Allah Ajarkan tentang Amal Soleh Paling Tinggi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan NamaMu Ya Allah, aku mencoretkan sesuatu pagi ini agar ianya member manfaat untuk semua ... Ampuni Aku Ya Allah ...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, alhamdulillah saya sangat bersyukur pagi ini dilatih dan diajar Allah tentang amal soleh terutamanya amal soleh yang paling tinggi di sisiNya. Allahlah Yang Maha Mengajarkan kita, Allahlah Yang Maha Trainer ... Itulah yang saya rasakan pagi ini .... Terima kasih Allah kerana mengajarkan kami setiap waktu dan ketika.

Lebih kurang jam 5 pagi hari ini saya terjaga ... Walaupun tidur lewat tapi saya tidak mengantuk terjaga jam 5 ... Alhamdulillah saya yakin Allah yang mengejutkan dan seolah berkata pada saya, "bangun, bangun .... aku ingin mengajarkan engkau hari ni ..."

Lalu saya pun bangun untuk mengerjakan dua rakaat solat tahajud dengan menghadapkan jiwa tepat kepadaNya ... sungguh indah perjalanan bertemuNya di dalam solat itu .... Seusai solat, saya duduk mengadapNya ... dan entah mengapa pada pagi ini kuat saya rasakan untuk beristighfar kepada Allah ... Saya mohon ampun kepada Allah dengan penuh rasa pengharapan kasih sayang Allah dan pengampunanNya yang luas tak terbatas ... Astaghfirullah ... saya ulangi dan ulangi seolah tidak tahu bila saya akan menghentikannya .... Saya teruskan dan teruskan ... airmata mula mengalir, kedekatan Allah makin terasa, astaghfirullah, ampuni aku Ya Allah ... aku ingin jadi hambaMu yang soleh ... saya teruskan dan teruskan lagi .... seolah saya tidak ada agenda pagi itu tapi diagendakan Allah untuk tetap duduk menghadapNya dan beristighfar .... airmata terus mengalir tak henti-henti ... Sambil saya beristighfar itu saya perjalankan jiwa saya menujuNya ... saya bawa jiwa saya kepada Alah, astaghfirullah, astaghfirullah ... perlahan-lahan kalimah taubat itu menjadi kenderaan jiwa saya menujuNya ....

Das ... pengajaran pun turun .... prosesnya tak dapat saya tuliskan satu persatu di sini, sukar untuk merekodkannya kerana seolah terlalu pantas berlaku ... apapun saya ceritakan apa yang dirasa saat ini ...

Suatu ketika dahulu ketika saya masih bersekolah dan menuntut di universiti, saya punya satu cita-cita ... cita-cita saya adalah untuk membahagiakan ibu saya yang telah melalui berbagai kedukaan di dalam hidupnya. Ibu saya bercerai dengan ayah saya ketika saya berusia 15 tahun lagi ... Ibulah yang menanggung kehidupan kami adik beradik ... pendapatan ibu sangat kecil, justeru kami hidup secara ala kadar sahaja. Ibu melalui berbagai kesedihan dan kepayahan terutama apabila hidup tanpa suami dan sentiasa menjadi bualan jiran dan tetangga. Namun kerana hendak membesarkan kami semua, ibu tidak pernah mengambil peduli itu semua dan tidak pernah berusaha untuk membersihkan namanya dari menjadi topik perbualan jiran dan rakan-rakan sekerja yang mungkin agak ketakutan dengan kejelitaan ibu yang mengancam kehidupan rumahatangga mereka ... Setiap hari pulang dari kerja, ibu akan terus bergegas ke dapur untuk menyediakan masakan untuk kami adik beradik ...

Justeru saya akan bahagiakan ibu, saya akan siapkan apa saja keperluan yang ibu perlukan, saya akan jaga ibu saya ... Itulah cita-cita saya satu waktu dulu ... saya belajar bersungguh-sungguh demi ibu saya ... Saya bekerja di universiti untuk ibu saya ... Segalanya untuk ibu ...

Malangnya itu cerita dulu ... ketika saya tidak bekerja lagi, ketika saya tidak sibuk dengan berbagai urusan kehidupan, ketika saya tidak mempunyai anak, ketika saya tidak mempunyai suami ...

Waktu dan masa berubah ... dan manusia juga turut berubah ... cita-cita yang terpendam dari dulu tinggal terpendam begitu saja ... Kehidupan berkeluarga dan kesibukan saya melupakan saya tentang cita-cita itu. Seolah terkubur begitu saja ...

