POS TERKINI

Isnin, Mac 29, 2010

Allah Ajarkan Tentang Kecerdasan Rohani

Assalamualaikum wr. wb.

Saya mulai penulisan ini dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ... Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah Yang sentiasa membimbing kami, sentiasa menunjukkan kami jalanMu, sentiasa memberitahu kami apa yang tidak kami ketahui ... inilah yang saya rasakan saat ini ...

Saya baru memulakan tugas sebagai pensyarah (sambilan) di sebuah akademi di Gombak. Saya mengajar subjek Kaedah Pembelajaran Dewasa ... Kelas saya bermula jam 9:00 malam sampai jam 12 t'malam pada hari Sabtu (semalam). Sebenarnya sebelum saya memulakan kelas tersebut, saya telah conduct enam kelas sebelumnya .. dengan setiap kelas mengambil masa antara 1 hingga 1.5 jam. Dari Hulu Langat saya pulang ke rumah sebelum ke akademi di Gombak. Perjalanan agak meletihkan dan kaki saya juga agak keletihan setelah seharian saya mengajar. Saya menunaikan solat maghrib agak lama, dengan membetulkan posisi berdiri, rukuk yang agak lama dan juga sujud yang agak lama ... Alhamdulillah selepas solat, keletihan tersebut hampir tidak terasa .. hebatnya solat sebagai tempat istirehat dan penyembuh sakit dan keletihan. Justeru, saya dapat meneruskan kelas malam itu dengan satu kekuatan tambahan yang diberikan., alhamdulillah ..

Keesokkan harinya saya perlu menghadiri satu program penting. Namun badan saya begitu keletihan. Hati saya pula begitu berat (sangat berat saya rasakan) untuk pergi awal ke program tersebut. Justeru saya mengambil keputusan untuk berehat seketika dan menghantar sms pada rakan saya memaklumkan kelewatan saya. Alhamdulillah, rupanya Allah Maha Tahu apa yang akan berlaku di program tersebut dan amat penting untuk saya datang lewat ke program itu. Saya tidak dapat menceritakan secara terperinci di sini tapi apa yang ingin saya kongsikan adalah peristiwa itu seperti pelengkap proses-proses yang saya lalui sebelum ini untuk Allah mengajar saya pada tentang Kecerdasan Rohani ...

Kita mempunyai tiga jenis kecerdasan. Kecerdasan pancaindera, kecerdasan akal fikiran dan kecerdasan rohani (atau ramai yang suka menyebutnya sebagai kecerdasan spirititual - tapi saya memilih untuk menggunakan nama kecerdasan rohani). Kecerdasan pancaindera sering kita gunakan, contohnya bila kita sedang melintas jalan dan kita melihat ada kereta yang sedang laju, maka kita akan melintas dengan lebih cepat. Namun kecerdasan pancaindera ini agak terbatas kerana mata kita tidak mampu melihat kereta yang akan datang dari jarak yang lebih jauh. Pancaindera kita juga ada kalanya memberi persepsi yang salah; contohnya, matahari yang kita lihat dengan mata menunjukkan ia lebih kecil dari bumi namun pada hakikatnya ia merupakan sebuah bola api gergasi yang berjuta kali lebih besar dari bumi. Di sinilah kita menggunakan kecerdasan kedua iaitu kecerdasan akal fikiran. Kecerdasan akal fikiran memandu kita di dalam membuat keputusan untuk mengambil sesuatu tindakan. kita sering membuat tindakan dengan cara berfikir terlebih dahulu bukan? Walaupun ada kalanya kita membuat sesuatu mengikut hawa nafsu : ) tapi kebiasaannya kita akan menyesal jika kita membuat sesuatu tanpa kita berfikir. Justeru kecerdasan akal fikiran sangat diperlukan agar kita mampu mencapai kejayaan di dalam kehidupan kita. Contohnya dengan kecerdasan akal fikiran, kita mampu untuk merancang dan membuat ramalan (forecasting) keperluan sesuatu produk yang ingin kita keluarkan. Namun, kecerdasan akal fikiran juga terbatas bukan? Perancangan strategik kita sekadar menggunakan data dan analisa yang kita ada. Ia tidak mampu melihat apa yang benar-benar akan berlaku pada waktu yang akan datang. Sesuatu yang berlaku yang tidak pernah kita jangkakan boleh menghancurkan semua perancangan yang kita lakukan hari ini? Setuju?

