Khamis, Disember 31, 2009

Allah Ajarkan Tentang Berjihad di JalanNya

Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Pada pagi ini saya ingin berkongsi pengalaman diajarkan Allah tentang berjihad di jalanNya ... Pengalaman ini saya perolehi pada suatu waktu dahulu ...

Istilah jihad ini sememangnya sudah tidak asing bagi saya ... Sejak dari usrah di universiti dulu saya diajarkan untuk sentiasa berjihad di jalan Allah ... infaqkan kehidupan untuk menegakkan agama Allah ... begitu bersemangat sekali bila berbincang bab jihad di dalam usrah ... Jihad menjadi suatu yang manis di hati sanubari kami ... amat malang pada hari ini Jihad dilihat sebagai keganasan, terrorism padahal Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu jiwa dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, mereka berjihad di jalan Allah dan di antara mereka ada yang terbunuh dan ada yang membunuh ... demikianlah Allah menceritakan di dalam Al Qur'an. Apa yang saya ingin kongsikan pada pagi ini bukanlah pengertian jihad yang saya lalui di usrah-usrah dan di program-program tarbiyah yang saya ikuti tetapi perlaksanaan jihad pada hari ini yang diajarkan Allah kepada saya ...

Pada peperangan antara tentera Israel dan Hamas baru-baru ini, ramai orang-orang Palestine dibunuh kejam ... masih ingat lagi? Anak-anak dibunuh, gas-gas beracun dihamburkan oleh tentera Israel, wanita-wanita tua juga turut menjadi mangsa pembunuhan kejam ... Hati saya sangat terhiris oleh peristiwa tersebut ... mereka adalah saudara-saudara saya tapi apa yang saya lakukan ... Justeru saya menginfaqkan wang yang saya ada bagi membantu mereka ... Saya ingatkan kepada sahabat-sahabat seusrah saya agar beri sebanyak yang boleh kerana pemberian ini bukan sekadar untuk program kebajikan biasa tetapi demi menyelamatkan saudara-saudara kita di sana yang sangat mengharapkan bantuan saudara-saudara seIslam mereka.

Setelah itu pada suatu malam sebaik pulang dari suatu program, saya duduk di ruang tamu di rumah saya dan terus mengambil remote control TV untuk menukar channel. Suatu yang amat jarang saya buat ... saya jarang menonton TV apatah lagi ingin menukar channel, saya agak pelik .. apatah lagi waktu telah malam ... Tapi itulah yang kadang-kadang kita tidak nampak dan tidak faham ... Allah akan memaksa kita mengikut kehendakNya, itulah yang berlaku pada saya pada malam itu. Saya duduk di sofa dan akhirnya saya bertemu dengan siaran filem Kingdom Of Heaven, kalau tak silap di TV3. Saya pun menonton filem tersebut sampai habis.

Alhamdulillah, kesyukuran yang tak terhingga saya mendapat pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan saya sehingga dapat mengubah arah perjalanan hidup saya insyaAllah... Suatu yang tidak dapat saya beli dengan wang sejuta pun .. Itulah hidayah Allah, tak ternilai harganya ...

