Jumaat, November 06, 2009

Allah ajarkan tentang perniagaan dan perusahaan

Assalamualaikum wr. wb.


Mungkin anda rasa pelik dengan tajuk entry pada kali ini? Saya diajarkan tentang perniagaan dn perusahaan dan saya merasa sangat bersyukur diajarkan indahnya perusahaan dan perniagaan ini. Saya ingin segera memasukkan kefahaman yang saya perolehi ini segera supaya saya tidak lupa dan supaya ramai yang dapat mengambil manfaatnya insyaAllah ...


Setelah siap kami mengemaskan barang-barang dari sesi kursus di Pantai Remis baru-baru ini, saya berfikir sejenak. Saya merasakan sangat sukar kerja-kerja menguruskan latihan ini, persiapan sebelum training begitu banyak yang perlu dibuat, module, pengurusan mencari peserta, pengurusan resort, pengurusan bas, keperluan kewangan yang perlu disediakan, pengurusan urusetia dan fasi, kertaskerja yang perlu disiapkan dan difotostat, komputer, printer, lcd projector, PA system yang begitu besar yang kami angkut (kami tidak begitu selesa dengan PA system di resort), 8 keping carpet besar yang kami bawa(kerana sesi latihan kami kebanyakannya duduk di bawah dan tempat di resort adalah tile dan sejuk untuk peserta), extension wire, cenderahati, sijil penyertaan dan banyak lagi. Pengendalian kursus juga begitu banyak yang perlu diberi perhatian dan mengemas selepas kursus, sangat-sangat meletihkan. Tidak habis dengan itu, apabila kembali ke pejabat, kami perlu pula memproses borang penilaian, membuat analisa dan laporan kursus. Ketika itulah saya dialiri kefahaman tentang perusahaan dan perniagaan...

Saya dapat melihat bahawa mereka-mereka yang terlibat dengan apa saja perniagaan atau perusahaan yang memberi manfaat kepada manusia adalah wakil Allah untuk mengusahakan sesuatu di muka bumi ini yang dapat membantu secara significant kepada pembangunan sebuah tamadun ... contohnya membangunkan sekolah dapat membantu manusia mencari ilmu, pengusaha kilang beras mengeluarkan beras untuk dimakan, Tauke pasaraya memudahkan manusia membeli barang-barang keperluan seharian yang sebahagiannya digunakan untuk makan dan minum ... dan baru-baru ini apabila kereta anak saya pecah tayarnya di Kuala Pilah, hanya terdapat satu saja kedai tayar di pekan kuala pilah itu dan pastinya Tauke Cina yang mengusahakan kedai tayarnya itu berperanan sebagai wakil Allah dimukabumi ini dalam membantu orang-orang yang memerlukan tayar seperti anak saya pada hari itu : )

Saya lihat orang-orang yang terlibat dalam perusahaan dan perniagaan ini kebiasaannya akan lebih usahanya berbanding dengan mereka yang makan gaji seperti saya ... Mereka perlu memikirkan tentang tempat, kewangan, pekerja, risiko kerugian, pemasaran, kualiti produk dan perkhidmatan, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya ... Justeru kita lihat kebiasaannya mereka akan di'reward' oleh Allah lebih lagi berbanding kita yang makan gaji ... Bayangkan mereka yang menjadi wakil Allah mengusahakan sesuatu di muka bumi ini, Allah reward lebih dari mereka yang makan gaji, bayangkan mereka yang menolong agama Allah dengan berjihad di jalanNya ... Allah menjanjikan syurga kepada mereka dari jual beli yang mereka lakukan dengan Allah.

Kalau kita dapat merasakan berkecimpung dalam dunia perniagaan adalah menjadi wakil Allah mengusahakan sesuatu perusahaan yang dapat menyumbang kepada ketamadunan ummah, maka saya rasa ramai anak-anak muda yang akan berminat untuk berniaga, insyaAllah. Kita ikhlaskan niat kita dan insyaAllah Allah akan membantu kita di dalam apa juga perniagaan dan perusahaan yang kita ceburi. Serahkan urusan rezeki itu kepada Allah dan jadilah wakil Allah sebaik mungkin dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik bagi memudahkan hidup manusia di muka bumi ini. Hati kita akan terasa tenang dan lapang ... Kita tidak perlu membicarakan tentang Customer Service (Khidmat Pelanggan) kerana dengan merasakan kita mewakili Allah untuk mengusahakan sesuatu keperluan manusia akan memastikan kita memberi yang terbaik kerana kita ikhlas kerana Allah dan kita sedar Allah akan sentiasa mahu memberikan yang terbaik, itu benchmark kita, maka sebagai wakil Allah, kita akan juga berikan yang terbaik...maka kita akan go beyond customer satisfaction!