Nah, ketika ini mungkin baru kita mencari kecerdasan yang ketiga iaitu kecerdasan rohani. Setiap manusia dibekalkan Allah dengan jasad (fizikal), akal fikiran, nafsu dan roh. Roh akan sentiasa memandu kita ke jalan Allah kerana Roh berasal dari Allah ... namun apabila hati kita tidak dekat dengan Allah, hati kita tidak bersih, ia tidak nampak jalan yang ditunjukkan oleh Allah melalui rohani kita, seperti firman Allah yang bermaksud " ... bukan matanya yang buta, tetapi hati di dalam dada ..". Contohnya kata Pak Aa Gym, bila kita sedang memandu di hujan lebat dan wiper kita rosak, kita tidak nampak jalan dihadapan ... Adakah jalan itu ada? Pasti ada bukan, tetapi kita tidak nampak ... Begitu juga dengan diri kita .. jalan yang lurus sentiasa ditunjukkan oleh Allah melalui kehadiran roh di dalam jiwa kita yang sentiasa menuntun kita ke jalan Ilahi. Inilah kecerdasan rohani yang sewajarnya kita gunakan selain dari kecerdasan pancaindera dan kecerdasan akal fikiran. Kecerdasan rohani ini luas tak terbatas dan sempurna sifatnya kerana ia berasal dari Allah Yang Maha Sempurna ..

Ada yang menamakan kecerdasan rohani ini sebagai ilham dari Allah. Manusia biasa seperti kita diberi ilham, para nabi dan rasul diberi wahyu ...

Sekarang persoalannya bagaimana mahu menggunakan kecerdasan rohani ini? Bagaimana mahu mendapatkan ilham dari Allah .. bagaimana mahu agar rohani kita sentiasa memandu kita ... Pada pandangan saya pertamanya harus dibersihkan hati ... agar hati kita mudah melihat tuntutan Ilahi ini. Bagaimana membersihkan hati? Tidak begitu sukar .. lakukan amalan yang dicintai Allah, dekatkan diri dengan Allah (lihat catatan saya sebelum ini bertajuk "Allah ajarkan tentang hidayah" ) jauhi dosa dan maksiat ... setiap dosa (seperti mengumpat, buruk sangka) menempelkan tompok-tompok hitam dalam hati kita ... Mohon ampun dan bertaubat kepada Allah serta melakukan amalam yang dicintai Allah akan menghilangkan titik-titik hitam ini dan membersihkan hati insyaAllah ...

Keduanya, seringlah memohon pada Allah untuk diberi petunjuk apa yang terbaik yang harus kita lakukan. Contohnya kita menghadapi satu masalah, kita tanyakan kepada Allah dan kemudian kita tunggu respon dari Allah ... nanti insyaAllah tiba-tiba saja kita mendapat suatu kefahaman tanpa kita fikirkan ... 'tek' ia terus ada di dalam hati ... itulah ilham ketakwaan dan tuntunan Ilahi ... kemudian kita akan dapati penyelesaian masalah yang diilhamkan ke dalam hati itu cukup sempurna dan kita sendiri tak terfikirkannya ... Ini kerana ia datang dari Allah, yang Maha Tahu dan Yang Maha Sempurna, pasti penyelesaian yang diberi dari yang Maha Tahu dan Maha Sempurna itu cukup sempurna sifatnya ...

Ada masanya kita tidak mendapat 'tek' itu ... tapi bila kita mengambil sesuatu tindakan, Allah uruskan mengikut kehendakNya ... dan terjadi sesuatu perkara yang tak kita duga kerana Allah menguruskan masalah itu untuk kita dan masalah itu selesai dengan sendirinya .. Pernah terjadi bukan kepada kita? Hanya kita mungkin tidak sedar itu tuntunan Ilahi ...