Kingdom of Heaven adalah sebuah filem yang dibuat oleh seorang non-muslim (American) yang menceritakan tentang Baitul Maqdis dan kegigihan Salahuddin al-Ayyubi untuk mendapatkannya kembali. Bertahun-tahun lamanya orang-orang Islam di Baitul Maqdis hidup menderita, disiksa dan dibunuh oleh orang-orang Kristian yang memerintah ketika itu ... Mereka menghalau orang-orang Islam dari tanah air mereka sendiri ... Salahuddin al-Ayyubi dengan keyakinan yang mendalam kepada Allah, keikhlasan berjihad di jalan Allah dan kekuatan tentera yang begitu hebat akhirnya berjaya menawan kembali Baitul Maqdis setelah beratus tahun Baitul Maqdis di bawah pemerintahan orang-orang kafir. Pihak tentera Kristian cuba menawan kembali dengan beberapa siri Perang Salib setelah itu tetapi tidak berjaya ...Akhirnya mereka menyedari bahawa untuk menawan orang-orang Islam ini bukan melalui peperangan bersenjata tetapi melalui minda mereka. Justeru usaha disusun cukup terancang untuk melalaikan orang-orang Islam dari keyakinan kepada Allah dan dari cara hidup Islam yang sebenar ... dan inilah yang berlaku pada hari ini .. orang-orang Islam lalai dengan hiburan, keseronokan yang dicipta oleh orang-orang kafir... Orang-orang Islam berlumba-lumba mencari harta kekayaan untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri sehingga kepentingan Islam sudah jauh terpisah dari diri dan kehidupan mereka ... Jihad sudah pudar dan hampir dilupakan, malah dilabel sebagai suatu yang negatif. Justeru, lihat saja hasilnya ... Baitul Maqdis kini jatuh kembali ditangan orang-orang kafir dan saudara-saudara Islam kita kembali menderita, disiksa dan dibunuh ... Perancangan mereka berjaya!

Sebaik selesai menonton filem tersebut, saya diajarkan oleh Allah untuk menjadi Salahuddin al-Ayyubi ... tetapi jihad saya bukanlah dengan peperangan bersenjata seperti Salahuddin al-Ayyubi tetapi peperangan dengan minda orang-orang Islam. Saya diajar untuk membangunkan mereka dari tidur yang panjang, sedarkan mereka kembali bahawa selama ini kita telah ditipu dan dilenakan oleh golongan kuffar yang sentiasa ingin menghancurkan Islam. Inilah jihad yang diperlukan pada hari ini ... Kita perlu menyedarkan anak-anak muda yang penuh potensi di luar sana bahawa kita perlu bangun kembali dengan berbekalkan keyakinan kepada Allah dan mendapatkan sebanyak ilmu yang ada untuk kita bangunkan kembali ummah ini, untuk kita bangunkan kembali Islam dan akhirnya menggantikan Salahuddin al-Ayyubi untuk membebaskan Baitul Maqdis .... Siapa lagi yang menjadi harapan ummah kalau bukan dengan kita .... Kita mulakan apa saja yang boleh kita sumbangkan, jangan tunggu orang lain ... InsyaAllah Allah akan sentiasa membantu dan memberikan pertolongan.

Salahuddin al-Ayyubi telah lama meninggalkan kita ... Walaupun beliau mengakhiri kehidupannya dengan kejayaan menguasai dan membebaskan begitu banyak jajahan tetapi ketika hendak mengkebumikan jenazahnya, wang yang ada padanya tidak cukup untuk perbelanjaan pengurusan jenazah kerana hampir semua wang yang ada padanya telah diinfaqkan ke jalan Allah .. Itulah Salahuddin al-Ayyubi ... dihormati kawan dan lawan dan insyaAllah rohnya kini berbahagia bersama kekasih yang dicintainya ... masih adakah Salahuddin al Ayyubi di kalangan kita? Kuatkan hati, beranikan diri dan jawab, ya, saya ...

Selasa, Disember 22, 2009

Allah ajarkan bagaimana cinta sesama manusia menyuburkan cinta kepada Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar semua? Agak lama saya tidak berpeluang untuk menulis di blog ini. Alhamdulillah pada pagi ini walaupun badan saya masih letih tetapi 'mood' menulis itu ada ... Saya agak sibuk lebih kurang sebulan yang lalu ...

Masih ingat pengendalian Konsert Amal bersama OPICK yang kami jalankan baru-baru ini? Sebaik sahaja konsert selesai dan semua tetamu telah pulang, saya seperti biasa ke tempat kerja menyambung tugasan di pejabat. Pada pagi itu saya mempunyai tugasan luar dan ketika memandu saya berkata kepada Allah betapa peliknya saya rasa ... konsert yang dijalankan telah mengalami defisit tetapi saya tidak rasa kehilangan ... malah pada pagi itu saya rasa tenang dan gembira ... kemudian saya katakan kepada hati kecil saya .. mungkin kerana apabila wang yang ada kita pulangkan kepada Allah, kita rasa gembira dapat menyumbang di jalanNya ...itulah kata-kata yang berkisar di fikiran dan hati saya ketika itu ...

