POS TERKINI

Selasa, Januari 26, 2010

Allah Ajarkan Untuk Bertanya kepadaNya

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah saya dan suami baru pulang dari Jakarta untuk bertemu dengan Mas Opick dan keluarganya di Jakarta. Saya juga berkesempatan menziarahi Pak Ustaz Abu Sangkan dan isteri .. Alhamdulillah, Pak Ustaz dah buka restoran itik goreng ... sedap masakannya ... Penulisan di bawah ini saya telah mulakan pada 8 Disember 2009 yang lepas tetapi tidak dapat dihabiskan. Jadi saya sharekan di sini keseluruhan entry yang telah pun dapat saya habiskan pada malam ini, insyaAllah. Semoga dapat dimanfaatkan bersama ...

.........................................................................................................................

Alhamdulillah saya bersyukur dapat menulis di awal pagi begini mendapat kesegaran dan kekuaatan semula setelah begitu agak keletihan sebelum ini. Itulah nikmat awal pagi yang sering kita lalaikan ...

Saya ingin kongsikan pagi ini bagaimana Allah sentiasa mengajar saya dan memotivasikan saya untuk sentiasa bertanyakan kepadaNya .. kerana Dia adalah Yang Maha Tahu dan kita ini sentiasa tidak tahu ... apakah lebih elok kita ikut jalan A atau jalan B untuk ke tempat kerja pun kita tidak tahu .. kita sangkakan kalau ikut jalan A pastinya lebih cepat sampai tapi kemudian bila kita memasuki jalan A, tiba-tiba ada accident, kita mungkin sampai satu jam lewat ... Pernah terjadi tak ... kemudian dalam hati kita kata, eh kalau aku ikut jalan tadi lagi elok ... Belum tentu ... mungkin Jalan tadi lebih teruk jamnya pada hari itu, betulkan .. Itu baru tentang jalan, belum lagi tentang rezeki, tentang jodoh dan sebagainya ...

Kita selalu pening kepala untuk buat keputusan sehingga kadang-kadang tidak lalu makan, stress dan boleh sakit ... Kenapa kita susahkan diri kita, tanyakan saja pada Yang Maha Tahu itu ... Allah Yang Maha Mengetahui ...

Izinkan saya berkongsi bagaimana saya membuat keputusan untuk bersara awal pada usia 45 tahun. Suatu keputusan yang begitu amat sukar untuk dilakukan. Saya pun belum tahu samada pada usia tersebut saya pastinya akan bersara kerana hanya pada 16 Februari 2010 barulah saya mencapai usia 45, itupun kalau masih diberi kehidupan oleh Allah ... tapi saya telah pun membuat keputusan itu, menghantar surat permohonan dan telah pun diluluskan oleh pengurusan syarikat saya bekerja. Apapun, moga-moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan pembaca yang dirahmati Allah.

Saya berfikir untuk berhenti kerja semenjak saya berusia lebih kurang 30 tahun, iaitu hampir 15 tahun yang lalu. Saya sering solat istikharah tetapi disebabkan kejahilan saya, saya sering stress bila memikirkan perkara itu. Setiap kali saya bertanya kepada Allah, saya tidak mendapat apa-apa jawapan seperti mimpi dan sebagainya tetapi kefahaman yang dialiri di dalam jiwa saya adalah Allah diam tidak memberi apa-apa respon kepada saya. Saya yakin Allah mendengar pertanyaan saya tetapi Allah tidak menjawabnya. Justeru saya bertekad tidak akan membuat keputusan sekiranya saya tidak mendapat isyarat yang jelas dari Allah.

Tahun berganti tahun, bulan silih berganti ... macam cerita dalam novel :) ... saya tidak pernah putus asa di dalam bertanya kepada Allah. Kadang kala saya lupa tapi apabila saya ingat, saya terus membuat solat istikharah lagi dan bertanya kepada Allah untuk berhenti kerja dari syarikat saya dan berkecimpung di dalam bidang yang saya minati iaitu Pembangunan Sumber Manusia ... Saya berjumpa dengan Naib Presiden Sumber Manusia agar pindahkan saya ke Bahagian Latihan namun atas sebab-sebab kepentingan syarikat saya diminta terus untuk membuat kerja-kerja perancangan. Saya bertanya kepada Allah, namun tiada jawapan dan saya terus bersabar kerana saya tidak mahu membuat keputusan berdasarkan kehendak saya kerana saya yakin kehendak Allah lebih baik dan saya ingin menjalankan kehidupan saya mengikut kehendak Allah. Biarpun saya meminati bidang pembangunan modal insan namun ianya belum tentu baik untuk saya ... Itulah yang saya yakini ... Allah lebih Mengetahui dan saya adalah yang sangat tidak mengetahui apa-apa melainkan apa-apa yang dikehendaki oleh Allah ...