Namun kita jarang menggunakan kecerdasan rohani ini bukan? Kita terus menggunakan kecerdasan pancaindera dan kecerdasan akal fikiran kita semata. Yang lebih buruk lagi apabila kita mengikut hawa nafsu tanpa menggunakan satu pun kecerdasan yang Allah beri ...

Kecerdasan rohani ini luas tak terbatas dan sangat sempurna. Jom kita gunakan sebaik mungkin dengan sentiasa memohon tuntunan Allah melalui kecerdasan rohani yang diberi kepada kita. Sentiasa tanya kepada Allah dan rasa jawapan / tuntunan / ilham dari Allah itu yang dialirkan ke dalam hati kita. InsyaAllah ikuti rasa itu ...

Ada yang akan menyoal, bagaimana kita nak tahu rasa itu dari Allah atau Syaitan ... Ilham ketakwaan dari Allah akan sentiasa menuntun ke arah kebaikan dan bertepatan dengan Al-Qur'an dan sunnah ... lihat apa yang kita rasa di dalam hati kita .. Adakah ia ke arah kebaikan? Adakah ia bertepatan dengan Al-Qur'an dan Sunnah? Jika ia, pastinya ia tuntunan ilham ketakwaan yang Allah alirkan ke dalam jiwa kita ... Ikutinya kerana itu yang dikehendaki Allah. Indah hidup bila kita ikut kehendak Allah, mudah hidup bila kita ikut kehendak Allah ...

Semoga Allah sentiasa menuntun kita ke jalanNya yang lurus, semoga kita dipilih menjadi hamba-hambaNya yang dicintai ... Pasti indah hidup bila dicintai Allah : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Selasa, Mac 23, 2010

Allah Ajarkan Tentang Menghargai Sesama Insan



Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Semoga sentiasa merasa dekat dengan Allah dan hati sentiasa ingin berbuat kebaikan dan membantu sesama insan insyaAllah ... Itulah nikmat Allah. Gambar di atas adalah gambar OPICK sedang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang dijemput ke rumahnya bagi sambutan majlis kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran OPICK dan anaknya Azka. Rasanya inilah kali pertama saya hadir di majlis ulangtahun yang diraikan bersama anak-anak yatim. Alhamdulillah, semoga dimurahkan lagi rezeki mas OPICK. Saya dimaklumkan bahawa mas OPICK juga mempunyai seramai 400 orang fakir miskin yang telah dibangunkan menjadi usahawan (peniaga) melalui skim mikrokredit yang ditajanya. Moga menjadi tauladan kepada kita insyaAllah ...

Pada hari ini saya ingin berkongsi diajarkan Allah untuk menghargai sesama insan. Satu hari saya mendapat satu sms dari seseorang yang tidak saya kenali. Saya membacanya tetapi tidak terkesan di hati. Kemudian saya menghadapi masalah dengan salah seorang sahabat yang saya rasakan tidak memenuhi jangkaan saya di dalam melaksanakan tugasnya. Saya sering kebuntuan bila memikirkan masalah ini kerana saya mengharapkan beliau dapat membantu saya menguruskan beberapa perkara yang penting. Namun saya dapati beliau selalu tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Dalam kebuntuan itu saya berdoa kepada Allah memohon pertolonganNya, menunjukkan saya jalan keluar kepada masalah ini.

Tidak lama selepas itu, saya membuka telefon saya untuk mencari satu sms dari seorang kawan. Di dalam pencarian itu, saya terbuka sekali lagi sms dari rakan yang tidak saya kenali tadi dan saya membacanya sekali lagi. Smsnya berbunyi;

"Keimanan seseorang mudah dilihat dari caranya menghargai Tuhan, dan orang yang menghargai Tuhan bisa dilihat dari caranya dia menghargai manusia dan alam semesta"

Sebaik saja saya membacanya, terus dilihamkan dihati saya bahawa saya kurang menghargai sahabat yang saya anggap tidak menunjukkan prestasi itu. Itulah Allah sungguh dekat. Sms yang saya baca pertama kali (sebelum berdoa) tidak terkesan dihati tetapi memberi makna apabila saya membacanya pada kali kedua (selepas berdoa). Perkataannya sama tapi kesedaran dan kefahaman tidak sama ... Itulah hidayah dari Allah, alhamdulillah.

