Allah Ajarkan Tentang Menghargai Sesama Insan



Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Semoga sentiasa merasa dekat dengan Allah dan hati sentiasa ingin berbuat kebaikan dan membantu sesama insan insyaAllah ... Itulah nikmat Allah. Gambar di atas adalah gambar OPICK sedang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang dijemput ke rumahnya bagi sambutan majlis kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran OPICK dan anaknya Azka. Rasanya inilah kali pertama saya hadir di majlis ulangtahun yang diraikan bersama anak-anak yatim. Alhamdulillah, semoga dimurahkan lagi rezeki mas OPICK. Saya dimaklumkan bahawa mas OPICK juga mempunyai seramai 400 orang fakir miskin yang telah dibangunkan menjadi usahawan (peniaga) melalui skim mikrokredit yang ditajanya. Moga menjadi tauladan kepada kita insyaAllah ...

Pada hari ini saya ingin berkongsi diajarkan Allah untuk menghargai sesama insan. Satu hari saya mendapat satu sms dari seseorang yang tidak saya kenali. Saya membacanya tetapi tidak terkesan di hati. Kemudian saya menghadapi masalah dengan salah seorang sahabat yang saya rasakan tidak memenuhi jangkaan saya di dalam melaksanakan tugasnya. Saya sering kebuntuan bila memikirkan masalah ini kerana saya mengharapkan beliau dapat membantu saya menguruskan beberapa perkara yang penting. Namun saya dapati beliau selalu tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Dalam kebuntuan itu saya berdoa kepada Allah memohon pertolonganNya, menunjukkan saya jalan keluar kepada masalah ini.

Tidak lama selepas itu, saya membuka telefon saya untuk mencari satu sms dari seorang kawan. Di dalam pencarian itu, saya terbuka sekali lagi sms dari rakan yang tidak saya kenali tadi dan saya membacanya sekali lagi. Smsnya berbunyi;

"Keimanan seseorang mudah dilihat dari caranya menghargai Tuhan, dan orang yang menghargai Tuhan bisa dilihat dari caranya dia menghargai manusia dan alam semesta"

Sebaik saja saya membacanya, terus dilihamkan dihati saya bahawa saya kurang menghargai sahabat yang saya anggap tidak menunjukkan prestasi itu. Itulah Allah sungguh dekat. Sms yang saya baca pertama kali (sebelum berdoa) tidak terkesan dihati tetapi memberi makna apabila saya membacanya pada kali kedua (selepas berdoa). Perkataannya sama tapi kesedaran dan kefahaman tidak sama ... Itulah hidayah dari Allah, alhamdulillah.

Barulah saya sedar selama ini saya sangat mudah menghargai mereka yang berprestasi tinggi tetapi tidak kepada mereka yang saya anggap low performer. Kita sering mudah menghargai mereka yang berprestasi tinggi kerana mereka telah membantu kita. Tetapi bagaimana mereka yang tidak berprestasi tinggi? Mereka juga telah turut membantu kita dengan banyaknya bukan? Lebih banyak assignment yang mereka buat membantu kita atau lebih banyak assignment yang tidak siap? Saya yakin sebenarnya banyak assignment yang telah membantu kita tetapi kita jarang ingat apa yang telah disiapkan tetapi kita lebih suka melihat kepada yang tidak dapat disiapkan atau yang disiapkan dengan tidak memuaskan. Seperti kita dengan mereka yang rapat dengan kita. Kita sering lupa pengorbanan mereka tetapi sering mengingati kelemahan mereka.

Menghargai mereka yang berprestasi tinggi adalah suatu perkara yang tidak susah, mudah. Menghargai mereka yang berprestasi rendah lebih sukar dan mencabar. Inilah jihad namanya. Inilah latihan kesabaran yang sebenarnya. Mereka yang berprestasi rendah perlu sama-sama kita bangunkan kerana mereka semuanya adalah sumber manusia (human resources) yang mempunyai peranan sebagai khalifah yang perlu dilaksanakan. Justeru kita perlu membangunkan khalifah yang perform! dan tidak ada yang terkecuali. Kita sewajarnya bersedih jika kita dengan rela hati membiarkan sahabat-sahabat kita tidak melaksanakan tugasan dan tanggungjawab.

Seperkara lagi yang saya belajar adalah kita jarang menghargai apabila ada anak buah (yang bekerja di bawah kita) melaksanakan tugasnya. Kita sering assume bahawa mereka dah diberi gaji.... Kadang-kadang kita lupa mengucapkan terima kasih. Kita sewajarnya merasa bersyukur dihantar Allah penolong-penolongNya untuk membantu kita dalam menyempurnakan tugasan kita. Kita bersama mereka memenuhi tugas dan peranan kita sebagai khalifah Allah ..
Bayangkan kalau mereka-mereka ini tidak ada?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahu

Ulasan