Jumaat, Jun 18, 2010

Allah Ajarkan tentang MahaGuru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah Yang Sangat Dicintai, Yang Sangat Dirindui ... tidak tertulis kata-kata yang bisa mengungkapkan perasaan ini kepadaMu Ya Allah, tidak terlukis keindahan yang bisa menggambarkan kebahagian mencintaiMu ...

Saya merasa sangat bahagia sekali sekarang ini. Perjalanan 3 hari bersama-sama anak-anak remaja sangat memberi ketenangan dan kebahagian di dalam jiwa saya. Masih saya ingat lagi, sebelum program bermula saya pesan kepada semua anak-anak fasi yang bersama saya ... ingat ini tugasan dari Allah, kita mesti buat sebaik mungkin, moga ia menjadi amal jariah kita di akhirat nanti ... itulah pesan saya kerana saya tidak mahu segala apa yang dilakukan jadi sia-sia ... Saya berharap agar apa yang kami jalankan jadi persembahan terindah buat Allah. Anak-anak fasi menganggukkan kepala dan di wajah mereka saya lihat semangat yang membara ingin lakukan yang terbaik kerana Allah. Mereka sememangnya yang terbaik dan saya merasa bersyukur kerana Allah menghantar mereka bersama-sama untuk melakukan tugasan dakwah ini. Terima kasih Arif, Mar, Rose, Haiza, Cinta, Syawal, Latify, Ayman, Kamil, Biha, Amy dan tak lupa Saudara Fuad Latip dan Kak Norli yang membantu program Teens@3i dan Solat Khusyuk Remaja baru-baru ini. Pastinya saya tidak lupa juga pada fasi-fasi yang lain yang tidak dapat turut serta pada program kali ini ... Imran, Afif, Shauqi, Fahmi, Rezza, Zizie, Munirah, Sumaiyah, Hassan, Nadiah, Yati, Atiqah, Diyana, Aisyah, Azan, Fikri, Firdaus, Zafran, Hakim, Syadana, Kamil Jr dan Izyan. Syukran pada suami saya, Cikgu Yati, Norita, Salwani, Dr Kalsom, Dr Maznah, Dr Fida', Kak Rohayati, Kak Fauziah, Kak Olah, Kak Ah, Kak Azimah, Zainaton, dan Kak Gee yang banyak memberi sokongan. Maaf panjang pula intro kali ini, saya ingin mengukirkan nama-nama mereka di sini sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga terhadap pengorbanan mereka yang ada di antaranya sanggup tidur sehingga jam 3 pagi untuk membuat persiapan dan bangun semula jam 4:30 pagi tapi masih memberikan persembahan yang sangat mantap ... Alhamdulillah, terima kasih Allah ...

Program bersama-sama anak-anak remaja sangat menginsafkan saya. Saya dapat melihat sendiri permasalahan dan persimpangan jalan yang dihadapi oleh anak-anak remaja hari ini. Mereka sedang menantikan perjuangan dari kita semua ... Mereka sedang menantikan orang-orang yang menyambung perjuangan Rasulullah saw untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan ... Jangan tinggalkan mereka ... Ayuh kita sama-sama bangun untuk membantu mereka yang sedang terkapai-kapai mencari jalan pulang ...

Pada kali ini saya ingin berkongsi di ajarkan Allah bahawa Dialah Mahaguru yang sebenarnya. Banyak peristiwa yang saya lalui di mana Allah Mengajarkan Saya bahawa Dialah Yang Mengajarkan kita semua ...