Barulah saya sedar selama ini saya sangat mudah menghargai mereka yang berprestasi tinggi tetapi tidak kepada mereka yang saya anggap low performer. Kita sering mudah menghargai mereka yang berprestasi tinggi kerana mereka telah membantu kita. Tetapi bagaimana mereka yang tidak berprestasi tinggi? Mereka juga telah turut membantu kita dengan banyaknya bukan? Lebih banyak assignment yang mereka buat membantu kita atau lebih banyak assignment yang tidak siap? Saya yakin sebenarnya banyak assignment yang telah membantu kita tetapi kita jarang ingat apa yang telah disiapkan tetapi kita lebih suka melihat kepada yang tidak dapat disiapkan atau yang disiapkan dengan tidak memuaskan. Seperti kita dengan mereka yang rapat dengan kita. Kita sering lupa pengorbanan mereka tetapi sering mengingati kelemahan mereka.

Menghargai mereka yang berprestasi tinggi adalah suatu perkara yang tidak susah, mudah. Menghargai mereka yang berprestasi rendah lebih sukar dan mencabar. Inilah jihad namanya. Inilah latihan kesabaran yang sebenarnya. Mereka yang berprestasi rendah perlu sama-sama kita bangunkan kerana mereka semuanya adalah sumber manusia (human resources) yang mempunyai peranan sebagai khalifah yang perlu dilaksanakan. Justeru kita perlu membangunkan khalifah yang perform! dan tidak ada yang terkecuali. Kita sewajarnya bersedih jika kita dengan rela hati membiarkan sahabat-sahabat kita tidak melaksanakan tugasan dan tanggungjawab.

Seperkara lagi yang saya belajar adalah kita jarang menghargai apabila ada anak buah (yang bekerja di bawah kita) melaksanakan tugasnya. Kita sering assume bahawa mereka dah diberi gaji.... Kadang-kadang kita lupa mengucapkan terima kasih. Kita sewajarnya merasa bersyukur dihantar Allah penolong-penolongNya untuk membantu kita dalam menyempurnakan tugasan kita. Kita bersama mereka memenuhi tugas dan peranan kita sebagai khalifah Allah ..
Bayangkan kalau mereka-mereka ini tidak ada?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahu

Ahad, Mac 14, 2010

Allah Ajarkan Tentang Memberi

Assalamualaikum wr. wb.


Alhamdulillah, mari kita bersyukur kepada Allah ... terima kasih Allah kerana memilih kami menjadi hambaMu ... sungguh besar nikmat dipilih menjadi hambaMu ... sebesar-besar lagi nikmat itu dengan kurnia iman di dalam hati kami .. memahatkan keyakinan bahawa tiada Tuhan selainMu Ya Allah ... segala puji bagi mu Ya Allah Yang Maha Menciptakan segala di langit dan dibumi dengan sifat Ar-RahmanMu .. Kami mulai dengan menyebut namaMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ... Bismillahirrahmannirrahim ...


Baru-baru ini saya menghadiri latihan di Shah Alam Selangor. Sangat berbekas di hati saya diajarkan Allah tentang hidup memberi .... Salah seorang trainer di dalam sesi latihan itu menceritakan tentang small kindness ... katanya bila kita lalu tol, apa salahnya sekali sekala kita beri duit RM5 dan kitakan keep the change ... atau bila kita pergi makan kat kedai mamak, apa salahnya sebelum kita balik, kita kumpulkan pinggan-pinggan agar mudah diangkat oleh mat Bangladesh yang begitu penat bekerja dengan gaji yang kecil ... Kita bukan membantu taukeh kedai mamak itu tetapi kepada pekerja-pekerjanya yang begitu penat bekerja sehingga larut pagi ... Bila kita menginap di hotel, apa salahnya bila kita mahu check out kita kumpulkan tuala, kain cadar yang kotor di satu tempat untuk memudahkan cleaner itu membersihkan bilik ... Itulah perkara-perkara yang kita mungkin kita nampak sekadar terlepas pandang tetapi kita bukan saja terlepas pandang tetapi terlepas peluang melakukan amalan-amalan yang dicintai Allah ...


