POS TERKINI

Jumaat, Julai 17, 2009

Allah ajarkan bahawa Dialah Yang Mengatur Segala Urusan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sebelum subuh tadi saya sms kan kepada beberapa orang rakan untuk berkongsi sebuah perasaaan ....

"Sekiranya kau tahu indahnya mencintai Allah, kau tidak akan mahu mencintai yang lain ...."

Selama ini mungkin kita sangat mudah tertipu dengan cinta dunia kerana kita tidak dapat merasa indahnya mencintai Allah. Carilah cinta itu ...ia ada terlalu dekat dengan kita ....Seperti kata pak Aa Gym, kalau kita sedang memandu di dalam hujan lebat dan wiper kereta rosak, maka kita akan resah ... resah kerana kita tidak nampak jalan di hadapan, tetapi jalannya ada atau tidak, tanya pak Aa Gym, ada bukan? tapi kenapa kita resah? kerana kita tidak nampak jalan itu ..dan persoalannya, kenapa kita tidak nampak? ada suatu yang menutupi penglihatan kita ...

Berdoalah dengan Ya Allah Ya Waddud ...mohon merasakan cinta Allah, insyaAllah Allah akan mengurniakan kepada kita ... dan apabila kita merasakannya nanti, insyaAllah kita tidak akan mahu mencintai kepada yang lain ..

Pagi ini saya ingin berkongsi pengalaman di mana Allah ajarkan bahawa Dialah Yang Mengatur Segala Urusan

Saya merupakan ahli kepada semua pertubuhan dan seperti kebiasaannya, antara kaedah memilih kepimpinan adalah melalui pencalonan dan undian. Begitu juga dengan pertubuhan yang saya masuki ini ... Sudah agak lama saya tidak berada di dalam kepimpinan di peringkat negeri dan pusat, dan saya fikirkan ingin menyumbangkan fikiran dan tenaga ke arah memperkemaskan lagi saf perjuangan dengan sedikit ilmu pengurusan yang diberikan Allah. Justeru pada tahun ini apabila saya dicalonkan bagi jawatan exco di peringkat negeri, saya pun menerimanya.

Ketika dalam perjalanan ke AGM (Annual General Meeting), saya berbual dengan sahabat saya, Noorita. Ketika itu saya terfikir bagaimana sekiranya saya terpilih, agak sukar saya hendak melaksanakan amanah yang diberikan kerana hampir setiap minggu saya mengadakan program-program motivasi. Kebanyakan mesyuarat di peringkat negeri dan program-program dakwah di adakan pada hujung minggu. Justeru kami pun berbual tentang perkara itu ... Kemudian Noorita bertanya, "macamana?" seketika itu saya katakan kepadanya, "tak apalah Ita, kita serahkan pada Allah, sekiranya ana terpilih, Allah akan mengaturkannya .."

Saya diminta oleh kepimpinan ketika itu untuk mempengerusikan AGM itu. Saya agak terkejut dan merasa risau juga kerana biasanya orang yang mempengerusikan AGM akan menang dengan mudah. Mesyuarat dimulakan dengan pengumuman dari Jawatankuasa Pengundian. Saya sebagai pengerusi menjemput wakil tersebut. Beliau pun memberi taklimat tentang prosidur pengundian dan menyebutkan semua nama-nama yang dicalonkan dan saya terdengar nama saya disebut di dalam senarai itu.

Apabila wakil tersebut ingin mengundurkan diri, ahli-ahli AGM meminta agar calon-calon diperkenalkan. Maka wakil jawatankuasa pengundian pun naik semula ke atas dan menyebut nama-nama calon satu persatu dan calon yang dipanggil pun bangun memperkenalkan diri. Segala Pujian bagi Allah ... Allah menutupkan nama saya dari pandangan matanya dan nama saya telah tidak dipanggil ketika sesi pengenalan itu ....Saya biarkan saja sehingga selesai pengumuman dan saya terus mempengerusikan mesyuarat.

Keputusannya saya tidak terpilih di dalam pemilihan itu dan saya rasa sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang mengatur segala urusan. Saya dapat merasakan ketika itu betapa Allahlah yang sebenarnya menyusun dan mengatur kehidupan kita; kita hanya perlu tunduk, patuh, beriman, bertakwa dan ikhlas kepadaNya, kemudian kita sandarkan seluruhnya kepada Allah seperti bersandarnya bulan, bumi dan matahari ...maka diaturkan Allah perjalanan orbit bulan, bumi dan matahari dengan penuh keteraturan ...Maha Suci Allah yang mengatur segala urusan.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui






6 comments:

halimatun saadiah berkata...

assalammualaikum...
sy salah sorang drpd pelajar yg menghadiri motivasi 3i di TNB...
apabila mendengar kisah ini,saya sedar bhw sudah lme saya lalai dlm mengingati Allah...saya juga sedar bhw Allah yg merancang segala2nya...kita hanya bleh merancang...
saya juga begitu insaf dan t'kejut krn saya tidak sedar selama ini Allah sering mengambil berat akn makhluknya...cuma sy sahaja yg tidak mengetahuinya...saya b'harap segala dosa2 sy bleh diampunkan oleh Allah SWT...Amin....

