POS TERKINI

Isnin, Julai 13, 2009

Allah ajarkan tentang Redha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Banyak pula saya menulis pada hari ini. Alhamdulillah, ada masa diberikan Allah, saya cuba gunakan masa yang ada untuk sharing kefahaman yang saya perolehi, semoga dapat dimanfaatkan ...

Petang itu pada 7 Julai 2009 saya mohon dari bos saya untuk pulang awal kerana badan saya tidak berapa sihat sejak semalam. Pada hari itu saya menggunakan satu jalan lain yang jarang saya gunakan. Di satu selekoh saya berhenti di belakang sebuah kereta Perodua dan tiba-tiba kereta itu reverse dengan lajunya dan melanggar kereta saya. Bahagian depan kereta terangkat dan kemek. Saya pun terus keluar, begitu juga pemandu kereta di hadapan, seorang anak perempuan berumur 18 tahun yang baru mendapat lesen memandu 2 bulan yang lepas. Ramai orang ditepi jalan yang memerhatikan.

Alhamdulillah saya rasa bersyukur ketika itu ...saya bersyukur kerana pada fikiran saya ketika itu ....It could have been worse ... saya memberikan senyuman kepada anak itu dan mendapatkan particularnya ...saya nasihatkan dengan baik agar setiap kali hendak reserve jangan lupa melihat cermin terlebih dahulu. Dia pun menganggukkan kepala dan memberikan senyuman kembali kepada saya ...

Setelah itu saya pun terus memandu kereta dan dengan perasaan sedar bahawa kemalangan itu adalah ketentuan Allah dan saya berdoa agar Allah mudahkan saya menguruskan urusan membaiki kereta dan claim insurance.

Alhamdulillah dua hari selepas itu iaitu pada 9 Julai 2009, kereta saya siap dibaiki dan beberapa calar yang telah sediaada sebelum ini (sebelum kemalangan) juga telah cantik ditutupkan dengan cat yang baru dan bersinar-sinar ...Saya tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran kerana segalanya ditanggung oleh syarikat insuran.

Saya melihat peristiwa ini sebagai ujian dari Allah samada kita redha atas ketentuanNya. Apabila kita bersabar dan redha insyaAllah, Allah akan menambahkan lagi nikmatNya kepada kita .....

2 comments:

halimatun saadiah berkata...

selama ni saya kerap sangat marah adik-adik saya kalau mereka melakukan kesalahan...
tapi kalau kawan kawan sayamelakukan kesalahan...
saya tidak pula memarahi mereka....
kenapa saya ada sikap atau perasaan seperti itu????
bleh ummi terangkan sikit????

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum

Memang suatu yang agak normal tu Halimatun; orang yang rapat dengan kita seperti keluarga kita tend to take it for granted bak kata orang putih ...kita tak berapa kisah dengan perasaan mereka; bila mereka meninggalkan kita barulah kita menghargai kewujudan mereka di dalam kehidupan kita ...

Adik-adik kita adalah juga hamba ciptaan Allah kan ...punya hati dan perasaan seperti kita juga ...justeru perlu sama-sama kita hormati perasaan mereka betul tak?

Bila kita bersabar, insyaAllah Allah akan balas kesabaran kita dengan berbagai nikmatNya dan menaikkan darjat kita di sisiNya ...