Allah Ajarkan Berubat Dengan Solat

Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Lama juga rasanya saya tak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di sini ... Setiap hari tugasan saya rasanya kian bertambah ... Pernah saya menghadapi cabaran untuk menyiapkan empat tugasan penting dalam tempoh lima hari. Saya rasa almost impossible boleh menyiapkan semuanya ... Saya agak tension ketika itu ... kemudian saya teringat bahawa sekiranya Allah mengkehendakiNya maka tidak ada satu pun yang mustahil ... Di atas keyakinan itu, saya terus berdoa memohon pertolongan Allah agar saya dapat menyiapkan semua tugasan itu dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdulillah semua tugasan telah disempurnakan mengikut tarikh sasaran ... saya sendiri sukar mempercayainya kerana tugasan-tugasan itu bukan mudah ... alhamdulillah itulah Allah yang Maha menguruskan segalanya ...

Pada malam ini saya ingin sekali menulis, tetapi saya tidak ada idea apa yang hendak ditulis kerana banyak ilham-ilham yang saya dapati sebelum ini apabila tidak saya catit berlalu begitu saja, agak sukar saya ingati. Kemudian saya bertanya pada Allah, apa yang patutnya saya tulis malam ini ... 'tek' tidak sampai tempoh sesaat, Allah ingatkan catatan yang pernah saya buat di telefon saya tentang ilham-ilham yang saya perolehi ...

Salah satunya yang ingin saya kongsikan pada malam ini adalah Allah ajarkan saya untuk berubat dengan solat... Anda rasa pelik? Jangan rasa pelik, boleh dicuba : )

Saya menghadapi masalah darah yang agak berasadik. Justeru banyak makanan yang tidak boleh saya makan terutamanya tomato, kekacang, kentang dan sebagainya. Sekiranya saya tersilap makan maka badan saya akan sakit insyaAllah. Justeru saya akan sering perlu berubat samada secara perubatan moden atau perubatan tradisional.

Beberapa bulan yang lalu, saya menghadapi masalah badan saya sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Saya berubat, baik sekejap dan sakit kembali ... dan saya berubat lagi ...baik dan sakit lagi ... Keyakinan saya pada perubatan yang biasanya saya ambil begitu menebal hingga apabila terasa sakit saya ulangi lagi proses perubatan yang sama yang biasanya menyembuhkan saya ...Hanya saya agak pelik kenapa pada kali ini saya sakit kembali walaupun saya menjaga apa yang saya makan ... Itulah saya lupa bahawa Allah Yang Maha Menyembuhkan ...

Alhamdulillah, pada suatu hari (pada waktu itu saya sedang menghadapi sakit di bahagian tulang belikat dan juga sakit-sakit badan) sewaktu saya solat dan sedang sujud diilhamkan Allah kepada saya agar di betulkan posisi sujud saya kerana posisi sujud yang betul insyaAllah boleh menyembuhkan sakit-sakit tulang belikat, pinggang dan anggota badan yang lain. Lalu saya membetulkan posisi sujud seperti mana yang diajarkan oleh Pak Ustaz Abu Sangkan di dalam pelatihan solat khusyuk yang saya hadiri. Saya sujud agak lama dan alhamdulillah dengan kaedah sujud yang betul, kita tidak akan rasa penat bersujud dengan lama. Kemudian saya ulangi di rakaat-rakaat yang lain.

Alhamdulillah sebaik selesai solat, rasa sakit di tulang belikat hilang. Begitu juga rasa letih dan lenguh-lenguh tulang yang saya rasakan. Alhamdulillah, lepas itu saya tidak meneruskan sesi perubatan yang biasa saya lalui (sehingga ke hari ini, alhamdulillah), badan saya rasa sihat dan wang pun dapat dijimatkan : )

Pak Yus Ansari juga pernah bercerita bahawa beliau pernah mengalami selsema dan kemudian beliau berubat melalui solat. Beliau menambah solat-solat sunat, contohnya kalau kebiasaannya solat sunat sebelum dan selepas zuhur, dibuatnya dua rakaat, pada kali ini dibuatnya 4 rakaat. Beliau solat dengan lama sambil membetulkan posisi rukuk dan sujud. Alhamdulillah kemudian selsemanya pulih tanpa perlu memakan ubat.

Itulah hebatnya solat yang diciptakan Allah. Allah menjaga kesihatan kita melalui solat. Bayangkan ketika kita rukuk, kita regangkan tulang belakang ... dan kita tahu bahawa regangan (stretching) ini melancarkan darah. Apabila tulang belakang sihat, bayangkan organ-organ yang berhubung dengannya pun sihat seperti jantung, hati, pankreas, buah pinggang dan sebagainya. Bayangkan 17 kali kita rukuk setiap hari, sepatutnya kita punyai tulang belakang yang sihat dan organ-organ yang sihat. Tapi kenapa kita solat 5 kali sehari tapi masih sakit-sakit ... Mungkin rukuknya tidak sempurna, tidak betul posisi dan tidak tumakninah ...



Begitu juga dengan sujud ... Sujud mengalirkan darah yang membawa oksigen ke otak. Pada pagi hari otak kita kaya dengan okisigen tapi nanti petang ia semakin kekurangan dan membuatkan kita rasa letih. Bayangkan kita sujud 17 kali sehari, pastinya kita ada otak yang cerdas ...lebih cerdas dari otak orang-orang yang tidak solat ... tapi kenapa ya, 17 kali kita sujud tapi bila balik kerja petang-petang, tak terasa segar ... jawapannya sujud kita tidak tepat posisinya dan tidak lama, tiada tumakninah ...


Solatlah dengan posisi yang betul, insyaAllah ia boleh menyembuhkan penyakit. Hebatnya Solat ini. Bukan sekadar ia menghidupkan hati dan jiwa, bukan sekadar ia mencegah perbuatan keji dan mungkar dan membentuk keperibadian yang mulia tetapi ia boleh menyembuhkan penyakit. Istimewanya solat ... untuk menganugerahkan solat kepada kita, Allah menjemput Rasulullah saw untuk menerimanya sendiri di dalam peristiwa isra' mikraj ... itulah anugerah besar yang kita ada selama ini, hanya kita yang tidak menghargainya ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Ulasan