Khamis, Februari 25, 2010

Allah Ajarkan Bagaimana Menghadapi Perbezaan Pandangan

Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Di harapkan agar semuanya berada dalam keadaan sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya insyaAllah ...

Alhamdulillah tanggal 25 Feb 2010 yang saya tunggu telah pun berlalu dan masih saya ingat lagi ketika majlis hi tea yang diadakan sempena persaraan saya dan seorang lagi sahabat di pejabat Kak Midah yang bersara wajib, bos saya bertanya kepada saya ... how does it feel like?, jawab saya ... like one of the happiest moment in my life ... itu jawapan yang lurus yang benar-benar saya rasakan ketika itu ...

Life goes on ... bak kata pepatah orang putih ... so begitu jugalah pada hari ini ingin saya kongsikan diajarkan Allah kepada saya bagaimana menghadapi suasana perbezaan pandangan yang mana pada kebiasaannya kita akan merasakan diri kita di pihak yang benar ...

Kita sering berbeza pandangan bukan? Kadangkala di dalam kita mempertahankan pandangan kita, adakalanya kita melukakan hati orang lain atau kita sendiri yang terluka. Ada masanya perbezaan pandangan ini boleh menyebabkan seseorang berundur dari sesebuah organisasi. Ada keluarga yang bercerai berai dan anak-anak kehilangan kasih dan sayang hanya kerana perbezaan pandangan ibu dan ayah. Wah berat juga topik kali ini ... terasa syukur diajar Allah bagaimana menghadapinya ...

Pada suatu hari suami saya berkata kepada saya bahawa dia akan mendapatkan seorang pembantu rumah dari rakannya yang menguruskan agensi pembantu rumah. Suami saya terus membuat keputusan tersebut tanpa berbincang dengan saya dan keputusan itu mempunyai impak kewangan sebanyak RM6500 kerana itu lah bayaran yang perlu dibayar kepada agensi pembantu rumah. Saya tidak bersetuju dengan keputusan itu dan saya mengatakan bahawa saya ada rancangan yang lain yang lebih menjimatkan perbelanjaan. Suami saya berkeras ketika itu dengan keputusannya dan apabila saya lihat suami saya berkeras ketika itu saya dapat terus melihat bahawa walaupun hatinya berkeras tapi Allah boleh melembutkan hatinya untuk tidak meneruskan rancangannya. Justeru ketika itu saya tidak meneruskan perbalahan tentang perkara itu. Saya katakan kepada diri saya bahawa saya akan meminta pertolongan dengan Allah untuk melembutkan hati suami saya. Perbincangan itu terhenti di situ saja.

Mahu tahu apa yang berlaku berikutnya? Suatu yang tidak pernah saya duga ... pada malam itu saya sangat terkejut kerana hati saya begitu lembut untuk bersetuju dengan rancangan suami saya untuk mengambil pembantu rumah. Tak tahu apa yang dapat saya katakan ... Allah Yang Maha Tahu, Allah melembutkan hati saya, bukan hati suami saya ... rasa malu ketika itu dan sangat rasa bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jawapanNya kepada persoalan tadi.

Justeru keesokkan harinya saya berkata kepada suami saya bahawa saya bersetuju dengan rancangannya tetapi izinkan saya mencari pembantu rumah melalui networking saya. Alhamdulillah lebih kurang dua hari selepas itu saya mendapat pembantu rumah yang sangat berpengalaman dengan perbelanjaan yang jauh lebih rendah. Alhamdulillah, Allah menguruskannya ...

Kesimpulannya saya diajar salah satu kaedah bagaimana kita berhadapan dengan perbezaan pandangan yang kadangkala boleh sampai kepada perbalahan apabila kita berusaha menegakkan hujah dan pandangan kita. Sekiranya kita menyedari bahawa perbincangan itu tidak membawa apa-apa persetujuan kerana masing-masing sudah tegas berpegang pada pandangannya sendiri maka pergi saja kepada Yang Memiliki Hati ... agar dilembutkan hati untuk dapat mencapai persetujuan yang terbaik untuk semua pihak. Jangan diteruskan perbalahan itu. Kuatkan kesabaran dan mohon masa untuk kita sama-sama fikirkan. Maka kemudian kita mohon pada Allah agar memberi petunjuk kepada masalah yang dihadapi ... semoga kita dapat hidup aman dan bahagia hingga ke anak cucu : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Tiada ulasan: