POS TERKINI

Khamis, Mac 19, 2009

Allah Ajarkan Tentang Solat Khusyuk

Assalamualaikum wr. wb.

Sudah lama saya tidak berpeluang untuk menulis di blog saya ini. Itulah ketentuan Allah ... masa itu milikNya.

Alhamdulillah berbagai perkara yang telah saya lalui beberapa bulan yang lalu. Saya ingin berkongsi apa yang telah saya dapat beberapa hari yang lalu.

Buku Perlatihan Solat Khusyuk telah saya habis baca. Namun, saya masih tidak berpuas hati kerana masih banyak isi yang ingin disampaikan oleh Pak Abu Sangkan tidak dapat saya fahami dan hayati melalui buku itu. Apabila saya mula menulis di blog, saya mula rasakan bahawa kita tidak dapat impart knowledge dengan sepenuhnya melalui penulisan. Apa yang saya tulis di blog ini contohnya hanya mungkin 50% saja dari apa yang saya dapat sharekan secara face to face. Justeru saya bertekad untuk pergi ke Indonesia dan belajar dari Pak Abu sangkan.

Alhamdulillah pada 13 Mac 2009 yang lalu kami tiba di Jakarta. Saya dan rombongan berpeluang mengikuti latihan solat khusyuk dari Pak Abu. Kami sangat gembira kerana rupanya untuk mendapatkan solat khusysuk itu adalah tidak sukar. Dapat bertemu dan berbincang sendiri dengan Pak Abu Sangkan mengenai Solat Khusyuk pastinya suatu yang sangat menggembirakan.

Alhamdulillah saya telah dapat memahami dan menghayati dengan lebih baik lagi apa yang cuba diajarkan oleh Pak Abu Sangkan. Saya sungguh bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan ini.

Untuk menulis tentang solat khusyuk itu pastinya bukanlah kemahiran saya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari website shalat center. Buku ori tentang perlatihan solat khuysuk ini tajuknya Perlatihan solat Khusyuk.


Semoga Allah mengurniakan kita petunjuk dan hidayahNya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

6 comments:

hajar berkata...

salam wbt..
alhamdulillah selamat pulang ke malaysia akhirnya..(nnt boleh ajar pada sy pulak,insyaAllah =) )
ni hajar..nak mintak izin link blog..=P

yes berkata...

Alhamdulillah, kepada sahabat sahabat yang telah mempelajarinya di ucapkan tahniah. Kak Sal harap ada pehak yang akan berusaha untuk membawa Pak Sangkan ka KL agar ramai yang akan dapat
mempelajarinya dari beliau, jika that is not possible, harap puan puan yang telah mempelajarinya dapat mengajar kami pula.
Salam sejahtera.

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih K Sal dan Hajar ...

Hajar, insyaAllah tak ada masalah untuk linkkan ..dialu-alukan semoga kita sama-sama saling membantu ..Terima kasih kerana membantu urusan kami ke Jakarta dahulu, hanya Allah saja yang dapat membalasnya ...

K. Sal, insyaAllah Pak Abu Sangkan pun telah bersetuju untuk datang ke Malaysia ...saya dah bookkan seats untuk akak dan suami :) untuk Hajar juga ya ...

Salam Mesra

halimatun saadiah berkata...

assalammualaikum ummi...
saya slalu mesej dengan kak zizie..
bile saya tnye die buat ape hari ni...
kak zizie kate die ada kem solat khusyuk...
di kesempatan ini...
saya ingin bertanyakan kepada ummi...
ape yang dimaksudkan dengan solat khusyuk tu???
bleh ummi ceritakan sikit???

Ummu Ayman berkata...

Assalamualaikum Halimatun Saadiah ...

Maaf, ummi termiss pertanyaan Halimatun nie ..dah lama juga ya dalam bulan april ...

Panjang kalau ummi nak cerita tentang solat khusyuk tepi ummi sebutkan secara ringkas je lah ya ...InsyaAllah bulan Disember nanti ummi nak anjurkan Kem Solat Khusyuk untuk remaja dan nanti Halimahtun boleh jOin ...

InsyaAllah Allah ada menyebutkan dalam Al-Qur'an bahawa solat itu b0leh mencegah perbuatan keji dan mungkar ... tapi sudah berapa lama kita sOlat ..tapi masih mudah mengumpat bukan ...mudah marah bukan ...Kenapa ya ...

Itu adalah kerana s0lat kita tidak khusyuk ..

Khusyuk ...bermula dengan hati. Asal perkataan khusyuk adalah lunaknya hati, kelembutan, ketenangan, ketundukan...Bila hati khusyuk maka khusyuklah pendengaran, penglihatan, kepala, wajah dan seluruh angota badan ..


Solat Khusyuk yang ummi maksudkan adalah kita rasa ada hubungan dengan Allah ketika solat, dihati kita munculnya rasa cinta, kasih, tunduk dan merendah diri kepada Allah dengan dibantu gerakan-gerakan solat dan bacaan-bacaan solat yang Allah telah tetapkan di dalam solat.

Di hati kita membesarkan Allah ketika bertaksbir, Mencintai Allah ketika kita berbisik penuh syahdu sambil membaca Al-Fatihah, Kita rasa hormat pada Allah ketika kita rukuk, dan kita rasa sebagai hambaNya yang sangat mencintaiNya ketika bersujud ...

Khusyuk banyak berkisar dengan persoalan rasa ...tempatnya di hati ... namun sebelum ini kita selalu solat tetapi banyak berkisar dengan gerakan tubuh badan saja tanpa ada rasa dihati ...

InsyaAllah kekhusyukan dalam solat akan terbawa secara otomatis apabila kita di luar solat. hati kita akan lembut untuk bersabar, tidak suka mengumpat dan sentiasa mengingati dan mencintai Allah sehingga kita tidak akan mahu melakukan dosa dan maksiat ...Maka Solat yang khusyuk itu mencegah kita melakukan perbuatan keji dan mungkar ..

Ini hanya secara ringkas saja, Khusyuk dalam Solat boleh dipelajari kerana tidak sukar sebenarnya dan InsyaAllah ummi dan kawan-kawan sekarang anjurkan halaqah solat khusyuk sebulan sekali dan pelatihan solat khusyuk 2 hari pada tarikh-tarikh yang ditetapkan yang akan ummi umumkan di blog ini ...

Jom kita khusyuk dalam solat ..

Sayang
Ummi

ijoismart berkata...

Salam

Selepas saya membaca di blog ini saya begitu ingin sangat mengikutinya. Blehkah jika saya ingin mengikutinya? Bagaimanakah caranya? tk

Zol,
Sungai Petani
Kedah