Lebih kurang 30 minit selepas itu saya mendapat panggilan telefon dari seorang Pengurus Besar di sebuah agensi kerajaan yang meminta saya mengendalikan sebuah program ala karnival - konsert dengan kehadiran 15000 - 25000 orang katanya ... Nora tolong buat proposal ... terkedu saya dibuatnnya ... sukar untuk saya percayai ... bertambah yakin dihati saya ketika itu bahawa Allah akan menggantikan apa saja yang kita infaqkan di jalanNya ... tapi di dalam peristiwa ini, begitu cepat ia berlaku ...

Alhamdulillah program tersebut telah pun selesai diurus Allah dengan cukup sempurna. Program yang sepatutnya diadakan di stadium telah diadakan di sebuah kompleks besar dengan kehadiran peserta dikurangkan atas beberapa sebab. Program berjalan dengan begitu baik dan lancar. Cuaca di sepanjang program dijalankan tidak panas dan rata-rata Pengurus Besar itu memaklumkan kepada saya bahawa para peserta sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Saya bersyukur kehadrat Allah yang memberikan pertolonganNya dan saya begitu terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa dan urusetia yang sama-sama mengendalikan karnival/konsert tersebut. Ada yang bekerja terus sampai jam 4 pagi, ada yang tidak tidur di apartment yang disediakan tetapi tidur di kompleks tersebut pada malam hari sebelum program dijalankan. Walaupun begitu letih dengan persiapan pada malam sebelumnya tetapi semuanya kelihatan ceria pada hari program diadakan dan sangat bertimbang rasa di antara satu sama lain ... Itulah nikmat Allah yang sangat saya syukuri dikurniakan sahabat-sahabat dan anak-anak muda (kebanyakannya pelajar universiti) yang komitted memberikan yang terbaik semata-mata kerana Allah. Pastinya mereka ini sangat dekat di hati saya insyaAllah buat selama-lamanya.

Saya telah mencadangkan kepada pengurusan agensi kerajaan tersebut untuk menjemput OPICK, Ina Naim dan Suhaimi bagi menyerikan acara persembahan dan segmen Santai Bersama Selebriti. Alhamdulillah persembahan hebat OPICK di majlis perasmian telah memukau hadirin yang datang termasuk Menteri Besar yang turut hadir. Begitu juga Ina Naim dan suaminya Suhaimi telah menarik perhatian peserta sehingga saya lihat seorang pakcik yang agak tua begitu khusyuk mendengar Ina Naim berbicara : )

Secara ringkasnya di antara proses pembelajaran yang saya lalui di dalam pengendalian program besar ini adalah:-

1. Yakin bahawa apa juga perubahan yang dilakukan walaupun di saat-saat terakhir adalah dalam perancangan Allah dan terima saja perubahan tersebut dan berusaha sebaik mungkin. Tidak perlu kita menyalahkan sesiapa di dalam perubahan yang berlaku.

2. Tetapkan diri dalam kesabaran menghadapi apa saja yang berlaku sebelum, ketika atau selepas program. Berikan senyuman dan layanlah apa saja masalah yang diutarakan dengan baik.

3. Kuatkan pergantungan kepada Allah dan bersungguh-sungguh memohon kepadaNya untuk memberikan pertolongan. Datanglah kepada Allah dalam keadaan diri yang sememangnya serba tidak tahu dan serba lemah.

Maaf panjang intro di atas .. sekadar sharing especially untuk rakan-rakan yang di luar Malaysia yang mengikuti perkembangan kami di sini ..