Pengajaran Allah kepada saya berkaitan perkara ini tidak terhenti di sini saja ... Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk membaca emel dari Pak Yusdeka yang bertajuk Amalan yang dicintai Allah ...


Kata Pak Deka kalau kita ingin berbincang berkenaan amalan yang dicintai Allah yang boleh kita lakukan pada waktu sekarang ini sangatlah banyak dan mudah untuk dilakukan. Sebab menurut Pak Deka amal adalah sebagai segala perbuatan baik yang boleh kita lakukan saat apapun juga. Amalan itu adalah performance atau kualiti kebaikan yang kita jalani sehari-hari. Dan insyaAllah kita akan mendapatkan cinta Allah di atas kebaikan yang kita lakukan itu. Kita tidak perlu menunggunya sampai di akhirat kelak untuk mendapatkan cinta Allah itu. Wujud cinta Allah itu kepada kita itu adalah, kita dialiri oleh Allah dengan kesadaran penuh dan utuh atas keberadaan dan kehadiran kita didunia ini, dan kemudian dipancarnya pula dengan gelombang gelombang rasa kasih sayang, rasa suka cita yang dalam, dan rasa damai yang mencekam, sehingga dalam setiap tindakan kita akan terasa sekali tidak ada kekhawatian dan ketakutan sedikitpun yang menyertainya. Sebuah suasana dan sikap hidup yang menurut Al Qur'an hanya dimiliki oleh wali-wali Allah kata Pak Deka.

Sebenarnya suasana dan sikap hidup seperti ini pulalah yang kita mahukan disetiap saat bukan?. untuk menjadi hamba yang dicintai Allah dengan hati yang penuh tenteram. Maka bersedialah untuk dituntun dan diajari oleh Allah sendiri. Lalu amalan macam apa yang harus kita lakukan?.Nggak usah sulit-sulit bilang Pak Deka. Saat kita mengendarai kenderaan, misalnya, rajin-rajinlah kita melihat kepinggir jalan, kalau-kalau ada orang yang sedang ketakutan untuk menyeberangi jalan. Maklumlah pengguna jalanraya di negara-negara Asia Tenggara ini tak macam di sebelah barat sana yang sangat mengambil berat dengan penjalan kaki. Lihat ada tak didalam dada kita ini dilletakkan oleh Allah RASA INGIN untuk membahagian orang yang sedang ketakutan menyeberang jalan itu. Kalau ada, ikuti saja rasa ingin itu dengan cara kita berhenti sejenak untuk memberikan kesempatan kepada orang yang ingin menyeberang itu untuk menyeberang ke sisi jalan yang lain. Kalau perlu kata Pak Deka, kita langsung berbicara dengan Allah: "siap ya Allah..., hamba siap menjalankan titah yang telah Paduka tanamkan kedalam dada hamba". Lalu dengan membaca bismillah (cukup didalam hati saja), atas nama Allah, dengan nama Allah, atas perintah Allah, kita persilakan dia menyeberang dengan lambayan tangan yang lembut sambil kita tersenyum pula kepadanya. Membaca bismillah yang sederhana itu begitu pentingnya sebenarnya kata Pak Deka kerana bacaan bismillah itu akan melepaskan kita dari pengakuan bahwa kitalah yang telah menolong orang tersebut untuk bisa menyeberang. Bacaan Bismillah itu akan mencabut RASA ANGKUH kita. Oleh karena kita tidak angkuh, kita kosong dari pengakuan, maka saat itu pulalah dada kita akan dirembesi oleh Allah dengan rasa sukacita yang amat sangat. Rasa aman orang yang menyeberang itu, dan senyuman balasannya (kalau ada) akan singgah pula kedalam dada kita melahirkan rasa sukacita yang hanya dapat dirasakan daripada dibicarakan. Akan tetapi begitu kita tidak bersedia melaksanakan RASA INGIN untuk menolong si penyeberang jalan yang sedang ketakutan itu, kita tidak berhenti dan tidak mempersilahkan orang tersebut untuk menyeberang, maka hari-hari berikutnya Allah mencabut rasa ingin menolong orang tersebut dari dada kita. Dada kita menjadi kering. Rasa ingin untuk menolong orang yang kesulitanpun dihari-hari berikutnya akan hilang dari dalam dada kita. Sikap kita ketika kita melihat seseorang yang sedang ketakutan untuk menyeberang jalan didepan kita sama dengan sikap seekor kucing melihatnya. Mata sikucing melihat, tapi dia tidak punya respon apa-apa. Lalu apakah bedanya kita dengan kucing kalau begitu?. Sebaliknya, kalau rasa ingin berbuat baik yang tiba-tiba ditanamkan oleh Allah kedalam dada kita itu kita jalankan, maka dihari-hari berikutnya Allah akan berkenan pula untuk menanamkan rasa ingin berbuat baik berikutnya dan berikutnya tanpa perlu kita pikir-pikirkan terlebih dahulu. Rasa ingin itu seperti disusupkan begitu saja kedalam dada kita, yang dalam istilah agama islam disebut sebagai ILHAM atau WAHYU untuk berbuat kebaikan.

