Selasa, Februari 14, 2012

Allah Ajarkan Untuk Ingat kepadaNya SETIAP WAKTU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Apa khabar sahabat semua? Semoga terus mendapat pengajaran dan difahamkan Allah di dalam menjalani kehidupan ini. Saya menulis malam ini dengan menahan sakit perut akibat gastritis. Namun kerana topik ini sangat penting dan kritikal sekali saya mengambil keputusan untuk terus menulis dan berkongsi tentangnya. Maafkan sekiranya ada salah ejaan atau kelam kabut bahasa tulisannya.


Alhamdulillah dari perjalanan demi perjalanan yang digerakkan Allah samada perjalanan menuntut ilmu dengan guru saya, bacaan saya, pengalaman saya akhirnya saya memahami satu hakikat rahsia kehidupan ini. Saya faham kenapa ada orang yang baru 1 jam tidur tapi boleh bangun tahajud tetapi ada orang yang sudah tidur lapan jam tidak mampu bangun tahajud. Itulah daya TAQWA atau daya FASIK dari Allah. Allah berfirman dalam Surah Asy Syams yang bermaksud:-


"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)


Apabila kita mensucikan jiwa, maka Allah memberikan kita DAYA TAQWA yang mendorong kita ke arah kebaikan dan taqwa. Baca Al-Qur'an jadi mudah, bangun tahajjud jadi mudah, berdakwah dengan rela hati, Ikhlas hidup hanya untuk Allah. Tanpa DAYA TAQWA ini kita tak akan mampu melakukan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud:


"....dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-Lah yang melempar" (QS. Al-Anfaal; 17)


" Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" (An Nuur 24 : 21)


Allah YANG MENGGERAKKAN kita semuanya, setiap gerak geri kita seperti digerakkanNya alam semesta ini. Kita hanya bersandar kepada gerakNya, kehendakNya. Justeru berbuat taqwa jadi mudah bila Allah yang menggerakkan kita dengan daya TAQWA yang sungguh kuat. Daya inilah yang menggerakkan Tsunami, daya inilah yang membelah laut Merah menyelamatkan pengikut Nabi Musa a.s dan menenggelamkan tentera Firaun. DAYA inilah yang kita CARI.


Bagaimana? Lihat dan fahami kembali Surah Asy Syams tadi. Daya ini kita perolehi bila kita MENSUCIKAN JIWA. Bagaimana? Dengan INGAT kepadaNya. Lawan Ingat kepada ALLAh adalah LALAI. Justeru setiap waktu kita hanya boleh berada dalam salah satu dari dua keadaan. Keadaan orang yang INGAT atau LALAI kepada Allah. Bila kita INGAT kepada ALLAH, Dia menggerakkan kita dengan daya taqwaNya, justeru kita begitu rajin membaca al-qur'an dan sanggup duduk berzikir dan mudah menghulurkan sedekah atau bantuan. Namun ketika kita LALAI kepada Allah, kita rasa malas nak beribadah, malas nak solat sunat, rasa nak cepat habis berzikir sebab banyak urusan lain nak dilaksanakan. Ketika kita lalai kepada Allah, maka Allah mengirimkan syaitan ke dalam hati kita. Firman Allah:


"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. "
(Az Zukhruf 43 : 36-37)


maka kita dilorongkan ke jalan kefasikan di atas pilihan kita sendiri YANG LALAI kepada Allah.


Inilah rahsia sebenarnya. KITA WAJIB BELAJAR BAGAIMANA INGAT KEPADA ALLAH!!!.



Maaf saya tulisan capital letter, sebab saya nak tekankan tersangat penting perihal ini. Kita MESTI INGAT kepada Allah setiap waktu. Hati dan jiwa kita MESTI terhubung denganNya SETIAP MASA. Sekiranya tidak maka kita sedang lalai, itulah sebab bila azan bergema, kita rasa berat untuk solat kerana apabila kita lalai, ada syaitan di hati kita.



Kaedah kita berzikir perlu dievaluasi. Apakah zikir kita mampu menghubungkan jiwa kita kepada Allah. Apakah zikir kita benar-benar menyadari Allah atau sekadar di bibir dan dihati ada perasaan nak cepat habis. Ingat kepada Allah yang sebenarnya akan menghasilkan perasaan bahagia tak tergambarkan. Tidak mahu lepas dari ikatan hubungan seperti sedang berhubung dengan kekasih pasti tak sanggup melepaskannya. Ya Allah, setelah saya faham ilmu ini, saya menyesali hari-hari saya yang berlalu dengan keadaan lalai kepada Allah. Ruginya saya. Bagaimana kita lalai?


1. Sibuk buat urusan pekerjaan. Walaupun kita ikhlaskan kepada Allah tapi jiwa kita tak terhubung dengan Allah ketika kita melakukan kerja samada di pejabat atau dirumah.


