk membahagiakan orang lain. Melihat kebahagiaan orang lain itu akan membuatkan kita rasa bahagia. Apabila fikiran buntu mencari jalan keluar dari permasalahan yang dirasakan rumit dan sukar, mintalah dari Yang Maha Melapangkan agar ditunjukkan jalan bagi merungkai permasalahan itu. Jangan pernah terlalai dan alpa dari ONLiNE dgn Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tanpa Nama berkata...

DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlyari blog ini krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kshsyg..adam7

bidadari adja berkata...

Terimakasih pengalamannya...menyentuh dan insa Allah menjadi motivasi bagi saya...semoga bermanfaat bagi yg lain pula ...Amiin !!!