Subhanallah, begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya petik dari emel Pak Deka yang dihantar ke dzikrullah.com group.

Amat bermakna hidup memberi .. kerana itulah sebenarnya hakikat kita di dunia ini ... menjalankan perintah dari Yang Maha Mulia Raja Yang Maha Agong ....

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Sabtu, Mac 06, 2010

Allah Ajarkan Tentang Menyerahkan Urusan KepadaNya

Assalamualaikum wr. wb.

Semoga sahabat sekelian berada di dalam keimanan dan sentiasa merasa kasih dan sayang kepada Allah serta sering merindui untuk bertemu denganNya ...

Alhamdulillah sudah seminggu saya mula bekerja sendiri dan alhamdulillah tidak dapat hendak diceritakan kebahagiaan yang dirasakan ... Namun saya juga diuji dengan perasaan takut dan cemas tapi alhamdulillah saya dapat mengatasinya dengan pertolongan Allah ...

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk di atas setelah saya diajukan beberapa masalah berkaitan dengannya ... terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertanya dan kebetulan masalahnya hampir sama, tidak tahu untuk membuat keputusan ...

Saya sharekan permasalahannya dan pandangan saya agar dapat dimanfaatkan ... Kepada sahabat-sahabat yang bertanya, saya mohon izin untuk diletakkan masalah yang dikemukakan ke dalam entry hari ini ...

Seorang sahabat (wanita) menghadapi masalah berkaitan dengan perhubungannya dengan seorang kawan lama (lelaki) yang tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya. Lelaki tersebut telah berkahwin dan juga akrab dengan seorang wanita yang lain. Perasaan sayangnya terhadap kawan lelakinya itu membuatkan dia tidak dapat membuat keputusan samada untuk meneruskan perhubungan dengan lelaki itu atau memutuskan hubungan tersebut.

Saya katakan kepadanya agar diserahkan segala urusannya kepada Allah ... begini jawapan saya .. Siapapun suami N telah tertulis dan ditakdirkan ... Itu yang perlu diyakini ... Bagaimana N keliru, sedih, rungsing pun, ianya telah pun dituliskan ... Justeru buat apa kita keliru, sedih dan rungsing kerana semuanya telah tertulis bukan?

Justeru, tanya saja pada Yang Maha Tahu .... tanya saja ... tanya dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah akan diberi jawapan oleh Allah ...

Apabila hati ada rasa ragu-ragu, jangan diteruskan niat kita ... tunggu dan tanya pada Allah dan tunggu respon dari Allah ... InsyaAllah , Allah akan memberi jawapannya ... Kalau Allah tidak memberikan jawapannya, pada pandangan K Nora jangan diteruskan ...dan berdoa terus pada Allah agar dikurniakan suami yang terbaik ...

