Allah Ajarkan Tentang Menyerahkan Urusan KepadaNya

Assalamualaikum wr. wb.

Semoga sahabat sekelian berada di dalam keimanan dan sentiasa merasa kasih dan sayang kepada Allah serta sering merindui untuk bertemu denganNya ...

Alhamdulillah sudah seminggu saya mula bekerja sendiri dan alhamdulillah tidak dapat hendak diceritakan kebahagiaan yang dirasakan ... Namun saya juga diuji dengan perasaan takut dan cemas tapi alhamdulillah saya dapat mengatasinya dengan pertolongan Allah ...

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk di atas setelah saya diajukan beberapa masalah berkaitan dengannya ... terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertanya dan kebetulan masalahnya hampir sama, tidak tahu untuk membuat keputusan ...

Saya sharekan permasalahannya dan pandangan saya agar dapat dimanfaatkan ... Kepada sahabat-sahabat yang bertanya, saya mohon izin untuk diletakkan masalah yang dikemukakan ke dalam entry hari ini ...

Seorang sahabat (wanita) menghadapi masalah berkaitan dengan perhubungannya dengan seorang kawan lama (lelaki) yang tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya. Lelaki tersebut telah berkahwin dan juga akrab dengan seorang wanita yang lain. Perasaan sayangnya terhadap kawan lelakinya itu membuatkan dia tidak dapat membuat keputusan samada untuk meneruskan perhubungan dengan lelaki itu atau memutuskan hubungan tersebut.

Saya katakan kepadanya agar diserahkan segala urusannya kepada Allah ... begini jawapan saya .. Siapapun suami N telah tertulis dan ditakdirkan ... Itu yang perlu diyakini ... Bagaimana N keliru, sedih, rungsing pun, ianya telah pun dituliskan ... Justeru buat apa kita keliru, sedih dan rungsing kerana semuanya telah tertulis bukan?

Justeru, tanya saja pada Yang Maha Tahu .... tanya saja ... tanya dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah akan diberi jawapan oleh Allah ...

Apabila hati ada rasa ragu-ragu, jangan diteruskan niat kita ... tunggu dan tanya pada Allah dan tunggu respon dari Allah ... InsyaAllah , Allah akan memberi jawapannya ... Kalau Allah tidak memberikan jawapannya, pada pandangan K Nora jangan diteruskan ...dan berdoa terus pada Allah agar dikurniakan suami yang terbaik ...

Last but not least ...kita balik kepada fundamental atau asasnya iaitu apa-apa yang ingin kita buat MESTILAH kerana Allah ... maka insyaAllah Allah akan menguruskannya ... justeru tanya pada diri N adakah apa yang ingin N lakukan adalah kerana Allah? Alangkah indahnya bila kita hidup menurut kehendak Allah ... Katakan selalu kepada Allah, Ya Allah, biarkan kehidupan ku mengikut kehendakMu ya Allah ... Sekiranya mengahwini pemuda itu adalah kehendak Allah, yakinlah segalanya akan berjalan lancar ..

.... alhamdulillah setelah itu N menerima sms dari pemuda itu yang menunjukkan bahawa perasaannya kepada N sedikit sebanyak berubah dan meminta N agar jangan menunggu dia ... Nah, saya nyatakan kepada N ... Allah sedang menguruskannya ... Allah sedang memberikan jawapanNya insyaAllah ...

Pada malam ini pula saya bersembang dengan seorang sahabat (wanita) yang sedang menghadapi dilema untuk membuat keputusan di antara tiga orang jejaka ... Saya tanyakan kepadanya .. Sudah tanya Allah? Katanya ya, sudah tapi tidak ada jawapan dan dia merasakan perlu membuat keputusan ... Saya katakan padanya bahawa hidup kita akan mudah dan bahagia bila ia menurut apa yang dikehendaki Allah ... maka saya katakan kepada sahabat ini teruskan bertanya kepada Allah sehingga Allah memberikan jawapannya dan isyarat kepadanya ... Kemudian dia bertanya lagi kepada saya bahawa dia merasakan perlu memberi jawapan kepada jejaka yang sedang menunggunya ... Saya katakan kepadanya agar berkata yang benar kepada jejak itu, katakan bahawa dia telah bertanya kepada Allah dan Allah belum memberikan isyarat yang jelas ... kalau dia mahu menunggu silakan, kalau dia tidak mahu menunggu, silakan juga ... Allah yang memegang hatinya dan Allah berkuasa membuat hatinya mahu menunggu atau tidak, bukankah Allah yang menetapkan jodoh ...

Saya katakan kepada sahabat ini agar jangan difikirkan dan jangan risau ... kadang-kadang nafsu dan emosi kita yang membuat kita gelisah dan memikirkannya ... Serahkan saja urusan kepada Allah ... jangan buat keputusan bila kita ada perasaan ragu-ragu ... InsyaAllah akan terjadi sesuatu diluar perancangan kita kerana Allah yang merancangnya ... dan bila Allah merancang ia cukup sempurna dan kita tinggal bersaksikan saja bahawa tiada Tuhan selain Allah dan hanya Allah perancang yang Maha hebat dan sempurna, serahkan urusan kepadaNya ; )

Saya memberikan pandangan sebegini kepada sahabat-sahabat di atas kerana alhamdulillah telah melalui pengalaman-pengalaman diajar Allah untuk menyerahkan segala urusan kepadaNya apabila saya tidak tahu membuat keputusan dan sebahagiannya ada saya sharekan dalam entry-entry yang lalu.