Saya diajarkan juga tentang kesilapan kefahaman selama ini yang tertanam di dalam minda saya oleh ajaran kapitalis. Saya diajar bahawa untuk meningkatkan keuntungan, salah satu jalannya adalah mengurangkan kos ... OK kita mengurangkan kos dengan mempertingkatkan efisyensi kita tetapi tidak OK kalau kita mengurangkan kos dengan menjejaskan kualiti dan keselamatan seperti yang selalu berlaku. Kerana kita wakil Allah untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang terbaik, maka tidak timbul soal untuk membuat keuntungan sebanyak mungkin dengan mengurangkan kos kerana tujuan kita bukan keuntungan ... tetapi berkhidmat sebagai wakil Allah ... dan kita yakin Allah akan menguruskan rezeki kita. Kalau dulu mungkin kita sering berfikir keuntungan = rezeki, maka sekarang dengan paradigma ini kita berusaha agar perniagaan kita mendapat keuntungan yang berpada tetapi kita yakin bahawa pada akhirnya Allahlah yang akan menguruskan rezeki kita. Justeru bila kita berniaga dengan jujur dan ikhlas niat kerana Allah, menjadi wakil Allah memudahkan urusan manusia di muka bumi ini insyaAllah hidup dan rezeki kita akan diuruskan Allah.

Seperkara lagi, dulu saya diajarkan tentang 'competition' dalam perniagaan dan 'scarcity mentality' tetapi sekarang ini saya sudah dapat melihat bahawa di dalam perniagan/perusahaan, kita bukan compete with each other tetapi kita semuanya menjadi wakil Allah untuk bersama-sama membangunkan sebuah ketamadunan yang dikehendaki Allah. So we are partners! instead of competing, we should be collaborating! Kita tidak bersaing di antara satu sama lain tetapi kita bekerjasama sebagai satu pasukan. 'Scarcity Mentality' juga sudah tidak relevan dengan paradigman yang baru ini kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengkayakan, so the pie is big enough for everyone ... how big? Big enough, tak perlu risau-risau ; ) Yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa Allah itu Maha Kaya ...

Alangkah bezanya perasaan ini ... Maka tidak lah ada masalah iri hati atau cemburu, tidaklah ada hasad dengki sesama peniaga yang ada kalanya sanggup menggunakan sihir ...

Indah berniaga itu pada pandangan mata hati saya. Mereka memudahkan orang lain dalam banyak perkara ... mereka adalah wakil Allah mengusahakan sebuah ketamadunan dan dengan keikhlasan yang ada pada mereka, insyaAllah Allah sediakan ganjaran yang berlipat kali ganda ...

Macamana? Jom berdikari dengan jadi pengusaha/peniaga ... kita bayangkan dalam minda kita dan insyaAllah Allah mudahkan kita untuk mendapatkannya ... Saya sering berangan jadi managing director syarikat sendiri : )


Allah Yang Maha Mengetahui

2 ulasan:

Fuad Latip berkata...

Assalammualaikum kak Nora,

Menarik artikel ini. Sedikit perkongsian.

Perniagaan dikatakan sumber pendapatan yang paling banyak di dalam semua pendapatan. 90% rezeki dari perniagaan.

Kerana apa? Kerana perniagaan sebenarnya mempunyai latihan berserah yang tinggi. Kalau makan gaji, pasti kita akan dapat duit tiap bulan, inshaAllah.

Tetapi rezeki perniagaan tidak menentu. Mereka dilatih secara tidak sedar (sedar bagi yang sedar) untuk berserah kepada Allah SWT apakah rezeki hari esok.

Kerana itu orang yang berniaga dengan berserah iaitu menyerahkan hal rezeki kepada Allah SWT pasti akan menguntungkan.

Alhamdulillah pengalaman arwah ayah menjadi peniaga kedai runcit menyedarkan saya hal ini.

Sekadar berkongsi.

K Nora berkata...

Wa'alaikummussalam,

Tepat sekali En Fuad .. perniagaan pastinya juga sekolah latihan berserah total kepada Allah ... latihan keikhlasan, latihan kekuatan jiwa dan mental ...

Salam
K Nora