Pada pagi ini saya ingin kongsikan suatu yang diajarkan Allah kepada saya pada pagi tadi ... bagaimana cinta sesama manusia memantapkan cinta kepada Allah ...

Saya rasa di dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lepas dari menyukai sesama manusia dan perkara ini akan membuatkan kita bingung apabila ianya sedikit sebanyak melalaikan kita dari mengingati Allah ... Fikiran kita yang sepatutnya sentiasa ingat kepada Allah diisi dengan mengingati insan yang kita cintai atau sukai itu ... samada suami/isteri kita, anak-anak kita, rakan baik kita, guru kita atau trainer kita ... Apakah tidak boleh kita menyukai dan mencintai sesama manusia? Persoalan ini sering ditanya kepada saya dan sering juga saya fikirkan tapi sering kebuntuan. Justeru saya sering memadamkan apa juga perasaan suka yang saya ada kepada manusia dan kehidupan saya menjadi tenang apabila hanya ada Allah di hati saya ...

Alhamdulillah pada pagi ini diilhamkan di hati dan jiwa saya bahawa perasaan cinta sesama manusia dapat memantapkan perasaan cinta kepada Allah. Bayangkan seseorang yang kita suka ... mungkin kita sukakan wajahnya yang cantik/ handsome, mungkin kita sukakan kepada kelembutannya, mungkin juga kita sukakan sifat tanggungjawabnya... hanya dengan wajah yang cantik, sudah begitu hebat rasa cinta kita kepadanya ... kehebatan manusia yang kita sukai itu samada wajahnya, kelembutannya, sifatnya hanyalah ibarat setitik kecil debu jika dibandingkan dengan kehebatan Allah. Allah ingin menunjukkan kehebatannya melalui kehebatan yang dialirkan kepada hambaNya ... Wah dengan kehebatan yang setitik debu itupun sudah begitu hebat sukanya kita kepada manusia. Kemudian, saya bandingkan rasa kagum saya terhadap kehebatan manusia yang sebesar setitik debu dengan kehebatan Allah maka saya terus dapat merasakan begitu hebatnya Allah dan bertambahlah kagumnya saya kepada Allah dan bertambah lagilah cinta saya kepadaNya.

Begitulah yang saya rasakan pada pagi ini ... Bertambah hebatnya rasa cinta kepada Allah itu saya rasakan ... Segala perasaan cinta kepada manusia yang teralir dijiwa saya teralir dengan sendirinya kepada Allah dan perasaan cinta kepada manusia itu tidak dapat menandingi langsung perasaan cinta yang hebat kepada Allah itu ... Justeru, kita tidak akan lalai dari mengingati Allah kerana perasaan cinta kepada Allah itu jauh lebih hebat dari perasaan cinta sesama manusia maka secara otomatisnya kita akan lebih sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati sesama manusia ...

Ringkasnya, boleh kita mencintai manusia tetapi jangan sampai cinta itu melebihi cinta kepada Allah sehingga kita lalai dari mengingati Allah dan jangan sampai kita melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Bagi pasangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin, saya masih berpendirian bahawa elakkan dari bercinta dan berhubungan kerana belum tentu yang kita cintai itu akan menjadi jodoh kita dan dikhuatiri kita akan mendekati zina dan melalaikan kita dari mengingati Allah.

Penulisan saya kali ini adalah hanya sebagai sharing bagaimana cinta sesama manusia dapat memantapkan lagi perasaan cinta kepada Allah, cinta tertinggi yang suci dan abadi insyaAllah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sabtu, Disember 05, 2009

Allah ajarkan tentang pulang kepadaNya

Assalamualaikum wr. wb.

