Khamis, Februari 25, 2010

Allah Ajarkan Bagaimana Menghadapi Perbezaan Pandangan

Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Di harapkan agar semuanya berada dalam keadaan sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya insyaAllah ...

Alhamdulillah tanggal 25 Feb 2010 yang saya tunggu telah pun berlalu dan masih saya ingat lagi ketika majlis hi tea yang diadakan sempena persaraan saya dan seorang lagi sahabat di pejabat Kak Midah yang bersara wajib, bos saya bertanya kepada saya ... how does it feel like?, jawab saya ... like one of the happiest moment in my life ... itu jawapan yang lurus yang benar-benar saya rasakan ketika itu ...

Life goes on ... bak kata pepatah orang putih ... so begitu jugalah pada hari ini ingin saya kongsikan diajarkan Allah kepada saya bagaimana menghadapi suasana perbezaan pandangan yang mana pada kebiasaannya kita akan merasakan diri kita di pihak yang benar ...

Kita sering berbeza pandangan bukan? Kadangkala di dalam kita mempertahankan pandangan kita, adakalanya kita melukakan hati orang lain atau kita sendiri yang terluka. Ada masanya perbezaan pandangan ini boleh menyebabkan seseorang berundur dari sesebuah organisasi. Ada keluarga yang bercerai berai dan anak-anak kehilangan kasih dan sayang hanya kerana perbezaan pandangan ibu dan ayah. Wah berat juga topik kali ini ... terasa syukur diajar Allah bagaimana menghadapinya ...

Pada suatu hari suami saya berkata kepada saya bahawa dia akan mendapatkan seorang pembantu rumah dari rakannya yang menguruskan agensi pembantu rumah. Suami saya terus membuat keputusan tersebut tanpa berbincang dengan saya dan keputusan itu mempunyai impak kewangan sebanyak RM6500 kerana itu lah bayaran yang perlu dibayar kepada agensi pembantu rumah. Saya tidak bersetuju dengan keputusan itu dan saya mengatakan bahawa saya ada rancangan yang lain yang lebih menjimatkan perbelanjaan. Suami saya berkeras ketika itu dengan keputusannya dan apabila saya lihat suami saya berkeras ketika itu saya dapat terus melihat bahawa walaupun hatinya berkeras tapi Allah boleh melembutkan hatinya untuk tidak meneruskan rancangannya. Justeru ketika itu saya tidak meneruskan perbalahan tentang perkara itu. Saya katakan kepada diri saya bahawa saya akan meminta pertolongan dengan Allah untuk melembutkan hati suami saya. Perbincangan itu terhenti di situ saja.

Mahu tahu apa yang berlaku berikutnya? Suatu yang tidak pernah saya duga ... pada malam itu saya sangat terkejut kerana hati saya begitu lembut untuk bersetuju dengan rancangan suami saya untuk mengambil pembantu rumah. Tak tahu apa yang dapat saya katakan ... Allah Yang Maha Tahu, Allah melembutkan hati saya, bukan hati suami saya ... rasa malu ketika itu dan sangat rasa bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jawapanNya kepada persoalan tadi.

Justeru keesokkan harinya saya berkata kepada suami saya bahawa saya bersetuju dengan rancangannya tetapi izinkan saya mencari pembantu rumah melalui networking saya. Alhamdulillah lebih kurang dua hari selepas itu saya mendapat pembantu rumah yang sangat berpengalaman dengan perbelanjaan yang jauh lebih rendah. Alhamdulillah, Allah menguruskannya ...

Kesimpulannya saya diajar salah satu kaedah bagaimana kita berhadapan dengan perbezaan pandangan yang kadangkala boleh sampai kepada perbalahan apabila kita berusaha menegakkan hujah dan pandangan kita. Sekiranya kita menyedari bahawa perbincangan itu tidak membawa apa-apa persetujuan kerana masing-masing sudah tegas berpegang pada pandangannya sendiri maka pergi saja kepada Yang Memiliki Hati ... agar dilembutkan hati untuk dapat mencapai persetujuan yang terbaik untuk semua pihak. Jangan diteruskan perbalahan itu. Kuatkan kesabaran dan mohon masa untuk kita sama-sama fikirkan. Maka kemudian kita mohon pada Allah agar memberi petunjuk kepada masalah yang dihadapi ... semoga kita dapat hidup aman dan bahagia hingga ke anak cucu : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Selasa, Februari 16, 2010

Allah Ajarkan Tentang BertemuNya




Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? InsyaAllah di dalam pemeliharaan Allah dan semoga sentiasa berusaha untuk dekat kepadaNya serta menginsafi waktu-waktu di mana hati kita tidak ikhlas keranaNya ...