Last but not least ...kita balik kepada fundamental atau asasnya iaitu apa-apa yang ingin kita buat MESTILAH kerana Allah ... maka insyaAllah Allah akan menguruskannya ... justeru tanya pada diri N adakah apa yang ingin N lakukan adalah kerana Allah? Alangkah indahnya bila kita hidup menurut kehendak Allah ... Katakan selalu kepada Allah, Ya Allah, biarkan kehidupan ku mengikut kehendakMu ya Allah ... Sekiranya mengahwini pemuda itu adalah kehendak Allah, yakinlah segalanya akan berjalan lancar ..

.... alhamdulillah setelah itu N menerima sms dari pemuda itu yang menunjukkan bahawa perasaannya kepada N sedikit sebanyak berubah dan meminta N agar jangan menunggu dia ... Nah, saya nyatakan kepada N ... Allah sedang menguruskannya ... Allah sedang memberikan jawapanNya insyaAllah ...

Pada malam ini pula saya bersembang dengan seorang sahabat (wanita) yang sedang menghadapi dilema untuk membuat keputusan di antara tiga orang jejaka ... Saya tanyakan kepadanya .. Sudah tanya Allah? Katanya ya, sudah tapi tidak ada jawapan dan dia merasakan perlu membuat keputusan ... Saya katakan padanya bahawa hidup kita akan mudah dan bahagia bila ia menurut apa yang dikehendaki Allah ... maka saya katakan kepada sahabat ini teruskan bertanya kepada Allah sehingga Allah memberikan jawapannya dan isyarat kepadanya ... Kemudian dia bertanya lagi kepada saya bahawa dia merasakan perlu memberi jawapan kepada jejaka yang sedang menunggunya ... Saya katakan kepadanya agar berkata yang benar kepada jejak itu, katakan bahawa dia telah bertanya kepada Allah dan Allah belum memberikan isyarat yang jelas ... kalau dia mahu menunggu silakan, kalau dia tidak mahu menunggu, silakan juga ... Allah yang memegang hatinya dan Allah berkuasa membuat hatinya mahu menunggu atau tidak, bukankah Allah yang menetapkan jodoh ...

Saya katakan kepada sahabat ini agar jangan difikirkan dan jangan risau ... kadang-kadang nafsu dan emosi kita yang membuat kita gelisah dan memikirkannya ... Serahkan saja urusan kepada Allah ... jangan buat keputusan bila kita ada perasaan ragu-ragu ... InsyaAllah akan terjadi sesuatu diluar perancangan kita kerana Allah yang merancangnya ... dan bila Allah merancang ia cukup sempurna dan kita tinggal bersaksikan saja bahawa tiada Tuhan selain Allah dan hanya Allah perancang yang Maha hebat dan sempurna, serahkan urusan kepadaNya ; )

Saya memberikan pandangan sebegini kepada sahabat-sahabat di atas kerana alhamdulillah telah melalui pengalaman-pengalaman diajar Allah untuk menyerahkan segala urusan kepadaNya apabila saya tidak tahu membuat keputusan dan sebahagiannya ada saya sharekan dalam entry-entry yang lalu.

Kebetulan pada malam ini saya ada membaca buku berkaitan dengan Tawakkal .. Tawakkal, menyerahkan segala urusan hanya kepada Dia merupakan salah satu sifat puncak dari yang telah mengenal Dzat yang Maha Mengatur segalanya. Sejauh seseorang mampu mengamalkan sikap tawakkal dengan benar, maka ia sebenarnya orang yang insyaAllah terpelihara dari sifat lalai ...

Tawakkal bukan bererti menyerahkan segala urusan kepada Allah tanpa kita perlu berusaha. Tawakkal ini hasil dari keyakinan kita yang mendalam bahawa Allah akan menguruskan segala urusan ..Justeru setelah kita berusaha, kita serahkan kepada Allah ... Jom doakan sahabat-sahabat kita ini dikurniakan jodoh yang terbaik insyaAllah : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, Mac 05, 2010

Allah Ajarkan Tentang Jangan Meminta

Assalamualaikum wr. wb.