Saya sebenarnya sangat letih pada hari ini. Pulang dari kerja jam 9:30 malam saya tidak balik ke rumah dan terus ke program usrah. Hampir keletihan ini membuat saya 'gugur syahid' tidak hadir usrah tapi alhamdulillah dengan kekuatan Allah juga saya kuatkan kaki memanjat bangunan tiga tingkat tempat pengajian kami untuk menghadiri usrah ... Sekiranya saya berupaya menghabiskan penulisan ini pada malam ini sememang satu keajaiban saya rasakan ... tapi itulah kehendak Allah yang tidak dapat kita jangkakan .. kekuatan itu dariNya jua ..

InsyaAllah saya ingin kongsikan diajar Allah tentang kembali padaNya ... Kefahaman ini saya dapat ketika saya membuat rutin riadah hujung minggu di KLCC ... Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi trek di KLCC dan pada pagi itu saya rasa sangat bersyukur Allah takdirkan saya menikmati keindahan dan kedamaian awal pagi di sana ...

Saya diajarkan bahawa saya sebenarnya tidak berasal dari bumi ini, Allah tinggalkan saya di sini ... atas satu misi dan satu tugas ... Allah hantar saya di sini tapi saya bukan berasal dari bumi ini ... Allah tidak tinggalkan saya di sini dengan begitu saja ... Allah beri saya nikmat bermacam-macam di sepanjang tempoh saya di sini .. Allah sayang dan jaga saya ... ketika itu saya teringat pengalaman saya di akuaria KLCC beberapa hari sebelum itu di mana saya lihat berbagai-bagai jenis ikan yang Allah ciptakan untuk saya di dunia ini. ada yang kecil, ada yang besar, ada yang berwarna warni, ada yang warna putih saja ... Ada bentuk leper, ada yang macam seolah-olah berenangnya terbalik (upside down), saya dapat lihat cantiknya obor-obor, hebatnya transformasi katak dari seperti berudu, keluar tangan dulu, kemudian keluar kaki dan kemudian ekornya tertarik ke dalam barulah rupanya menjadi seperti katak ... Saya merasa sangat bahagia di akuaria itu, dapat merasai kasih sayang Allah, kehebatan dan keindahan Allah. Justeru ketika itu saya teringatkan bermacam-macam Allah buat untuk saya ... Allah betul-betul jaga saya ...

Tidak cukup dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan, Allah panggil saya pulang kepadaNya lima kali sehari ... supaya saya sedar tempat asal saya sebenarnya, bukan di bumi ini ... Justeru selepas peristiwa diajarkan Allah di KLCC ini, saya dapat rasakan setiap kali saya solat, saya pulang ke tempat asal saya, saya pulang kepada Allah ... Ia adalah satu latihan untuk satu hari saya benar-benar dipanggil pulang Oleh Allah ... Maka jelaslah kita inilah sebaik-baik cara mengingati hari mati kita ...

Bila kadang-kala saya terlewat solat, saya katakan pada Allah, "Maaf Ya Allah, kali ini saya pulang lewat sikit ..."

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ...

Jumaat, November 27, 2009

Allah ajarkan tentang hidayah

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah Kursus Solat Khusyuk telah dapat diadakan dengan jayanya dengan kehadiran lebih kurang 200 orang peserta termasuk seramai lebih kurang 25 orang peserta dari Solat Center Jakarta, Banjarmasin, Bandung dan Padang. Pada masa yang sama ketika kursus tersebut berlangsung, saya turut sibuk menguruskan kedatangan penyanyi OPICK dari Indonesia beserta delegasinya dan perlu menghadiri Press Conference serta beberapa program yang dirancang bagi mempromosi OPICK dan Konsert AMAL bersama OPICK yang akan diadakan sebaik sahaja Kursus Solat Khusyuk berakhir. Dua program besar pada satu masa dan saya berhadapan dengan berbagai ujian dan cabaran. Namun sebelum program bermula, saya sentiasa memohon pertolongan dari Allah dan saya menyerahkan kepada Allah untuk menguruskannya setelah kami berikhtiar sebaik mungkin. Justeru, ketika saya menghadapi berbagai ujian dan cabaran dalam pengendalian dua program besar itu saya lebih tenang berbanding waktu-waktu yang lalu. Saya yakin tidak ada yang berlaku tanpa perancangan dari Allah, maka saya menghadapi apa jua situasi dengan senyuman dan dengan hati yang berserah kepada Allah. Saya dapati apabila saya menghadapi situasi tersebut dengan tenang, ahli jawatankuasa yang bersama saya pun jadi tenang dan tidak panik walaupun sehingga jam 1:30 tengahari caterer masih tidak sampai lagi untuk menghantar makanan tengahari : )