Alhamdulillah saya baru saja pulang dari Spiritual Trip ke Jakarta-Bandung bermula dari 12 feb 2010 sehingga pada hari ini 15 feb 2010. Walaupun badan masih keletihan tetapi saya ingin sharing manfaat yang saya perolehi di dalam perjalanan tersebut. Pertamanya kesyukuran saya panjatkan kepada Allah di atas kelancaran seluruh program yang dirancang. Saya bersama dengan seramai 25 ahli rombongan semuanya yang terdiri dari semua fasi-fasi kami dan juga beberapa orang sahabat yang turut serta. Ukhuwah yang terjalin pastinya tidak ternilai harganya dan alhamdulillah semuanya sangat bertoleransi antara satu sama lain ... istimewanya bersama dengan orang-orang yang dekat hatinya kepada Allah ...


Sebaik saja selesai acara menikmati keindahan alam di Tangkuban Perahu dan Ciater Hot Spring kami kembali ke hotel untuk beristirehat sebelum berangkat ke Paku Haji untuk program penguatan solat khusyuk di alam terbuka bersama Pak Yus Ansari dari Solat Center Bandung ... Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi diajarkan Allah bertemu denganNya di dalam solat yang saya perolehi dari ceramah Pak Yus Ansari.


Pak Yus bertanya kepada kami, sebelum kita berbicara kepada seseorang, adakah kita bertemu dahulu atau kita berbicara dahulu? Pastinya kita bertemu dahulu kan? Maka ketika kita solat, sebelum kita mengangkat takbiratul ihram dan berkomunikasi dengan Allah dalam bacaan al-fatihah, adakah kita telah bertemu dengan Allah? Adakah selama ini solat kita sekadar penghayatan bacaan dan gerakan tanpa bertemu dengan Allah? Kita mungkin merasakan kita telah khusyuk di dalam solat tetapi adakah kita telah merasakan kita bertemu dengan Allah di dalam solat? Adakah logik seseorang itu berbicara tanpa bertemu dan tanpa mengadapkan wajahnya kepada orang yang sedang berbicara dengannya. Inilah antaranya sebab kenapa fikiran kita sering melencong keluar dari solat kerana hati tidak bertemu dengan Allah sebelum memulakan solat ...


Kita sering gagal merasa bertemu dengan Allah kerana kita tidak kenal Allah ... bagaimana untuk mengenali Allah? Kebanyakan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an adalah ayat-ayat di mana Allah mengenalkan dirinya ... Yang Maha Besar, Yang Maha Luas, Yang Menciptakan Langit dan Bumi dan seterusnya ... Allah menceritakan bahawa Allah itu Maha Meliputi Semuanya .... Justeru Allah meliputi diri kita ... Bayangkan sponge yang diliputi air ... Air itu masuk ke dalam sponge ... Allah itu meliputi semuanya .... meliputi juga diri kita.


"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat!" (Al-Baqarah: 186)


Baik sekarang, kosongkan fikiran dan hati kita .... rasakan dengan hati bahawa Allah Maha Meliputi diri kita dan Maha Meliputi semuanya .... rasakan dengan hati Allah itulah Yang Maha Besar dan Maha Melihat diri kita ... rasakan dalam hati kita bertemu dengan Allah tanpa kita membayangkan zat Allah kerana Allah itu tidak menyerupai sesuatu ... masih sukar rasa bertemu dengan Allah ... Ok sekarang ini erase kan semua yang ada disekeliling kita dengan pemadam khayalan (virtual eraser) ... padamkan rumah kita, padamkan taman atau kampung kita, padamkan langit, padamkan seluruh alam ini .... apa yang tinggal? Hanya satu kan .. Hanya Allah ... sekarang ini hanya ada kita dan Allah dan kita berada disitu, suatu tempat yang tiada ruang, tiada masa ... suatu ruang yang begitu luas tak terbatas ... Ya kita bertemu dengan Allah di ruang tanpa batas itu ... dan setelah kita rasa kita bertemu dengan Allah, ambil takbiratul ihram sambil memuji Allah Maha Besar (Allahu Akbar) dan kunci kesedaran pertemuan dengan Allah ini sehinggalah kita selesai solat .... Justeru dari mula solat sehingga akhir solat kita di dalam pertemuan dengan Allah dan mengadap dengan serius kepada Allah.


Ali bin Abi Thalib karamallaahu wajhah ketika ditanyakan kepadanya tentang apakah dia menyembah kepada suatu yang tidak dapat dilihatnya, dengan tegas Ali menjawab, "Bagaimana mungkin aku menyembah sesuatu yang tidak aku lihat? Aku melihat Allah SWT tetapi bukan dengan mata ini. Mata ini yang mudah tertipu. Aku melihatNya dengan mata hati!"