Kebetulan pada malam ini saya ada membaca buku berkaitan dengan Tawakkal .. Tawakkal, menyerahkan segala urusan hanya kepada Dia merupakan salah satu sifat puncak dari yang telah mengenal Dzat yang Maha Mengatur segalanya. Sejauh seseorang mampu mengamalkan sikap tawakkal dengan benar, maka ia sebenarnya orang yang insyaAllah terpelihara dari sifat lalai ...

Tawakkal bukan bererti menyerahkan segala urusan kepada Allah tanpa kita perlu berusaha. Tawakkal ini hasil dari keyakinan kita yang mendalam bahawa Allah akan menguruskan segala urusan ..Justeru setelah kita berusaha, kita serahkan kepada Allah ... Jom doakan sahabat-sahabat kita ini dikurniakan jodoh yang terbaik insyaAllah : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Ulasan

ana berkata…
salam.. syukran ustazah atas prkongsian ilmu..
tringat sy smasa ustzh mmbri kuliah lbeh kurg mngnai tjuk yg ditulis oleh ustzh nii..
x trfikir pn sy slame ni tntg "tnyalah Allah",, sy hnye mngadu,mngadu,mngadu pdNya,..x trfikir utk brtnye mcm mne care nk mnyelsaikn ssuatu masalah..
ape2 pon syukran ya ustazah =)..
smoge kite smua dibrkati olehNya.insyaAllah.
Ummu Ayman berkata…
Alhamdulillah ... moga dimudahkan Allah dalam menyusuri hidup sebagai khalifah Allah ...
Tanpa Nama berkata…
asskum Ustazah..tersentuh membaca keterangan yg begitu berkesan. Saya banyak membaca ulasan di sini dan keberkesanannya dapat kita huraikan berlandaskan selain TAWAKKAL, keteguhan IMAN pada ALLAH dan HIDAYAH yg kita lalui dlm penghidupan harian.

Terima kasih..hanya sebagai hamba ALLAH...perlu beringat GOD NEVER JUDGE MANKIND UNTIL END OF HIS DAY.
Selagi bernafas berbicara padaNYA(ALLAH)

Wasallam

anak temasik
tajnur berkata…
Assalamualaikum,
Segala perjalanan hidup manusia sejak dari zmn Nabi Adam as sehinggalah qiamat semuanya tertulis didalam AlQuran spt ternyata dlm Surah AlAn`aam:... Kami tidak pernah cuai sesuatu didalam Kitab AlQuran ..` Ini bermakna, kalau kita hendak mengikut petunjuk Allah, maka hendaklah kita mendalami setiap kalimah ALlah dan beriman dgn kitabNya spt dlm Surah AlA`aaraf:108. Ada pun ketentuan qadha` lebih banyak diceritakan dlm AlQuran berbanding dgn ketentuan qadar. Dlm Surah AlHadid:22 Allah menyatakan segala takdir kita telah ditentukan sebelum penciptaan kita lagi. Dlm msalah perkahwinan, Allah telah menentukan istidlal iaitu `..Jika sekiranya mrk berdua (lelaki & perempuan) ingin kahwin, sesungguhnya berat sangka kami (dzonna)bahawa kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah`Surah AlBaqarah:230. Dalam keadaan waqi` dimana berlakunya keruntuhan tauhid/aqidah, mampukan perempuan hidup atau lelaki hidup keseorangan atau bersama? Wallahualambisawab
Ummu Ayman berkata…
Wa'alaikummussalam,

Terima kasih Anak Temasik dan Tajnur atas perkongsian ... Tajnur, samada hidup keseorangan atau bersama? It depends sebenarnya .. apapun, berdoa kepada Allah agar diuruskan sebaiknya kerana samada kita keseorangan atau bersama juga telah ditentukannya bukan?
Vans berkata…
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini ustazah :)

Saya ada soalan yg selalu bermain2 dalam fikiran saya.

Sampai ke hari ini saya masih bingung memikirkan soal jodoh. Saya ingin menikah; menjadi yg halal utk lelaki yg saya sayangi sekarang. Tapi saya terlalu bimbang andai tak mampu menjadi isteri/ibu yg baik kelak..

Bagaimana ya?
Ummu Ayman berkata…
Assalamualaikum,

Maaf Vans, saya tak perasan komen ni ..dah agak lama juga ya ...

InsyaAllah buatlah persiapan yang terbaik dan termampu untuk menjadi isteri dan ibu yang baik. Pertamanya pelajarilah dari apa jua sumber tanggungjwb isteri dan ibu. Berdoa kepada Allah untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab ...

Perkahwinan adalah suatu proses dan latihan yang akan mematangkan kita, pastinya ia tidak akan sentiasa cantik, ceria dan bahagia tapi itulah pengorbanan yang akan membuahkan hasil yang enak banget di makan di kemudian hari ...

Kehidupan berumahtangga itu sangat indah ... apabila Allah meredhainya ...

Jangan lupa solat istikharah kepada Allah memohon restu agar pilihan kita adalah yang tepat.

All the best :)