Setinggi pujian saya panjatkan ke hadrat Allah dan terima kasih yang tak terhingga kepadaNya jua kerana semuanya telah dapat berjalan dengan baik dan lancar. Peserta-peserta Kursus Solat Khusyuk yang saya sempat temui sangat-sangat bersyukur mereka dapat hadir di dalam kursus tersebut dan sehingga kehari ini, saya telah menerima beberapa jemputan untuk menganjurkan kursus tersebut di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Serawak, alhamdulillah ...semoga Solat Khusyuk ini dapat dikembangkan keseluruh Malaysia insyaAllah dan dapat melahirkan masyarakat bertakwa dan berakhlak mulia. Terima kasih tak terhingga kerana saudara Fuad Latip telah dapat membangunkan laman web Solat Center Malaysia, http://www.solatcentermalaysia.com/. Untuk update program-program anjuran kami bolehlah layari laman web tersebut.

Kembali kepada OPICK dan delegasinya, alhamdulillah kami dapat mempromosikan OPICK melalui siaran radia dan TV. Terima kasih kepada Encik Mahadie dari syarikat proconsult yang membantu kami. Mungkin antara kita telah pun dapat menyaksikan di TV9 dan mendengar di radio IKIM. InsyaAllah pada 6 Disember ini temubual dengan OPICK akan disiarkan di TV1. Saya mengharapkan agar OPICK dapat dikenali dan disukai oleh rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang. Lagu-lagu ketuhanan yang diciptanya sendiri dengan suaranya yang lunak merdu anugerah Allah yang disampaikan dari hati insyaAllah diharap dapat sampai ke hati dan jiwa-jiwa rakyat Malaysia - hati dan jiwa yang sebenarnya sentiasa ingin mencari ketenangan dan hidayah Allah ... Saya mengharapkan agar kehadiran OPICK ke Malaysia dapat memberi impak yang significant terhadap pembangunan masyarakat di negara Malaysia ini khususnya ...

Maaf, agak panjang intronya di atas ... banyak sebenarnya yang ingin saya kongsikan pengajaran dan kefahaman yang saya perolehi dari dua events besar di atas tapi nantilah insyaAllah di lain kali kalau berkesempatan saya kongsikan ...

Pada pagi ini saya ingin kongsikan suatu yang saya sharekan kepada seorang peserta ketika berlangsung Kursus Solat Khusyuk tempoh hari. Beliau bertanya kepada saya bagaimana hendak jadi orang yang rajin beribadah ... kalau nak solat sunat tu rasa malaslah Kak Nora ... katanya kepada saya. Soalan ini sering diajukan kepada saya ... Saya ingin sharekan Allah mengajarkan saya tentang hidayah ...

Di dalam entry beberapa bulan dulu saya pernah sharekan bahawa saya pernah melalui waktu-waktu di mana saya juga menghadapi masalah yang sama ... sukar untuk beristiqamah dengan amalan-amalan yang disukai Allah, rasa malas hendak solat apa lagi solat sunat ... dan sebagainya. Saya sering menangis dan memohon pertolongan dengan Allah ... saya memohon kepada Allah dengan sentiasa berkata kepada Allah, Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Roshid .. ajarkan aku Ya Allah mengenaliMu, ajarkan aku mengenali RasulMu, ajarkan aku memahami Islam dan seterusnya ... dan Allah yang Maha Mendengar doa-doa hambaNya dan Maha memperkenankan doa hambaNya mengajarkan saya bahawa hanya Allah yang dapat menjadikan saya seorang yang rajin berbadah, hanya Allah yang dapat mengubah hati saya, hanya Allah yang dapat mengubah attitude saya, hanya Allah yang dapat menjadikan saya seorang yang sabar ... Ya Hanya Allah! Itulah yang dikatakan hidayah dari Allah ...