Alhamdulillah sudah hampir seminggu saya bekerja sendiri. Hampir setiap hari saya menghadiri mesyuarat atau appointment. Namun kehidupan saya lebih teratur dan lebih tenang dengan saya sendiri dapat menguruskan masa saya dan apa yang ingin saya lakukan. Walaupun baru hampir satu minggu tapi saya sudah mula ditarbiyah Allah untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah dan ikhlaskan niat di dalam melaksanakan semua perkara. InsyaAllah selepas solat subuh, saya sering berdoa, Ya Allah Ya Bari', Kaulah yang Maha Merancang segalanya maka agendakanlah hari ku ini mengikut agendaMu ... InsyaAllah Allah akan menyusun hari kita dengan sempurnanya.


Pada hari ini saya ingin berkongsi diajarkan Allah untuk tidak meminta-minta. Kehidupan kita disusun Allah dan kita perlulah sentiasa bercita-cita agar setiap yang kita lakukan adalah mengikut kehendak Allah.

Pertama sekali saya diajarkan agar tidak meminta jawatan di dalam organisasi. Saya menyertai sebuah pertubuhan Islam sejak lebih 20 tahun yang lalu. Saya telah memegang berbagai jawatan di dalam organisasi ini. Saya menyedari bahawa apabila saya diberi amanah tanpa meminta-minta maka Allah mudahkan saya di dalam melaksanakan amanah itu ... Alhamdulillah seingat saya tidak pernah saya meminta sesuatu jawatan di dalam pertubuhan saya ... tapi kadangkala saya dengan cepat suka volunteer untuk ambil sesuatu tugasan dalam program-program yang kami rancangkan dan saya perasan juga bila saya yang volunteer bukan diberi oleh mesyuarat, saya tidak dapat menjalankan tugasan ini dengan baik ... Semenjak dari itu setiap kali mesyuarat saya lebih suka menunggu mesyuarat meminta saya melakukan suatu tugasan dan insyaAllah sekiranya tiada halangan saya terus menerimanya.


Di dalam syarikat lama saya, setiap kali kenaikan pangkat, saya tidak pernah meminta kenaikan pangkat. Semuanya diberikan kepada saya tanpa perlu memohon. Alhamdulillah saya bahagia bekerja di syarikat saya dan dimudahkan Allah. Namun untuk jawatan terakhir saya telah memohon kenaikan pangkat kerana polisi baru syarikat adalah pengiklanan jawatan kosong untuk kenaikan pangkat atau perpindahan. Maknanya kebanyakan kenaikan pangkat akan berlaku apabila calonnya memohon kenaikan pangkat. Saya telah memohon seperti calon-calon yang lain dan kemudian dari temuduga yang dijalankan saya telah ditawarkan kenaikan pangkat. Kemudian saya dapati bahawa saya menghadapi berbagai masalah di dalam kerja-kerja yang dilakukan di dalam memenuhi amanah di dalam jawatan baru ini. Saya tidak bahagia seperti sebelumnya dan sering stress .... Adakah ini kerana saya memohon untuk dinaikkan pangkat? Pastinya saya tiada pengetahuan tentang itu ...

Saya juga sering diberi projek-projek oleh rakan-rakan yang telah percaya kepada saya untuk mengendalikan sesuatu projek seperti event, latihan dan sebagainya. Alhamdulillah saya dapati semua projek-projek yang diberikan kepada saya ini dapat berjalan dengan lancar dan saya dapat rasakan pertolongan Allah di dalam melaksanakannya walaupun sebuah event yang besar yang diberi masa begitu singkat untuk membuat persiapannya.

Justeru pengalaman-pengalaman yang saya lalui ini mengajar saya agar saya tidak meminta suatu jawatan, tugasan ataupun projek ... InsyaAllah bila ianya diberi kepada saya nanti, sebenarnya itulah tugasan yang diberikan Allah kepada saya ...

Apa yang saya utarakan ini adalah apa yang saya lalui yang membuatkan saya lebih suka untuk menunggu tugasan yang berikutnya dari Allah ... Any comment?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui