Allah Ajarkan Bahawa Dialah Majikan Saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Penulisan ini telah saya tulis pada bulan Mac yang lalu tetapi tidak sempat saya uploadkan ke dalam blog ini. Semoga sedikit sharing ini dapat memberikan ilmu dan kefahaman ...


5 Rabiulawal 1430H / 2 Mac 2009

Alhamdulillah pada hari ini ketika solat zuhur dan selepas solat zuhur Allah Ya Fatah membukakan mata hati saya untuk melihat hakikat hubungan seorang hamba dengan TuhanNya. Ketika saya membaca al-fatihah, Allah menampakkan saya satu bayangan yang dapat saya lihat dengan jelas. Apabila seluruh alam ini di gelapkan maka kemudian akan ternampaklah saya seorang sebagai hamba dan Tuhan saya sebagai master saya. Dalam gambaran itu jelas hanya ada saya dan Tuan saya (Allah) – seluruh alam dan isinya telah disamarkan.

Sebelum solat, saya agak tidak focus kepada Allah kerana sedang sibuk memikirkan banyaknya assignment yang perlu saya siapkan dan fikiran saya agak stuck kepada assignment untuk dipresentkan pada keesokkan harinya. Kemudian saya betulkan fikiran saya agar meletakkan focus kepada Allah dan tinggalkan segala perkara selain dari Allah dari ingatan saya dan ketika itulah gambaran di atas muncul dalam fikiran saya. Saya dapat melihat bahawa kehidupan saya perlu hanya focus kepada Allah kerana Allahlah Tuan saya (My master). Saya di dunia ini atas agendaNya. Saya boleh membayangkan seolah-olah ada tali yang mengikat saya dengan Tuan saya. Saya perlu mengikuti kehendak Tuan saya kerana dia adalah Tuan saya dan saya adalah servantNya. Justeru tidak kira apa saja yang saya lakukan spt buat assignment di pejabat, saya adalah servantNya …dan saya perlu sentiasa ingat kepadaNya, mengikut kehendak dan agendaNya …maka bila tiba waktu solat, seharusnya saya tidak ingatkan perkara lain kecuali kembali kepada Tuan saya Allah dan mengingat kembali apa yang dikehendaki oleh Tuan saya kepada saya kerana saya adalah servantNya yang tidak ada pilihan melainkan untuk patuh kepada Tuan saya …

Kemudian selepas solat Allah mengilhamkan lagi tambahan sesuatu. Ketika itu saya sedang di dalam lif untuk menuju ke kereta saya. Allah menampakkan saya bahawa sekiranya saya sudah nampak jelas Allahlah master saya, maka Allahlah yang akan memberi saya gaji setiap bulan …kerana saya adalah servant Allah, saya adalah pekerja Allah, pekerja yang bekerja selama 24 jam sehari tanpa henti… maka Allah sebagai Tuan saya yang memberi gaji saya. Maka jelaslah kelihatannya pada mata hati saya bahawa sekiranya saya adalah pekerjaNya yang berdisplin, mengikut etika pekerjaan yang ditetapkan kepada saya, tidak mengkhianati Majikan saya, melaksanakan semua KPI yang telah ditetapkan saya dengan cemerlangnya, maka Tuan saya akan memberikan gaji dalam bentuk rezeki kepada saya….Inilah rezeki yang diberkatiNya …rezeki dariNya. Seperti firman Allah lebih kurang maksudnya sekiranya penduduk bumi itu bertakwa kepada Allah nescaya Allah bukakan pintul langit dan menurunkan rezeki …

Alhamdulillah pertama kali dalam hidup saya Allah menganugerakan keyakinan yang mantap bahawa Allahlah pemberi rezeki …selama ini sering diucapkan bahawa Allahlah yang memberi rezeki tetapi pada hakikatnya ianya hanya ungkapan di bibir tetapi dihati tidak mampu meyakini bahawa Allahlah sumber rezeki…

Segala Pujian bagi Mu Ya Allah, yang menciptakan kami, langit dan bumi, bulan dan matahari. Engkaulah Ya Hadi yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya aku milikMu Ya Rabb …


Ulasan