Tiga (3) kunci yang diajarkan kepada saya di dalam mencari hidayah Allah ini dan ianya diajarkan kepada saya secara berperingkat (tidak datangnya sekaligus). Dua daripadanya telah saya kongsikan di dalam entries yang lepas tapi saya ulangi disini ...

1) Ikhlas kepada Allah - sukar sebenarnya ingin membicarakan tentang Ikhlas. Tapi secara ringkasnya disini, saya diajarkan agar apa saja yang ingin saya lakukan perlu saya bulatkan keseluruhannya untuk Allah dan tidak ada untuk yang lain walaupun untuk diri, anak dan keluarga saya ... Kita adalah hamba Allah dan tidak ada tujuan lain di dunia ini hanya untuk menjadi hamba Allah. Apa saja peranan yang Allah sudah tetapkan untuk kita, ibu, isteri, pengurus, pensyarah adalah sebagai jalan untuk kita menjadi hamba dan khalifah Allah ... Justeru apa saja yang ingin kita lakukan tak payah difikirkan ini adalah untuk anakku kerana sebagai seorang bapa aku perlu mencari rezeki untuk anakku ... kerana apa, saya khuatiri niat untuk yang lainnya akan melebihi niat untuk Allah ... cinta kepada yang lainnya akan melebihi cinta kepada Allah. Justeru sesuai dengan sambutan Hari Raya Korban pada hari ini, perlulah kita ingat peristiwa 'penyembelihan' di dalam kisah Ibrahim a.s dan Ismail a.s di mana Allah mengajarkan kita untuk menyembelih segala cinta yang melebihi cinta kepada Allah ... Justeru, segala apa yang ingin kita lakukan teruskan saja kerana Allah dan padamkan tujuan-tujuan untuk diri sendiri, anak dan sebagainya. InsyaAllah apabila kita lakukan hanya untuk Allah, Allah akan uruskan diri kita, anak kita dan keluarga kita... Apabila kita telah dapat melakukan apa saja di dunia ini hanya untuk Allah ... insyaAllah kita diberi hidayah oleh Allah dengan bimbinganNya ... Kita akan pelik melihat diri kita mula berubah tanpa rasa penat dan lelah ... kita mula mencintai amal-amal yang mendekatkan diri dengan Allah tanpa dipaksa ...

2) Sabar - Sabar adalah salah satu kuncinya untuk hidayah Allah turun ke hati kita. Apabila kita telah bulatkan hati untuk serahkan seluruh kehidupan kita untuk Allah, kita akan berhadapan dengan berbagai ujian dari luar dan dari dalam diri kita sendiri. Saya diajarkan oleh Allah untuk bersabar dan kuatkan kesabaran di dalam menuju Allah. Saya dapati amatlah sukar untuk bersabar samada bersabar dalam beramal mahupun bersabar di dalam menghadapi masalah di dalam kehidupan. Maka saya mohon doa kepada Allah agar memberi saya kekuatan untuk bersabar dan kemudian saya dapati saya dapat bersabar dengan mudah. Itulah hebatnya pertolongan Allah. Saya lihat sabar ini dapat melembutkan hati. Cuba suatu hari apabila berlaku sesuatu yang menimbulkan kemarahan kita, maka kita sabar dan maafkan saja. Lagipun kita ini kan kecil ibarat zarah-zarah yang berterbangan di dalam keluasan alam semesta ciptaan Allah ini ... jadi perkara-perkara yang membuatkan kita marah ini anggap saja terlalu kecil (macam nak lihat kuman dalam microskop masa kat sekolah dulu) malah lebih kecil lagi ... Justeru maafkan saja dong! Apabila kita dapat bersabar, cuba kita perhatikan apa terjadi kepada hati kita .... ia jadi lembut macam dough yang boleh diuli ...(cuba perhatikan) tapi cuba juga perhatikan apabila kita marah ...hati itu jadi keras ... macam besi buruk kat belakang rumah : ) Justeru saya dapati apabila kita bersabar, hati kita menjadi lembut dan bersih ... fahamlah saya ketika itu bahawa hidayah Allah itu suci dan bersih dan ianya insyaAllah mudah turun ke hati yang telah disucikan atau dibersihkan ...