Satu hari saya mendapat mimpi dan di dalam mimpi itu saya menyerahkan surat perletakan jawatan saya. Apabila saya sedar, saya agak kesedihan kerana saya rasa ketika itu saya sudah kehilangan kerja ... Namun beberapa lama kemudian saya teringat kembali pertanyaan saya kepada Allah yang telah sekian lama ... Akhirnya saya gembira bahawa setelah lebih 10 tahun saya bertanya Allah memberikan jawapannya. Suami dan anak saya mengusik saya, kata mereka mana tahu itu jawapan dari Allah ... kemudian saya terus menerus bertanya kepada Allah lagi samada dalam solat mahupun dalam doa-doa yang saya panjatkan dan setiap kali saya bertanya, Allah memberikan jawapanNya kepada saya dengan diilhamkan kepada saya ... JawapanNya jelas untuk saya bersara awal ...

Bukan mudah untuk meninggalkan pekerjaan apatah lagi bila ianya agak lumayan dan menjanjikan kesenangan ... Tidak kurang rakan-rakan yang tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk bersara awal ... bermacam-macam hujah yang diberikan kepada saya ... Tidak kurang juga yang menakutkan saya dengan kesusahan yang akan saya hadapi ... Justeru dalam keadaan kebingungan memikirkan masa depan anak-anak (yang masih bersekolah) saya berdoa kepada Allah, walaupun Allah sudah banyak kali merespon, saya katakan pada Allah ini kali terakhir saya bertanya sebelum menghantar surat kepada syarikat saya .... bagilah saya isyarat yang jelas bahawa persaraan awal ini adalah yang terbaik. Pada malamnya alhamdulillah Allah ingatkan kepada saya kata-kata yang diucapkan oleh Saydina Abu Bakar r.a kepada Rasulullah saw apabila Rasulullah saw bertanya ... apa yang kau tinggalkan untuk anak dan isterimu ... apabila Saydina Abu Bakr menginfakkan keseluruhan hartanya untuk menghadapi peperangan. "Aku tinggalkan Allah dan RasulNya" ... begitulah hebatnya jawapan Allah, cukup sempurna ...

InsyaAllah tanggal 25 Februari 2010 nanti adalah hari terakhir saya di syarikat saya sekarang ini. Saya yakin dengan keputusan ini kerana Allah telah memberi jawapan dengan jelas kepada saya, alhamdulillah ...

Secara ringkasnya apa yang ingin saya sharekan di dalam penulisan ini adalah amalan bertanya kepada Allah sebelum membuat keputusan ..InsyaAllah jawapan Allah akan sentiasa tepat dan cukup sempurna ... justeru usah pening-pening dan stresskan jiwa ... ayuh bertanya aja kepada Allah dan tunggulah jawapan Allah ....

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

4 comments:

Noli berkata...

Asalamualaikum Nora

Tersenyum membaca entri hari ini..mengingatkan saya thn 2001 melalui pengalaman membuat pilihan
pencen awal.Allahuakbar 9 thn dah berlalu terlalu cepat rasanya,ingin dikongsi pengalaman memohon menyerah pd ketentuan Illahi..nikmat yg dirasai disebalik segalanya..terlalu indah untuk dihayati ketentuan Allah yang maha pengasih..doa yg dimakbulkan dgn menyakini segala terbaik dari Nya..Berpencen dan meraikan usia 41 di Tanah suci mekah ,mendapat hadiah paling istemewa senaskah alquran kecil ..yakinilah ketentuan Allah adalah yg terbaik buat hambaNya

mohammadwindy berkata...

alhamdulillah, sangat menginspirasi bu nora. Allah juga yang alirkan pemahaman..
o iya bu, karena tulisan bu nora yang "ngalir" bagaimana kalo dikasi tips
such as "bacalah bismillah sebelum baca tulisan ini mudah mudahan Allah alirkan pemahaman"

tajamkannuraniku berkata...

Salam perjuangan..tahniah syabas akhirnya ketemu jua jawapan Daripada Allah..pasti saat paling manis dalam perjalanan yang masih jauh...akak alhamdulillah telah diberi kekuatan untuk bersara awal drp Tabung Haji seawal umur 24 tahun..dah hampir 25 tahun bersara disitu..yang pasti selepas itu hingga kini terlalu banyak kerja2 mencabar dan indah menunggu kita..pengalaman bekerja di tabung haji walaupun hanya sekejap cuma banyak membantu kerja2 mencabar selepas itu..Selamat menempuh kehidupan dan pengalaman baru..semoga Allah terus menuntuni dan mempermudahkan segala urusan...

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum

Terima kasih sahabat-sahabat semua atas semangat dan dorongan ... doakan saya ya ... moga kita dicintai Allah apabila hidup ini hanya untukNya ...

InsyaAllah Mas Windy ... nanti saya tuliskan dan itu pastinya ingatan untuk saya juga ..