Ummu Ayman berkata...

Waalaikummussalam,

Halimatun Saadiah,

Sememangnya kita sebagai manusia sering lupa dan lalai, saya juga tidak terkecuali tapi kita perlu kembali segera ingat kepada Allah dan segala kasih sayang dan nikmatNya yang kalau kita hitung satu persatu dari kita kecil dulu memang tak tertahan airmata yang bercucuran ...

Kesedaran kita ini juga adalah nikmatNya, alhamdulillah ...

Terima kasih Halimatun, berminat jadi fasi?

Salam Sayang
Ummi

halimatun saadiah berkata...

sy nk ucapkn terima kasih dan bersyukur krn dpt menghadirkan diri dlm motivasi yg ummi anjurkan....
mmg tersangatlah rugi jika sy tidak hadir dlm kem 3i.....
untuk pengetahuan ummi,dulu saye slalu tinggal solat....
saya slalu leka dlm dunia saya sndiri....
saya tidak sedar saya hanya dihidupkan oleh ALLAH di dunia ini hanya sementara....
saya tidak menghargai segala apa yg dikurniakan kpd saya....
dulu saya cepat sngt marah kalau ada bende yang tak kene....
dan saya juga tidak kisah kalau kwn nasihatkan saya untuk pergi bersembahyang....
saya juga leka dan lupa dalam mengingati ALLAH....
saya lupa dlam mengingati ALLAH yg telah menghidupkan saya di dunia ini...
saya lupa utk berzikir kepada ALLAH....
saya juga lupa untuk berselawat kpd ALLAH....
saya sedih dan menyesal sangat....
tetapi lps saya pergi kem 3i hari 2....
saya sedar apa yg ummi ckp sangat berguna dan bermanfaat utk saya....
saya sedar yang saya hanya manusia biasa yang sngt hina dan kecil di sisi ALLAH....
sekarang ni....
alhamdulillah....
saya dah kerap solat....
saya juga tak cepat marah...
kalau dulu kwn nasihatkan saya untuk pergi solat,sekarang saya pula yang mengajak mereka utk solat....saya sangat beruntung dpt pergi ke kem yang ummi anjurkan...
kalau bleh saya tahu...
kem 3i ni telah menyedarkan saya ttg besarnya ALLAH.....
bile ummi nk buat lagi kem mcm ni????
saya ni pantang diajak...
teringin jugak saya untuk jadi fasi....
boleh ke????
hehehe....

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum Halimatun Saadiah,

Alhamdulillah, sebenarnya Allah yang berkehendakkan untuk mengalirkan kefahaman itu ke dalam jiwa Halimatun ...Ummi dan kawan-kawan Ummi hanya menjadi alat Allah saja ...banyakkan bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Allah yang sangat menyayangi diri kita ...

InsyaAllah kalau Halimatun berminat untuk jadi Fasi boleh ... tapi kami selalu buat program di KL. pada 15 dan 16 Ogos ini ada program untuk belia 18 - 30 tahun ...Mungkin kalau buat untuk remaja lebih sesuai kOt? InsyaAllah cuti bulan 12 nanti ada program untuk remaja, boleh jOin untuk jadi Fasi :)

Salam Sayang dari Ummi

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Puan,
Tulisan puan amat mengharukan, di samping rasa terharu ada juga rasa aman yang timbul kerana mendapat sedikit petunjuk dari tulisan puan yang betul betul menyentuh hati norani saya. Walau pun saya tergulung dari kumpulan warga emas, tetapi banyak yang saya perolehi ababila membaca tulisan Puan. Terima kasih dan tulislah lagi agar dapat jadi renungan kepada saya dan orang orang seperti saya yang mencari sesuatu tetekala kami hanya telah hampir sampai di penghujung jalan

Salam dari saya,
Warga emas.

Ummu Ayman berkata...

Wa'alaikummussalam kak,

Segala puji kita panjatkan pada Allah yang menurunkan sakinah itu ke dalam jiwa kita ... InsyaAllah silakan akak berkongsi juga pengalaman bersama kami di sini kak ...

Salam
Ummu Ayman