2. Sibuk dengan keluarga, kawan-kawan, tetamu dan sebagainya. Jiwa kita terputus dengan Allah.


3. Sibuk tengok TV terutamanya movie atay sinetron. Ikatan dengan Allah sering terlepas.


... dan banyak lagi. Persoalannya, tak boleh kah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh ... tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana? Kena belajar caranya.


Inilah perkara penting yang saya perolehi dan inilah garapan hasil perjalanan saya yang masih panjang ini. Saya ingin berkongsi, itu saja. Saudara saudari pembaca mungkin ada yang tidak faham, jangan risau kerana kefahaman itu ALLAH yang beri. Doalah agar Allah memberi kefahaman.



InsyaAllah saya bercadang untuk membuka kelas berkongsi kefahaman seperti ini dan di kelas ini saya ingin sekali untuk berkongsi kaedah ingat kepada Allah. InsyaAllah kawan-kawan sehalaqah saya juga pasti dapat membantu dengan pengalaman mereka juga. Namun sebelum impian menjadi kenyataan, saudara dan saudari pembaca boleh praktikkan dulu beberapa amalan yang diajar guru saya:-



Setiap lepas solat subuh, duduklah seperti sedang beriktikaf. Sambungkan jiwa kepada Allah dan PERTAHANKAN KESEDARAN ke ALLAH selama sekurang-kurangnya 30 minit. Lakukan juga selepas solat Isyak.


Berikut adalah latihan langkah demi langkah yang insyaAllah akan membuka hijab demi hijab yang menutup mata hati kita dari memahami petunjuk dan ilmu ALLAH:-



1. Buatlah sesuatu untuk Allah (apa saja projek) di mana saudara dan saudari tak dapat apa-apa pulangan berbentuk material/kebendaan. Belajar hidup dengan IKHLAS sehingga ia menjadi sebati dalam diri. InsyaAllah pintu PETUNJUK Allah akan dibuka.


2. Belajarlah solat dengan betul dan khusyuk.


3. Berpuasa lah di bulan Ramadhan dengan betul. Perlu belajar caranya.


4. Keluarkan zakat dan rajin memberi. Allah akan pulangkan dengan ganjaran lebih besar.


5. SABAR atas apa saja perkara yang berlaku.



Semoga berjaya. Salam dari saya.


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

14 ulasan:

fiq berkata...

As salam puan, terima kasih atas perkongsian ini walau pun keadaan puan tidak mengizinkan, moga Allah menyembuhkan kan puan. amin.

puan, saya mohon puan ajar saya kaedah yang benar untuk mengingati Alah. seperti yang puan tuliskan kan di atas "Persoalannya, tak boleh kah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh ... tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana?"

moga Allah meredai segala usaha puan.terima kasih puan

fiq berkata...

As salam puan, terima kasih atas perkongsian ini walau pun keadaan puan tidak mengizinkan, moga Allah menyembuhkan kan puan. amin.

puan, saya mohon puan ajar saya kaedah yang benar untuk mengingati Alah. seperti yang puan tuliskan kan di atas "Persoalannya, tak boleh kah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh ... tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana?"

moga Allah meredai segala usaha puan.terima kasih puan

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum Fiq,

Terima kasih atas doanya, doa yang sama untuk Fiq juga.

Bagaimana untuk sentiasa ingat kepada Allah?

Ingat kepada Allah bukan di fikiran kerana Allah tak pernah kita lihat dengan mata justeru ia tidak terekod di fikiran.

Lidah dan fikiran itu adalah sebahagian dari jasad kita. Kita bukan jasad ini, jasad ini hanya kenderaan diri kita. Kita adalah makhluk ruhani/spiritual. Justeru apabila kita menghubungkan diri dengan Allah, jiwa ini yang dihubungkan, bukan fikiran atau perasaan (emosi).

Justeru, bila hanya lidah saja berzikir, proses ingat kepada Allah tak terjadi kerana yang ingat itu adalah aku / jiwa / ruh. Kalau ingat guna fikiran juga maka proses ingat tak berlaku kerana fikiran bukan aku yang sejati, masih bersifat benda.

Maka yang harus in contact adalah aku yang sebenarnya, jiwa/ruh ini.

Caranya yang mudah adalah latihan pertahankan kesedaran kepada Allah kerana aku yang sejati ini adalah AKU YANG SEDAR. (Bila tidur, kita tak sedar, aku yang sejati tidak ada di situ)

Latihan mudah: Ambil satu gelas air penuh, dan berjalanlah dengan membawa air itu dengan misi tidak menumpahkan air walau setitik. Perhatikan di mana kesedaran kita? Ke air bukan? Kita mempertahankan kesedaran kita ke air? Betul? Kita alihkan sekarang kesedaran kita dari air kepada Allah dan pertahankan kesedaran kita kepada Allah ...