Pagi ini Allah mengingatkan saya kembali tentang cita-cita itu ... Allah mengingatkan kembali tentang setiap perasaan yang pernah ada di hati saya terhadap ibu saya pada satu waktu dahulu ... perasaan yang mungkin saya hampir lupa pada hari ini. Perasaan untuk menjadikan ibu saya orang yang paling bahagia dalam dunia ini, perasaan untuk memastikan segala keperluan ibu dipenuhi ... Saya terus menangis tak hentinya .... Menangis kerana perasaan itu mengalir semula di dalam jiwa, menangis kerana saya lupa pada cita-cita itu, menangis kerana kelalaian saya terhadap ibu saya dan kurangnya masa yang saya peruntukkan untuknya padahal ibu telah memperuntukkan kehidupannya untuk saya ... Saya terus menangis tak hentinya sehingga membawa saya sujud kepada Allah ... memohon ampun atas kelalaian saya ...

Ya Allah, Engkaulah Yang Mengajarkan ... Engkaulah motivator teragung ..... Engkaulah yang sungguh baik pada hambaMu ... Saya sungguh-sungguh merasa melalui satu proses latihan pada hari ini, trainernya Allah ... latihan cukup hebat tak akan dapat dilakukan oleh manusia ... bermula dengan Allah mengejutkan saya seolah berkata, "bangun, Aku ingin mengajarkan kamu hari ini ..."

Sahabat yang dirahmati Allah, amal Soleh tertinggi di sisi Allah adalah kebajikan kepada ibu dan ayah yang bukan berkehendakkan balasan kebendaan dari kita tapi mengharapkan perhatian, kasih sayang yang ikhlas dan sedikit masa untuk mereka ... Selama ini kita sering merasakan bahawa dengan solat, membaca Al-Qur'an, puasa dan zakat kita sudah beramal soleh .... Kita silap .... Solat, Puasa, Zakat itu adalah latihan yang Allah sediakan untuk menyucikan jiwa dan memproses diri kita agar siap untuk menjadi khalifahNya ... ianya adalah satu proses penyediaan diri kita. Bila telah siap diri kita (seperti tentera yang disiapkan dengan latihan ketenteraan), maka kita mengorak langkah untuk beramal soleh (berperang dalam konteks tentera). Bayangkan seorang tentera dilatih dengan hebat di kem tentera tapi kemudian tidak ikut berperang. Justeru setelah jiwa kita siap diproses dan disucikan dengan latihan-latihan yang Allah sediakan dalam Rukun Islam yang wajib maka hasilnya adalah amal soleh sebagai khalifah Allah ... connecting with people and environment ... Rukun Islam menguatkan jiwa dengan Allah ... connecting with Allah (Hubungan dengan Allah) ... hasilnya adalah hubungan dengan manusia ... Itulah amal soleh ...

Apakah amal soleh yang paling tinggi? Siapa di kalangan manusia yang disuruh Allah untuk kita berbuat baik? Ibu bapa, orang miskin, anak yatim, orang yang di dalam perjalanan dan sebagainya ... Siapa yang paling terpenting kepada kita dari kalangan yang dinyatakan di atas? Pastinya ibu kita dan ianya terungkap jelas dalam firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah saw. Itulah amal soleh yang tertinggi di sisi Allah ... Berbakti dan membahagian ibu dan bapa yang telah membesarkan kita ... Jangan sekali dilengahkan, jangan sekali diabaikan ....keredhaan Allah bersama dengan keredhaan ibu dan ayah .... IsyaAllah dengan keredhaan ibu dan ayah, perjalanan menuju Allah insyaAllah akan dituntunNya dan berjalanlah kita dengan lancar menujuNya ....

Sahabat yang saya kasihi, inilah pengajaran yang saya dapat pagi ini. Saya kongsikan agar kita sama-sama dapat meneruskan jalan menujuNya ....

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Ulasan

Ros berkata…
assalammualaikum wrt wbt

kak nora... kita terasa kita sudah cukup dan btanggungjawab terhadap ayahbonda namun pabila meneliti- muhasabah,kita tidak meletakkan mereka ke 'tahta' yang sebenarnya dalam kehidupan kita berbanding ayahbonda yang meletakkan kita di puncak kehidupan mereka... segalanya buat anak-anak..!

betapa alpanya kita...

kak nora, post ni baik sekali mengetuk hati-hati yg terlupa dan lalai.

terima kasih atas perkongsian..
UmmuAyman berkata…
Wa'alaikummussalam ...

Alhamdulillah Ros, pengajaran dari Allah kita sama2 share : )

Semoga ibu dan ayah kita redha pada kita dunia dan akhirat.