1) Suatu ketika dulu saya tidak tahu untuk membuat keputusan untuk berhenti kerja. Jadi dalam dilema yang saya hadapi, saya bertanyakan kepada seorang Ustaz yang sangat saya hormati. Saya tanyakan adakah wajar saya berhenti kerja. Ustaz itu memberi tahu saya, jangan berhenti kerja, rezeki yang Allah beri itu sebenarnya menjadikan kita wakil Allah untuk memberikannya juga kepada orang lain. Sebaik saja mendengarkan jawapan dari Ustaz tersebut, saya merasa sangat lega ... tak payah berhenti kerja ... kata hati kecil saya ... ada juga sedikit bahagia ketika itu dan saya terus membuat keputusan untuk tidak mahu berhenti kerja. Kemudian pada satu hari yang lain selepas itu, saya mendengarkan CD Ustaz tersebut ... CD itu saya dengar berulang-ulang. Salah satu ucapan ustaz tersebut adalah kupasan satu ayat Al Qur'an di mana Allah menyebutkan bahawa terdapat di kalangan manusia yang menjadikan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan ... dan pada saat itu juga diilhamkan ke dalam jiwa saya di mana di dalam dilema saya untuk berhenti kerja, sewajarnya saya mendengar suara hati yang diilhamkan Allah kepada saya terus ...kerana Allahlah Guru kepada segala guru ..Dia Mahaguru ... Allah menggunakan suara ustaz itu sendiri untuk mengajarkan saya untuk terus bertanya kepada Allah untuk membuat keputusan samada untuk berhenti kerja atau tidak dan bukannya bergantung kepada manusia lain walaupun mereka adalah orang-orang yang mulia di sisi Allah. Secara tidak kita sedari kita menjadikan golongan ulamak ini seperti Tuhan (menjadikan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan). Ini adalah kerana Allah Yang Maha Tahu. Tidak salah kita bertanyakan pandangan ustaz/ustazah atau orang-orang yang berilmu tapi keputusan kita perlu bersandarkan kepada petunjuk dari Allah yang berupa ilham yang dimasukkan ke dalam jiwa kita.

2) Sebelum program Kursus Solat Khusyuk bermula, ramai ibubapa yang menalipon saya untuk bertanya kalau anak-anak mereka yang kurang dari 12 tahun boleh mengikuti program itu. Pada mulanya saya agak keberatan sehinggalah saya terima satu panggilan telefon di mana ibu tersebut sangat persistent untuk memasukkan anak saudaranya yang berusia 10 tahun. Pada mulanya saya memberikan respon yang sama juga dengan memberikan alasan bahawa kami ada menyediakan program i Love Solat untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tetapi Allah Yang Maha Menundukkan telah membuat suatu terkeluar dari mulut saya ketika itu di mana secara spontan saya katakan ... kak, kalau saya katakan tak boleh maknanya seolah-olah kami yang ajarkan, padahal Allah yang mengajarkan mereka ... saya juga agak terkejut saya mengeluarkan kata-kata itu dan kemudian saya katakan pada diri saya ... betul juga, kalau Allah menghendaki anak ini mendapat kefahaman, pasti ia akan faham kerana Allah yang memberikan kefahaman itu ... Itulah kadang-kadang kita lupa bahawa bukan kita yang mengajarkan tapi Allah yang sebenarnya mengajarkan ... Allah MahaGuru yang sebenarnya kepada hamba-hambaNya.

Siapa yang mengajarkan anak-anak yang baru lahir untuk menghisap susu ibunya ... Siapa yang mengajarkan lebah membuat sarang yang begitu hebat sekali ... Allah yang mengajarkan kita semua ... Ayuh terus minta pada Allah, Ajarkan Aku Ya Allah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

3 ulasan:

almukhlis_su berkata...

Assalamualaikum...alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi ruang untuk terus bernafas.Salam perkenalan puan.saya tidak mengenali puan tetapi meminati program yg cuba diterapkan.selalu juga sy ikuti blog penulisan puan.niat yg baik pasti Allah meredhai...teruskan lah agar kita sama sama dapat apa yg dijanjikan Allah swt utk hambanya.Tidak pandai berkata-kata kerana semuanya yg dimiliki adalah ajaran dari-NYA...

Ummu Ayman berkata...

Wa'alaikummusalam,

Salam perkenalan juga dari saya. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah kalau tidak ada aral, jemput datang ke program yang dianjurkan. Contohnya ketika program Remaja 3i atau I love Solat, boleh saja datang kalau nak tengok ... ada juga parents yang stay back kat belakang tengok, insyaAllah tak ada masalah. Boleh juga datang sebagai fasi atau urusetia .. sangat dialu-alukan. Terima kasih, semoga kita selalu ingat pada Allah ...

esqw165 berkata...

Puan,

1. saya terpanggil utk memberi kata2 galakan kpd Puan utk terus mencatatkan pengalaman Puan ini.

2. dari segi teknik penyampaian, ada ikhlas.
dari segi tatabahasa, indah.

3. Puan telah memberi, atas gerak Dia, kami contoh pengalaman Puan bersyahadah dalam setiap aspek hidup Puan.

4. Alhamdulillah, amat saya hargai sharing yg Puan sampai kan dlm blog ini.

5. Saya baca buku "Hidup Lebih Bermakna by Muhammad Zuhri, dan amati seminar ESQ,

dan saya nampak zahir nya di dalam pengalaman Puan.

esqw165@gmail.com