Rabu, April 21, 2010

Allah Ajarkan Mencintai Suami KeranaNya

Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Alhamdulillah saya baru saja menghadiri kelas pengajian Asmaul Husna kami yang telah lama tertangguh kerana Prof Madya Dr Wan Maseri yang mengajar telah memulakan semula tugasannya sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Pahang. Saya mendapat kefahaman sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya diajarkan Allah untuk mencintai suami saya keranaNya ... Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kefahaman ini kerana saya rasa ramai rakan-rakan yang berhadapan dengan masalah yang sama dengan saya berkaitan dengan mencintai suami ...

Ibubapa saya bercerai ketika saya berusia 15 tahun. Sejak dari itu saya sentiasa merasa keseorangan di dunia ini. Apatah lagi saya tinggal di sekolah berasrama penuh dan meninggalkan keluarga untuk keluar negara sebaik saja keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan. Sehinggalah saya bertemu dengan suami saya dan berkahwin ketika saya berada pada tahun 2 di universiti. Ketika itu saya merasakan suamilah ibu dan ayah saya dan sebahagian dari diri saya adalah suami saya. Begitulah dalamnya perasaan saya kepada suami dan saya rasa ramai kawan-kawan di luar sana yang merasakan apa yang saya rasakan ini.

Apabila saya diajarkan untuk mengenal Allah, saya mula belajar mencintai dan merindui Allah. Pastinya sangat indah mencintai pada YANG SELAYAK DICINTAI .... kemudian saya menghadapi masalah di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Allah. Ada waktu-waktu yang sewajarnya digunakan untuk suami, saya curi untuk menyembah sujud kepada Allah ... mengingatiNya dan merasakan kelazatan mendampingiNya ... Pastinya saya rasa bersalah dan berharap suami dapat memaafkan saya.

Begitulah hari-hari yang saya lalui ... sedikit sebanyak kasih dan cinta pada Allah memudarkan kasih dan cinta kepada suami ... dan ada kalanya juga kasih dan cinta pada suami melalaikan saya kepada Allah ...

Alhamdulillah pada kelas Asmaul Husna malam tadi, ketika kami sedang memanjatkan doa kepada Allah, hati saya bergetar ketika kami sama-sama memohon ampun kepada Allah sekiranya selama ini kami mencintai suami melebihi dari mencintai Allah. Tanpa disedari airmata saya terus mengalir. Alhamdulillah, sesaat itu juga secara halusnya dialiri Allah kefahaman dalam hati saya dan jika saya terjemahkan kepada bahasa manusia, lebih kurang maknanya ... Cintailah suamimu kerana Aku ... dan terus terbayang ketika itu semua pengorbanan dan kasih sayang suami kepada saya dan terus tersedar di hati saya bahawa banyak lagi tanggungjawab kepada suami yang tak saya tunaikan dan banyak lagi kasih sayang kepadanya tak saya curahkan ... sekiranya saya ingin mencintainya kerana Allah ... kerana sekiranya saya menjadi wakil Allah untuk mencintai suami saya pastinya saya perlu melakukan yang terbaik kepada suami saya dan saya terus menyedari bahawa saya belum lagi melakukan yang terbaik ... Justeru setiap detik saya bersamanya, menghormatinya, menyayanginya ... maka segalanya adalah termasuk dalam urusan mencari redha Allah. Justeru dua-dua kita dapat, mengasihi suami dan mengasihi Allah ...

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur mendapat kefahaman ini dan insyaAllah semoga Allah memberi saya pertolongan agar dapat mencintaiNya sebagai cinta tertinggi dan benar-benar mencintai suami keranaNya ..

Because You Loved Me

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ’coz you believed
I’m everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life

I’m everything I am
Because you loved me ...

Alhamdulillah, terima kasih Allah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
video

5 ulasan:

filza berkata...

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini.

Ummu Ayman berkata...

Terima kasih Filza ..

fati berkata...

Salam bahagia,
bila saya baca hingga ke ....saya curi untuk menyembah sujud kepada Allah ... mengingatiNya dan merasakan kelazatan mendampingiNya. ...dada ini terasa sebak dan air mata mengalir, lalu say berbisik...'terima kasih ya Allah mengalirkan rasa ini dalam dadaku, padahal aku selalu sukar untuk bangun menemuiMu, aku selalu lena dibuai mimpi. Sedangkan hatiku sangat ingin selalu dekat denganMu...ya Allah ajari aku ya Allah. Terima kasih ya Allah...

Ummu Ayman berkata...

Salam fati,

Rasa itu dialirkan Allah ...pasti tenang dan bahagia rasanya :) begitulah kalau dapat solat dengan khusyuk, dialirkan rasa di dalam dada, getaran yang boleh membuatkan kita tersungkur dan menangis ...

Salam
Ummu Ayman

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dipilih Allah untuk membaca titipan ini dan meraih faham akan cinta kepada suami kerana Nya.Maha Baik Allah yang telah memakbulkan doa 'Ajarkan Aku Ya Allah' yang dibaca dilintasan hati seawal mula menelusuri warkah ilmu ini.Jazakillahu khairan kathira :)

InsyaAllah bakal bernikah pada bulan 12 nanti.
sepanjang dalam jalan dan onak duri pertunangan, terlalu banyak yang me'nasihati' akan cinta dan cara layaknya seorang isteri melayan sang raja keluarga, seorang insan bergelar suami.

seperti penulis,
saya juga Allah takdirkan melalui keluarga yang menemui jejak perceraian sebagai jalan cerita kehidupan.cuma bezanya ujian buat keluarga saya, sebelum menemui pintu buntu perceraian tersebut, hidup saya dan keluarga dihadiri seorang insan bergelar ibu tiri yang hadir tidak diundang membawa sayu dan sendu.iya, perkahwinan kedua.ibu saya hidup bermadu.

sedikit sebanyak,
sesekali menggamit memori,
risau dan fobia itu ada datang mengusik jiwa dan gusar akan perancangan Allah yang Maha Terbaik.

insyaAllah , akan saya lakukan yang terbaik untuk mencintai suami saya kerana Allah seterusnya meraih redha Nya.Rasa ingin lebih memberi bahagia daripada mengharap bahagia :) insyaAllah, Allah bantu .

Terima kasih sekali lagi atas pencerahannya.
Doakan kejayaan bersama dan sama meraih syurga :)

Husna