InsyaAllah apabila kita telah terbiasa bertemu dengan Allah di dalam solat, kita akan sentiasa rasa bertemu dengan Allah di luar solat ... Apabila kita membaguskan bicara kita kepada manusia agar dilihat dan dipuji manusia ... akan terdetik dihati kita Allah itu Maha Maha Tahu isi hati ... maka segera kita beristighfar dan memohon ampun kepadaNya ... perasaan dan tindakan ini terhasil kerana kita sentiasa bertemu dengan Allah.


"Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui ..." (Ali Imran: 29)



Hanya Allah Yang Maha Mengetahui



Gambar-gambar di Bandung






Salah Satu Kawah Gunung Berapi di Tangkuban Perahu



Mereka mencari rezeki Allah dengan kehadiran pelancung ke Tangkuban Perahu ..




Keindahan alam di Ciater Hot Spring ...Sangat mententeramkan jiwa ...

Untuk gambar-gambar yang lainnya, sila tengok di facebook saya atas nama noraliza abdul latif.

Ahad, Februari 07, 2010

Allah Ajarkan Tentang Pentingnya Ilmu Pemasaran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bertemu lagi alhamdulillah ... saya agak sibuk bulan ini kerana setiap minggu mengendalikan Program Motivasi untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2010 ini. Program semalam dan hari ini sangat meletihkan saya tetapi saya sangat berpuas hati diberi peluang untuk mengenalkan mereka tentang siapa diri mereka, kenapa mereka ada di dunia ini dan tugas mereka untuk menguasai ilmu dan menjadi wakil Allah di terbaik insyaAllah ... Pada usia itu mereka sudah harus memahami hakikat itu semua agar keikhlasan mencari ilmu kerana Allah itu dapat terpahat ke dalam jiwa mereka sehingga mereka sampai ke universiti nanti insyaAllah dan seterusnya sehingga mereka pulang kepada Allah ... Masih saya ingat lagi bila saya bertanya kepada mereka ... kita berasal dari dunia ini ke ?, jawab mereka, tak ... kita guna roket apa datang ke dunia ini? tanya saya, perut mak kita ... jawab mereka.

Alhamdulillah saya bersyukur diajarkan tentang pentingnya ilmu pemasaran di dalam kerja-kerja dakwah ... Sebenarnya dari dulu lagi saya sering menyedari bahawa banyak program-program dakwah dan kemasyarakatan yang dianjurkan gagal mencapai sasarannya kerana masalah pemasaran tetapi saya tidak memberi sepenuh perhatian kearah peningkatan kelemahan tersebut.

Sejak kebelakangan ini saya mendapat kesedaran betapa kritikalnya pemasaran ini di dalam apa juga yang ingin kita lakukan, baik bisnes, dakwah, kerja-kerja kebajikan dan sebagainya ... Kita sering menumpukan perhatian kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tetapi kurang memberi perhatian kepada pemasarannya. Kerja-kerja dakwah dan kebajikan yang kita lakukan sebenarnya boleh mencapai sasaran yang lebih luas sekiranya pemasaran dijalankan secara strategik, efektif dan efisyen ... Kita sering tidak sanggup untuk menggunakan kaedah pemasaran yang strategik dan efektif kerana kita kekurangan modal ... Sebenarnya kita boleh memasarkan produk kita dengan efektif tanpa mengeluarkan belanja yang besar ... bagaimana ya?

Saya diajarkan bahawa di luar sana, perbelanjaan yang digunakan setahun di dalam pemasaran dan pengiklanan produk dan perkhidmatan berjumlah berbillion-billion ringgit. Mereka memerlukan berbagai medium yang strategik dan efektif untuk mengiklankan produk mereka. Usahasama boleh digunakan dengan syarikat-syarikat ini di dalam memasarkan program-program dakwah dan kebajikan kita ... win-win ... mereka mendapat medium yang baik dan dihormati rakyat untuk mengiklankan produk mereka, contohnya di banner-banner atau di bill board program kita, akan memaparkan logo-logo mereka sebagai sponsor bersama ... Mereka mendapat medium yang baik, kita mendapat dana untuk memasar dan mengiklankan program-program yang dianjurkan ... Kita dapat lihat di program-program pameran di convention center mempunyai berbagai sponsor, penyiar radio resmi, bank resmi dan sebagainya ...

Pada pandangan saya, kita yang terlibat di dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan ini jarang mempelopori bidang ini termasuk diri saya sendiri. Justeru demi usaha-usaha dakwah yang lebih luas dan berkesan, kita perlu menggunakan kaedah pemasaran terkini dan strategik. Semoga Islam dapat ditegakkan di negara yang kita cintai ini dan seluruh alam insyaAllah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui