Rabu, September 08, 2010

Allah Ajarkan Islam Itu Mudah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan menyebut namaMu Ya Allah Yang sentiasa mengajarkan kami dengan penuh kelembutan dan kasih sayang ... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kita sudah dapat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan hari ini sudah masuk hari ke 29. Suasana pagi ini sangat tenang, seolah-olah tidak ada angin yang bertiup, pancaran matahari ditutupi lapisan demi lapisan memberikan satu suasana yang nyaman .... Adakah malam tadi malam lailatuqadar? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ... sebenarnya saya jarang suka membincangkan tentang bilakah jatuhnya malam tersebut dan saya sangat khuatir dengan slogan seperti mencari lailatul qadar ... saya takuti ia menjejaskan keikhlasan kita beribadah hanya kerana Allah dan tidak punya apa-apa kepentingan diri ... yang dikejarnya redha Allah ... Apapun, semoga ramadhan kali ini menjadi satu latihan yang berkesan terhadap diri kita sehingga ia dapat membentuk perilaku yang lebih baik, perilaku orang yang bertakwa insyaAllah ...

Hari ini saya ingin membincangkan tentang Islam itu mudah, satu kefahaman yang saya perolehi beberapa waktu dahulu semenjak saya mengikuti pengajian dari Pak Ustaz Abu Sangkan. Alhamdulillah, peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ini memantapkan lagi keyakinan saya bahawa Islam itu mudah ...

Cuba bayangkan sikap kita yang tidak baik yang begitu sukar kita ubah. Diri kita yang sebenar tahu bahawa sikap itu tidak baik dan diri kita pastinya mahu berubah sikap. Tapi perubahan diri ini sangat mudah dibicarakan tapi tak semudah untuk dilakukan. Anda setuju dengan saya? Saya rasa anda setuju : ) Saya tidak ketinggalan ... banyaknya sikap yang tidak baik yang ingin sekali saya ubah tapi rasanya sangat tidak berdaya ... ya, kerana kekuatan dan daya itu tidak ada pada diri kita tapi ada pada Allah ... hanya dengan daya dan kekuatan dari Allah kita dapat berubah ...

Alhamdulillah dibulan Ramadhan ini ada yang saya kenali telah membuat perkongsian betapa perubahan sebuah sikap di dalam diri begitu mudah berlaku tanpa melalui susah dan lelah ... ada satu kekuatan yang dirasa dalam diri di dalam membentuk sikap yang baru ... Dirinya hanya tinggal mengikut saja kehendak hati yang ketika itu mahukan sikap yang baru itu ... sangat mudah ... sudah diletakkan dalam hati maka jadinya mudah ... Padahal tidak dapat dia bayangkan dahulunya ianya satu perkara yang sangat sukar dilakukan .... Apa yang dilakukan hanya memastikan dia benar-benar dapat melemahkan nafsunya di sepanjang Ramadhan dan membantu mengukuhkan ruhaninya dengan solat dan ibadah pada malamnya. Itu saja, dan berlaku satu perubahan hebat yang dirasanya tidak dapat dibeli dengan wang seberapa banyak pun ....

Perkongsian ini sangat meyakinkan saya bahawa Islam itu mudah and change of attitude can be easy ... really! Allah sudah menyediakan latihannya iaitulah 5 perkara dalam Rukun Islam, Mengucap dua kalimah Syahadah, Solat lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Menunaikan zakat dan Haji di Baitullah bagi yang mampu. Masalahnya kenapa sudah kita lakukan tapi masih tiada berlaku perubahan sikap dan diri? Pastinya kaedah melakukan itu yang tidak tepat ... Justeru jangan susah hati dong ... kita belajar untuk melakukan ibadah wajib dalam Rukun Islam. Itu fardhu ain ... kalau mahu belajar yang lain-lain silakan tapi pastikan utamakan yang ini dulu .... InsyaAllah kita akan dapat menyusuri perjalanan terindah bersama cinta sejati yang akan tetap menemani : )

Selamat Menyambut hari raya aidilfitri dengan kesedaran fitri yang suci ... Maafkan salah dan silap saya di dalam menuturkan kata-kata di blog ini. Semoga kebahagiaan kan terus menyapa sampai bila-bila ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

2 ulasan:

imran berkata...

halangan seterusnya?
cabaran utk teruskan istiqamah dlm b'ibadat di bulan ramadhan dlm bulan2 yg lain

dan

mcm mana nak kekalkan perubahan sikap tu dalam bulan2 yg lain?..

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum Imran,

Kalau tepat latihan kita di bulan ramadhan, perubahan sikap akan berlaku tanpa dipaksa dan kita akan istiqamah insyaAllah. Kalau tiada perubahan dan tidak istiqamah, maka amalan kita ada ruang lagi untuk dibaiki.

Contohnya bayangkan seorang yang belajar menari selama 3 tahun, kalau dia belajar dengan betul, pasti setelah 3 tahun, badannya akan lembut menurut irama yang ditarikan. Tapi kalau dah 10 tahun belajar, masih kaku maknanya dia tidak berlatih dengan betul, mungkin dia bermain-main ...

Justeru, latihan di dalam rukun Islam yang lima adalah latihan yang berkesan untuk berlakunya perubahan sikap ...

Kalau masih belum berubah seusai ramadhan, jangan bimbang, Allah ada sediakan amalan solat berterusan yang boleh menghasilkan perubahan sikap yang positif ... dan juga puasa sunat isnin khamis yang sangat berkesan di dalam menghasilkan perubahan sikap.

Salam