Isnin, Februari 09, 2009

Allah Ajarkan Tentang Haji

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah dipilih Allah untuk menjadi salah seorang dari jutaan tetamuNya menunaikan Haji pada tahun 2008. Itulah pertama kali saya menunaikan haji dan kali kedua saya ke Tanah Suci Mekah.


Antara doa yang sering saya pohon ketika di sana adalah ..Ya Allah ajarkan padaku kenapa Kau ciptakan Haji ...

Alhamdulillah Allahlah Ya Hadi, Yang Memberi Petunjuk dan Ya Mujiib, Yang Memperkenankan Permintaan HambaNya ... maka begitu banyak Allah mengajarkan saya antara tujuan diciptanya Haji .... telah lama saya ingin mengumpulkan apa yang diajarkan kepada saya dan alhamdulillah Allah Ya Menentukan segalanya telah mengtakdirkan saya dapat mula menulisnya saat ini ...


Haji ada merupakan satu latihan hebat yang dicipta Allah yang mampu mentransformasikan seseorang hamba Allah. Dalam bahasa Human Resource Development, mereka menamakan latihan sebegini sebagai Transformational Learning ...satu proses pembelajaran dan latihan yang dapat mentransformasikan manusia ...contohnya seorang yang ditimpa Allah penyakit kanser ....kalau sebelum itu dia tidak solat maka apabila ditimpa penyakit kanser ia boleh membuatkan dia menjadi seorang yang bukan sahaja solat tetapi membaca Al-Qur'an setiap hari, solat tahajud dan sebagainya ...Pengalamannya ditimpa Penyakit Kanser itu dinamakan Transformational Learning .... Contoh yang lain adalah seorang surirumah yang tidak pernah bekerja kehilangan suaminya ....ia akan melalui transformational learning juga di mana apa yang dialaminya akan mengubah dirinya menjadi seorang yang berdikari, cekal, berani dan sebagainya ...

Bukan mudah untuk mengubah tabiat manusia. Seorang yang pemarah mungkin menyedari bahawa perbuatannya menyakiti orang lain itu salah tetapi bagi beliau mengubah perangainya menjadi seorang yang penyabar merupakan satu proses yang sukar dilalui ... mudah kita menasihati dengan lidah supaya jadi penyabar tetapi hakikat bagi orang itu untuk melakukannya sukar ...

Allah menyediakan banyak latihan yang dapat mengubah sikap manusia dan mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang suci ... hanya manusia saja yang tidak menyedari latihan-latihan yang Allah sediakan itu ...dan salah satu latihannya yang hebat adalah Haji ...

Banyak modul-modul latihan yang saya perolehi dari pengalaman Haji dan salah satunya yang paling penting pada saya ialah rukun Haji yang pertama iaitu Niat.

Niat mengikut hukum fekahnya ialah kita menyatakan dalam hati bahawa kita ingin melakukan haji kerana Allah ... namun pada hakikatnya Niat itu adalah kita membulatkan seluruh jiwa kita semata-mata kerana Allah tanpa dicemari oleh apa-apapun seperti kerana dunia dsb.

Sebelum bertolak ke Mekah, saya sangat mengambil berat tentang niat ini ...saya sentiasa ingatkan kepada diri saya agar membulatkan seluruhnya kerana Allah ...saya masukkan jauh perasaan itu ke dalam lubuk hati saya ...Aku datang Ya Allah, Aku datang Ya Allah ...hanya keranaMu ...tidak ada niat untuk shopping, niat untuk melihat negara orang, niat untuk melancung, niat untuk dapat berehat seketika dari rutin kerja atau apa saja ...

Saya merasakan bahawa hati itu perlu dikosongkan dari perkara2 selain Allah ...kerana bukankah hati itu tempat bertanamnya iman? Bagaimana iman dapat subur di dalam hati yang dipenuhi dengan cinta dunia seperti pangkat, harta, anak, keseronokan dan apa saja ...

Sampai saja di Mekah, saya melihat jemaah haji sibuk dengan membeli belah ...lepas solat shopping, sebelum solat shopping ... Jiwa saya resah ... pada pandangan saya apabila kita sibukkan diri dengan shopping maka fikiran kita sudah tidak fokus, hati kita terganggu dengan barang-barang yang kita beli ....samada dari segi kecantikannya, harganya yang mahal atau apa saja yang mengganggu jiwa kita ...

Justeru saya bertekad untuk tidak pergi membeli belah kecuali jika keperluan mendesak seperti terpaksa membeli ubat, sabun ... itupun saya pastikan saya hanya pergi ke kedai yang ada menjualnya dan tidak ke kedai-kedai lain Hati saya tertutup untuk shopping di sana ... saya fokuskan hati dan fikiran hanya untuk Allah ... Saya kurangkan berbual2 kosong kerana khuatir hati akan jauh dari Allah ... Saya isikan masa sebaiknya agar hati dan jiwa saya sentiasa lekat pada Allah ...Itulah latihan yang saya lalui sepanjang di sana ...

Sekarang a;hamdulillah saya sudah kembali ke Malaysia ... Cuba bayangkan, ramai yang mengatakan bahawa kerja kita adalah ibadah ...kerja kita adalah kerana Allah ...memang mudah kita menyatakan dibibir namun cuba lihat jauh ke dalam hati kita ... dan secara jujurnya nyatakan mudahkah kita merasakan dalam hati bahawa kita pergi kerja setiap pagi kerana Allah? Sukar bukan? Itulah juga yang saya rasakan dulu ...

Sekarang cuba bayangkan seorang jemaah haji yang dilatih sepanjang tempohnya di Tanah Suci Mekah agar memfokuskan hati dan jiwanya serta fikirannya bahawa kehidupannya hanya untuk Allah ...fikirannya dilatih sentiasa mengingati Allah ...dilatih setipa hari, setiap ketika dan kemudian ia balik ...sewajarnya apabila di kembali ke Malaysia, dan ketika hendak pergi kerja, adalah lebih mudah ia merasakan bahawa kerjanya adalah sebahagian dari penyerahan hidupnya kepada Allah kerana dia telah melalui latihan intensif yang hebat ....Maka satu proses transformasi telah berlaku ...

Namun sekiranya kita ke sana menyibukkan hati dan fikiran kita dengan membeli belah, berbual-bual kosong, tidur sesuka hati kita, makan dan minum berlebih-lebihan, sehingga hati kita jauh dari Allah, hati kita lalai dari Allah ...maka kita mungkin tidak dapat melalui satu latihan hebat yang Allah sediakan ini ...justeru bila kembali ke Malaysia, kita masih sukar menyerahkan seluruh kehidupan untuk Allah ...

Allah berfirman dalam satu Hadis Qudsi:-

"Aku sediakan syurgaKu untuk hambaKu, Namun sebelum engkau masuk ke dalamnya, telah aku halau iblis darinya. Tempat Ku di dunia ini adalah dihati hamba-hambaKu. Maka sudahkah kau bersihkan hatimu dari selainKu"


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui



Wassalamualaikum.

2 ulasan:

Kajang berkata...

MasyaAllah! I'm blessed with a friend like you. I've learned a lot from u. Please..... write more. I know I will always learn something new from you.

Tapi jangan pula menyangka Kak Nora ada perasaan ujub kerana pujian ini. Sentiasa ikhlaskan niat, I know you are always ikhlas.

Ummu Ayman berkata...

Salam, thank you for the encouragement :) Pujian juga satu ujian kan ... semoga Allah bantu kita dalam mengikhlaskan niat hanya untukNya.