Rabu, Februari 04, 2009

Allah Ajarkan Tentang Solat

Alhamdulillah pada hari ini saya share dengan seorang rakan sekerja tentang training esq yang dapat men'transform' seseorang sehingga mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya ...Bila kita share ilmu dengan hamba-hamba Allah, saya mendapati Allah akan mengajarkan kita ilmu yang baru atau meningkatkan lagi kefahaman kita...Itulah Allah Ya Alim, segala kunci ilmu padaNya ... maka tidak berbeza apa yang berlaku hari ini di mana Allah mengajarkan saya antara tujuan Dia ciptakan Solat ...






Allah telah mengilhamkan dan membuka mata hati saya melihat hakikat penciptaan Solat ...Bayangkan sebuah jam .... Kenapa jam ini tidak berjalan jarumnya? Kerana baterinya tidak ada bukan ...


Apakah yang terjadi apabila bateri dimasukkan? Maka jam ini kita katakan 'hidup' dan apabila tiada bateri, kita katakan jam ini 'mati' ... bateri itu membekalkan tenaga yang menghidupkan jam ...


Begitu jugalah hati kita ...bila hati kita tidak ada tenaga yang menghubungkannya dengan Allah, maka hati itu (seperti jam tadi) akan mati ...


Tapi bila hati itu sentiasa diberikan tenaga yang menghubungkannya dengan penciptanya, maka hati itu akan sentiasa hidup ... damai, tenang dan jernih.



Mengingati Allah itu adalah zikir ...maka zikir itulah bateri yang memberikan tenaga kepada hati dan jiwa manusia ...Maka seseorang yang sentiasa mengingati Allah sentiasa mempunyai bateri yang membekalkan tenaga bagi menghubungkan hati kepada Allah...


Justeru, apa kena mengena dengan solat ... Sememangnya hati kita sentiasa berusaha untuk merasa Allah bersama ... namun dalam kita melaksanakan tugasan seharian di tempat kerja (yang merupakan tuntutan kepada Allah juga), kadangkala kita lalai dalam mengingati Allah bukan? Bila kita sampai ke rumah dari tempat kerja (mungkin sudah jam 7 malam), kita rasa hati kita resah, kosong ...bateri kita sudah weak ... bateri yang memberi tenaga menghubungkan hati kepada penciptanya ...itulah sebab hati itu rasa gelisah kerana hati itu fitrahnya ingin sentiasa mengingati Allah ...


Maka antara tujuan Allah ciptakan solat agar kita kembali dapat memfokuskan ingatan kepada Allah ...Tinggalkan apa saja kerja yang sedang kita buat ... kembali ingat pada Allah ... agar bateri kita di recharge dan hati kita kembali dihubungkan dengan Allah. Jadi di tempat kerja kita ada dua peluang untuk recharge bateri iaitu ketika solat zuhur dan solat asar ...dan tambahan solat dhuha bagi mereka yang sering mengerjakannya ... bayangkan dua atau tiga kali peluang recharge bateri (bateri handphone sekali recharge cukup kan ..)


Namun ...bagaimana solat kita seharian? Kita bukannya mengingati Allah tetapi mengingati perkara-perkara lain dalam solat kita ...kita lalai dalam solat ... selepas membaca niat mengerjakan solat, kita tidak tetap atas niat itu dan kita buat berbagai perkara dalam solat seperti fikirkan masalah anak, pergi shopping dan sebagainya ... maka itulah sebabnya walaupun kita solat namun bila kita kembali dari tempat kerja, hati kita masih resah dan masih kosong kerana solat kita tidak dapat me'recharge' bateri yang menghubungkan hati kita dengan penciptanya ...


...Hanya Allah Ya Alim Yang Maha Mengetahui ...


Salam

6 ulasan:

musalmah berkata...

Assalamualakum,

Tahniah. Dua artikal yang menyentoh pemikiran secara mendalam. Teruskan usaha.

Semoga ALLAH sentiasa merastui segala usaha anda yang murni ini

Ummu Ayman berkata...

Waalaikummussalam kak, terima kasih atas galakan. Semoga Allah Ya Qawwiy (Yang Maha Kuat) akan menguatkan keimanan kita kepadaNya dan semoga Allah Ya Matin (Yang Maha Kukuh) akan mengukuhkan lagi keyakinan kita kepadaNya. Amin.

yes berkata...

Assalamualaikum,
Saya tertunggu tunggu kemunculan tulisan puan seterusnya.
Salam.

Ummu Ayman berkata...

Waalaikummusalam,

Terima kasih atas galakan yang diberi. InsyaAllah semoga Allah memberi kekuatan bagi saya untuk terus sharing.

Terima kasih

yes berkata...

Assalamualaikum,

Teruskan menulis, kerana tulisan puan amat baik untuk di jadikan pedoman hidup. Jangan biarkan kesebukan hidup seharian menghentikan puan menulis.

Semoga puan sentiasa sehat walafiat dan di beri ilham dan tenaga untuk terus menulis.

Ummu Ayman berkata...

Waalaikummusalam,

Terima kasih sahabat atas galakan yang sangat memberi semangat. InsyaAllah semoga Allah memberikan daya kekuatan untuk saya menulis dan berkongsi ilmu dan kefahaman dari Allah ...