Allah ajarkan tentang Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabaarkatuh,

Pastinya kita dapat merasakan kasih sayang Allah di mana pun kita berada, namun sukar untuk kita merasa seperti orang bercinta dengan kekasihnya apabila membicarakan tentang cinta kepada Allah ....

Alhamdulillah pada satu hari saya diajarkan untuk mengosongkan hati sekosong-kosongnya untuk Allah dan saya tidak dapat mengungkapkan perasaan kebahagian yang dirasakan ketika itu apabila semua yang lain selain dari Allah hilang dan yang ada hanya Allah .... Saya bertanyakan kepada diri saya yang sangat jahil ini ...Inikah syurga di dunia ...kebahagiaan kurniaan Allah merasai cinta dan kasih Allah ...pastinya panjang perjalanan lagi yang harus saya tempuh ....

Kemudian saya terfikirkan suatu perkara yang boleh menghijab kita dari rasa kecintaan kepada Allah ini iaitu apabila kita asyik sibuk mengingati manusia lain di dalam alam percintaan yang pada hakikatnya hanya sebuah ilusi. Ketika itu di fikiran kita hanya ada manusia itu, sering terfikirkannya, membuat sesuatu kerananya dan sebagainya ...Justeru tempat di dalam hati kita yang sewajarnya dimiliki oleh Allah dimiliki oleh insan itu ...dan kebiasaannya Allah akan hilang entah ke mana di dalam kehidupan kita apabila kita di dalam kemabukan cinta sesama manusia.

Maka saya teringat kisah seorang anak perempuan yang berusia 13 tahun ketika itu di mana seperti kebiasaannya anak-anak perempuan akan mendapat 'love letters' dari secret admirersnya di kalangan pelajar lelaki di sekolah. Namun di dalam beberapa pelajar lelaki yang meminatinya, ada seorang pelajar lelaki yang begitu beriya-iya dan bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan cinta anak perempuan ini sehingga kisah ini menjadi bualan mulut di sekolahnya. Maka kerana tidak tahan dengan tuduhan yang diterimanya, maka anak perempuan ini memanggil pelajar lelaki itu dan berkata, "Awak suka saya ke?" dan pelajar itu mengiyakannya. Dan kemudian anak perempuan ini berkata, "Ok, kalau saya suka pada awak, lepas ni kita nak buat apa? Kita nak kahwin ke?" Terkedu budak itu mendengarkan kata-kata anak perempuan ini tadi. Anak perempuan ini yang kini sudah memasuki usia awal dua puluhan menceritakan kepada saya bahawa ketika itu dia berfikir dan bertanya kepada dirinya, apa yang boleh dibuatnya dengan pelajar lelaki itu sekiranya dia menerima 'cinta'nya ... nak call saja untuk berbual tak boleh, nak keluar dating tak boleh, nak saja-saja bersms tak boleh kerana itu semua mengundang kepada tipu daya nafsu yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina dan sebagainya. Saya amat kagum dan terharu kerana pada usia 13 tahun dia boleh memikirkan itu semua. Hingga ke saat ini dia tidak mahu untuk bercouple sebelum berkahwin ... dan yakin bahawa jodoh itu sudah di tentukan Allah. Alhamdulillah ...

Kemudian saya berbual pula dengan seorang anak muda lelaki berusia 18 tahun, boleh dikatakan handsome juga orangnya dan sering menjadi bualan pelajar perempuan ketika di sekolahnya dulu... baru-baru ini dia memasuki salah sebuah universiti tempatan tetapi di peringkat foundation studies. Dia memberitahu saya bahawa terdapat beberapa pelajar wanita yang tak dikenalinya menghampirinya dan meminta nombor telefonnya. Dia memberitahu bahawa dia tidak mahu memberi nombor telefonnya kerana yakin bahawa perhubungan di antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin boleh membawa kepada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar.

Dua kisah ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya betapa di usia muda anak-anak ini mengenal penciptaNya dan tidak mahu tertipu dengan alam pencintaan yang boleh menyukarkan perjalanan mencari cintaNya Allah ...

Kesimpulan penulisan saya ini adalah harapan saya kepada anak-anak muda agar jangan tertipu dengan perasaan cinta dan sayang dengan pasangannya yang belum dikahwininya walaupun sudah berstatus tunang... ini boleh menghijab kecintaan kepada Allah. Yakinlah bahawa jodoh itu telah ditentukan oleh Allah, belum tentu tunang kita akan menjadi isteri / suami kita ... apabila masanya telah tiba untuk kita berumah tangga maka carilah pasangan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu dengan terus merisik dan meminang wanita yang ingin dinikahi ...mungkin agak pelik kata-kata saya ini kerana masyarakat kita sudah terlalu biasa dengan hakikat bahawa setiap anak muda perlu mencari pasangannya dan kekal berkawan ada kalanya sehingga bertahun-tahun barulah berkahwin ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Ulasan

nazzaman berkata…
hm...saya sangat suka baca setiap post akak... mmg best...
utk tajuk ni mmg saya setuju sgt dengan apa yang akak ceritakan...
saya juga banyak mengalamai situasi yang sama dimana beberapa lelaki yang cuba & memujuk nakkan number saya... saya mmg tolak dengan cara baik. tapi yang tak best nye, bila tak dpt number saya... dia kutuk saya habis-habisan...malukan saya depan khalayak ramai... disebabkan itu...saya jadi agak garang dengan lelaki yang saya tak kenal... bukan bermaksud nak buat diorg takut... tapi saya taknak perkara yang sama berlaku lagi. bagi saya, kalo nak berkawan...tak semestinya kita perlu ada number talifon dia.
Ummu Ayman berkata…
Assalamualaikum dek,

Tahniah, tak ramai wanita yang berprinsip macam adek ... memang akak tahu banyak dugaan yang perlu dihadapi terutamanya bile tengok kawan-kawan semua dah bercouple ... Cinta mencintai dlm bercouple tu ibarat fatamorgana ... kita tertipu dengan nafsu ... dan biasanya berkesudahan dengan kesalan. Cintailah Allah, bila lepas solat, luangkan masa bertafakkur ... ingat kebesaran Allah, kasih sayang Allah, kecilnya diri kita dsb ... InsyaAllah ia membantu kita merasa sentiasa dekat dengan Allah ...

Salam