POS TERKINI

Selasa, Ogos 04, 2009

Allah Ajarkan Tentang Ikhlas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Suatu ketika dahulu saya melalui rasa kepayahan untuk istiqamah di dalam amalan-amalan yang disukai Allah. Saya merasakan bahawa saya perlu bersungguh-sungguh seperti ketika dibangku sekolah dahulu .....iaitu kalau saya fokus dan belajar dengan displin maka saya akan beroleh keputusan yang cemerlang ...pengalaman di sekolah saya cuba aplikasikan di dalam beramal ...saya dapati sangat sukar ...saya cuba berdisplin namun sering tewas juga... di mana ya silapnya ...saya rasa sangat sukar mendaki darjat ketinggian walaupun tingkat darjat ketinggian yang sedikit tinggi saja dari mana saya berada. Kalau ingin diumpamakan kepayahan yang saya rasakan ketika itu seolah-olah saya menuju ke satu destinasi dengan merangkak penuh kesukaran dan jiwa saya sering menangis mencari di mana kuncinya ...

Kemudian Allah Yang Maha Memberi Petunjuk mengajar saya bahawa Dialah Yang berkuasa Membimbing saya ke jalan Nya yang lurus dan Dialah juga yang berkuasa membuatkan saya istiqamah di dalam beramal; dan dengan rahmatNyalah saya dapat mendaki tangga demi tangga menuju ke JalanNya. Saya diajarkan oleh seorang rakan baik saya agar sering berdoa dengan menyebut Ya Allah Ya Alim ...ajarkan aku Ya Allah ...Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya diberi kefahaman oleh Allah agar menyerahkan seluruh kehidupan saya kepada Allah dan kemudian sandarkan perjalanan saya seterusnya kepada Allah. Di sinilah saya mengenal erti ikhlas dengan sebenarnya ...Kefahaman tentang ikhlas yang dialirkan ke dalam jiwa saya agak berlainan dengan erti ikhlas yang saya fahami sebelumnya.

Keikhlasan kepada Allah adalah apabila kita menyerahkan secara total kehidupan kita kepada Allah dan berperanan sebagai khalifah. Tidak ada kepentingan diri, tidak ada kepentingan keluarga ...semuanya kita laksanakan di atas agenda yang telah Allah tetapkan untuk diri kita. Pelajaran "Niat" yang saya pelajari dari ibadah haji banyak membantu saya di dalam perkara ini. Inilah manifestasi Kalimah Syahadah ..."Tidak ada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah ..." tidak ada tumpuan kecintaan melainkan hanya kepada Allah ...segala-galanya untuk Allah ...


Untuk memahami perkara yang cuba saya utarakan di atas, mari kita lihat sendagurau saya dengan beberapa orang adik-adik seusrah dengan saya .... Satu hari mereka baru pulang dari kerja-kerja perjuangan Islam di Kuala Trengganu ...saya tidak dapat pergi kerana ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Kemudian salah seorang dari mereka mengatakan kepada saya, "Tak dapat beli keropok likur, orang ramai ..." Saya tanyakan kepada sahabat tersebut, "Ada tak masa nak pergi tu terdetik niat nak beli keropok likur?" Dia menganggukkan kepala ... dan sambil tersenyum saya katakan kepadanya sambil didengari oleh rakan-rakan yang lain, "Cuba kalau masa nak pergi tu, bulatkan hati sepenuhnya nak berjuang, tak ada niat langsung nak beli keropok likur ...insyaAllah masa balik KL, penuh kereta dengan keropok Likur ...."Mereka semua ketawa mendengar seloroh saya ... Memang saya sekadar berjenaka dengan mereka tapi apa yang saya katakan adalah dari hati saya yang jujur apabila saya melihat sendiri melalui pengalaman bahawa apabila kita bulatkan niat kita untuk Allah, Allah akan beri juga kita dunia ...tapi bila niat kita bercampur dengan cinta dunia, mungkin kedua-dua dunia dan akhirat kita tidak dapat.

Apabila kita dapat menjalankan aktiviti sehari-hari kita dengan hati yang ikhlas kepada Allah, insyaAllah itu akan menjadi kunci yang pertama membuka jalan bimbingan Allah kepada kita ...Kita akan merasa pelik kenapa begitu mudah kita beristiqamah dengan amalam-amalan yang sebelum ini mungkin kita rasa sukar untuk kita lakukan ...Itulah sesungguhnya terkadangkala kita lupa bahawa Allahlah yang akan membimbing kita sesungguhnya, namun kita perlu mencari kunci-kunci rahsia ini ...dan antara kunci rahsia yang pertama saya temui adalah ikhlas kerana Allah yang mempunyai perkaitan rapat dengan Rukun Islam Yang Pertama iaitu Kalimah Syahadah ...


Mahu tahu apa kunci-kunci yang seterusnya ...Ikuti penulisan yang berikutnya nanti ; )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

askm,
sekadar perkongsian ilmu:
'Iman akan lusuh spt mana pakaian jadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kpd allah supaya allah memperbaharui iman kamu'
(hadith:imam ahmad)
Sahabat bertanya,'bagaimana perbaharui iman kami ,ya rasullullah'
Rasullullah:'perbanyakan ucapan lailahaillah'
terima kasih ya allah,terima kasih ummu ayman,byk ilmu yg saya dpt di sini.semuga allah berkati usaha2 kita utk menuju kejalan yg diredhaiNya.amin.

Ummu Ayman berkata...

Wa'alaikummussalam,

Terima kasih atas perkongsian ... semoga kita dipilih menjadi orang-orang yang dikasihi Allah, amin ...