Terima kasih ...
Amoi berkata…
assalammualaikum,
terima kasih kak nora. artikel ini sangat bermanfaat. saya teringin merasa diajar oleh Allah. pasti sangat hebat perasaannya. subhanaAllah syoknya sy jika dpt diajar spt anda..sy t'ign menyertai kursus solat di tempat anda tetapi malangnya sya tiada kenderaan dan tgl jauh di seksyen 13, shah alam. seorg pelajar. sy amt berharap smoga sy akn dpt nikmat anda ini..:(
Miss Tulip berkata…
Assalammualaikum kak nora.

bila saya membaca artikel ini, wajah ibu saya terus terbayang.air mata saya terus mengalir.sayang ibu untuk selamanya.
Ummu Ayman berkata…
Wa'alaikummussalam Amoi,

Allah sangat dekat dengan kita ... dan sebenarnya sentiasa mengajarkan kita ... kenapa? Sebab Dia terlalu sayangkan kita, sangat sayang, tak boleh diukur pastinya ...hanya kita harus datang dekat kepadaNya ... itu saja rahsianya ... lain-lain nanti dituntunNya :) Shah Alam tu tak lah jauh sangat, insyaAllah boleh diusahakan tapi next kursus tak pasti lagi di KL atau di luar KL, dengar2 orang Johor nak organize event bulan Jun ....
Ummu Ayman berkata…
Wa'alaikummussalam Miss Tulip,

Alhamdulillah, bersyukur bila dapat rasa macam tu ... zaman sekarang ni ramai anak-anak tak rasa kasih sayang mengalir dalam jiwa untuk ibu dan ayah :(

Salam
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah. sy juga bercita2 spt akak. ibu sy seorang balu. sy sendiri lihat bagaimana keperitan ibu yg turut menggalas tugas bapa. namun manusia hanya merancang, allah menentukan. setelah sy tamat universiti (belum sempat keje), ibu telah kembali ke rahmatullah. x sempat melaksanakan cita2 sy itu. dlm hati sy memujuk diri bahawa allah telah melindungi hati ibu daripada dilukai oleh anak2 lagi. sbg anak, kite kadang telah melukakan hati ibu tanpa disedari. dgn berfikir begitu, hati sy menjadi lapang.sekian, terima kasih.
Ummu Ayman berkata…
Semoga ibu berbahagia dekat dengan Allah ... doa anak yang soleh itu diharapkan ibu :)
Nadia berkata…
Salam..

Entri kali ini membuatkan saya menangis terkenangkan Emak. Apa yg Kak Nora rasakan, sama spt apa yg saya lalui.
Emak diceraikan 3 tahun lepas kerana pihak ketiga. Saya yg menjadi satu2nya saksi ketika Abah melafazkan cerai pada Emak. Waktu tu saya tak sihat sampai tak boleh attend final exam. Sejak saat itu, saya berazam utk membantu Emak. Saya extend study selama 1 tahun utk bekerja. Bila surat kolej sampai di rumah, Emak beria2 suruh saya sambung study balik. Tp saya tak nak memandangkan saya tidak mempunyai simpanan yang cukup kerana PTPTN sudah tidak tanggung lagi. Tiada sesen pun duit saya simpan utk teruskan study kerana pada waktu itu, saya hanya memikirkan soal Emak & adik2 seramai 6 org. Emak sanggup keluarkan duit KWSP nya utk menampung kos pengajian saya yg berbaki 1 tahun. Bila saya dah bekerja sekarang, kesibukan pun menghimpit, saya jadi lupa pada Emak. Hanya seminggu sekali bertanyakan khabarnya. Kadang2, Emak message "Selamat Malam, Kakak". Saya dapat rasakan Emak rindukan saya. Emak nak berbual2 dgn saya. Emak nak saya mendengar luahan hatinya kerana saya mengerti Emak belum dapat menerima takdir dgn penceraiannya. 2 bulan lagi saya akan menikah.. Baru sekarang saya tersentak, terfikirkan apa yg telah saya lakukan pd Emak? Saya mengharapkan & akan berusaha dapat membuat Emak bahagia, walaupun tanpa Abah di sisi..
Ummu Ayman berkata…
Assalamualaikum Nadia,

Mungkin agak terlewat untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru tapi apapun tahniah dari Kak Nora.

Rahmat Allah turun luarbiasa bila ia berkaitan dengan ibu kita. Ya Allah, tak dapat nak dikongsi rasanya, sangat hebat bila rahmat Allah turun. Yakinlah, berbuat baik dengan ibu kita hasilnya sangat luarbiasa!

Salam
K Nora
Tanpa Nama berkata…
salam kak.
saya pun mcm kak masa sekolah dulu...segalanya kerana ibu..spm terbaik utk ibu, masuk uni kos yg ibu cadangkan, dan di uni yg ibu impikan. ibu juga menyuruh saya menikah sebelum habis pengajian ijazah, dan saya tunaikan impian ibu. malangnya sejak saya kenal suami (ketika itu boyfriend, Astaghfirullah...), saya jadi leka, x jadi la apa2 yg buruk pun..cuma saya kawin awal semasa tahun 2 SEMATA2 UTK TUNAIKAN HARAPAN IBU melihat saya menikah awal. tp saya sekarang x kerja sbb x sampai hati tinggalkan anak2 pada org...serba salah sgt2 bila org sekeliling merendah2 membodoh2kan ibu dan saya sendiri kerana saya surirumah yg dulunya pelajar terbaik sekolah, dan dikenali semua teman ibu...suami saya juga guru seperti ibu.. apa pandangan kak nora? tima kasih