Allah ada dibalik setaip gerakan. Di setiap gerakan (gas, cecair, pepejal) pasti ada Allah yang menggerakkan. Rasa denyut nadi kita, dia ada dekat dan sedang mengepam jantung kita. Rasakan tarikan nafas, DIA sedang menarik nafas kita. Rasakan keberadaan Allah yang dekat dengan kita dan rasa sedar Allah itu ada dekat dengan kita tetapi luas tak terbatas (Allahu Akbar - Allah Maha Besar) Pertahankan kesedaran ke Allah.

Dengan kesedaran ke Allah itu, kita menghubungkan jiwa ke Allah. atau dengan kata lain melabuhkan jiwa ke Allah. Aduh, bahagianya, kerana itu tempat pulangnya yang bahagia. Duduklah di situ, di wilayah bersamaNya. Wilayah itu juga duduknya ruh Rasulullah saw, para sahabat dan kekasih Allah.


Maaf penerangan melalui tulisan agak terbatas. Ada latihan praktiknya lagi dalam menghubungkan jiwa dengan Allah sehingga akhirnya terbentuk perilaku dan rasa rindu untuk sentiasa bersamaNya. Tak sanggup melepaskanNya walau sesaat. Justeru ingat kepada Allah akhirnya akan terdorong dari rasa rindu untuk bersamaNya BUKAN rasa terpaksa untuk ingat kepadaNya.

Semoga Allah izinkan saya menerangkan di dalam kelas yang insyaAllah sedang saya rancangkan.

Salam

Ros berkata...

Assalammuaalaikum wrt wbt..
Moga kak nora sihat dan sihat.

terima kasih atas INGATan ini. sesungguhnya kita harus memusatkan seluruh jiwa kita kepada ALLAH SWT.

mudah-mudahan kita beroleh tingkat TAQWA anugerah ALLAH SWT.

norlieharumaini berkata...

SALAM ZIARAH DAN KENAL... INFO YG BAIK..

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan buat puan,moga puan cepat sembuh. terimakasih diatas perkongsian yang amat berharga sekali. sebenarnya hati saya amat ingin meluahkan segala rasa yang terbuku sejak sekian lama... moga2 saya berkesempatan berbuat demikian, insyaAllah!

fiq berkata...

Terima kasih puan, atas penejlasan, rupa rupa selama ni,saya hanya ingat Alah di fikiran saja lah...T__T...saya kan latih ilmu yang puan ajarkan, latih pertahankan kesedaran kepada Allah. jika ada seminar atau bengkel tentant latihan praktiknya..harap puan boleh maklumkan pada saya yer. jazakallah khairan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum puan,

Saya juga sedang mencari diri agar menjadi lebih baik dan terbaik. Puan sudi jenguk blog saya http://ijaie.blogspot.com

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum,

InsyaAllah kami menganjurkan kursus bahagia dengan solat yang akan diajarkan oleh anak murid Guru saya yang jauh pengalamannya dari saya. Saya mula belajar dari tahun 2008 tapi insyaAllah Pak Setiyo Purwanto telah belajar dari tahun 1990an lagi. Semoga kehadirannya ke Malaysia dapat membawa manfaat. Maaf kerana perlu meletakkan yuran yang minimal untuk menampung kos perbelanjaan yang agak besar. Terima kasih semua kerana memberi sokongan.

mus berkata...

besar manafaat dari tulisan ini utk kehidupan manusia di dunia dan akhirat, mohon menyalin artikel2 berguna di sini utk penadigital.com, (tiada kemampuan menulis sebegini kerana memerlukan ilmu yg mendalam)

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan. Silakan Mus untuk menyalin artikel2 yang dapat dimanfaatkan. Saya tak kan mampu menulis kalau bukan dari daya yang diberikan ALLAH.

Salam

AFGW berkata...

Alhamdulillah....
Terima kasih atas perkongsian bermakna ini... Semoga Allah memberikan rahmat kepada kita semua......insyaAllah...

Muhammad Farid berkata...

Salamullah... Saya Farid dari Nilai. Alhamdulillah. Rasa seronok saya mmbaca tulisan puan. Saya berani mngatakan BENAR apa yg puan tuliskan pada blog ini. Sbb yg ingat kpd Allah adalah yg pernah bertemu, berjumpa dgnNya. Saya mohon & brharap kpd puan dptlah beri alamat d mana puan hendak buka kelas ILMU yg d REDHOI ALLAH ini. Tq...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Ana nuraziela dari ampang..subhanALLAH dah lama ana cari semua ni... sekarang ni ada bukak kelas lagi tak untuk belajar ilmu mendekatkan diri kepada ALLAH sebegini.. Kalau ada contac sy humaira_starzz@yahoo.com syukran :)