3) Mengawal Nafsu - Ini adalah kunci ketiga yang dijarkan kepada saya ...Dalam beristiqamah di jalan Allah kita hati kita akan sentiasa berbolak balik bukan? Kadang-kadang kita rajin beribadah dan kadang-kadang kita malas ... Kadang-kadang kita sangat menjaga lisan tapi kadang-kadang kita marah dan keluarlah semua 'mangkuk ayun' dari mulut kita ... Kadang-kadang kita bersangka baik tapi kadang-kadang mudah buruk sangka kat suami kita : ) Itulah nafsu ... Jiwa kita yang dialiri ruh Allah sentiasa ingin kembali pulang kepada Allah, suka mendekatkan diri kepada Allah ... tetapi nafsu kepada dunia sering membawa kita ke arah yang bertentangan ...

Membulatkan hati untuk menyerahkan hidup kepada Allah dan hanya kerana Allah bukan sekadar kata-kata di lidah dan semangat di hati ... ianya menuntut kita untuk membebaskan diri dan hati kita dari belengu dunia yang menipu kita ini. Selagi dunia ini masih bertahta di hati kita, sukar kita untuk meneruskan perjalanan ruhani kita menuju pulang kepada Allah dengan ketenangan jiwa yang hakiki. Bagaimana cinta kepada Allah dapat tumbuh subur di hati kita apabila ianya penuh dengan cinta kepada dunia ...

Saya sering kebingungan apabila berhadapan dengan masalah melepaskan diri dari ikatan dunia ini. Tapi satu hari alhamdulillah saya diajarkan bahawa untuk membebaskan diri saya dari ikatan dunia ini saya perlulah mengawal nafsu saya yang mengajak saya kepada perkara-perkara yang melalaikan saya dari mengingati Allah. Nah bagaimana caranya untuk mengawal nafsu? Sudah ada satu latihan yang Allah sediakan yang akan dapat membantu kita mengawal nafsu dan melepaskan ikatan dunia dari hati kita .... Itulah puasa sunat Isnin dan Khamis .... InsyaAllah kita akan melihat perubahan berlaku pada diri kita, Islam dan segala amalan mendekatkan diri dengan Allah akan menjadi mudah ... Jom kita register ke Latihan Mengawal nafsu, tak perlu dibayar ; ) FOC

Oh ya, satu perkara yang ingin saya sharekan di sini tentang puasa Isnin Khamis ... antara cabaran kita beristiqamah dengan puasa sunat Isnin dan Khamis ini adalah cabaran untuk bangun sahur atau kita terlupa untuk bangun sahur atau tak ada makanan untuk sahur ... Perkara ini akan menjadi masalah dengan orang-orang yang ada penyakit gastrik macam saya ... Saya telah diajarkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini ... Bersahurlah dengan kurma dan air zam-zam dan seperti biasa kita berdoa ketika minum air zam-zam tersebut ...InsyaAllah mudah saja kita berpuasa walaupun tak sempat bersahur ...

Maaf panjang pula entry pada kali ini. Semoga Allah akan mengurniakan kita hidayahNya ...

Selamat Meyambut Hari Raya Korban ... Semoga pada setiap kali kita melihat binatang-binatang korban itu disembelih kita bertanyakan kepada diri kita ... sudahkah aku menyembelih cinta-cinta yang lain yang melebihi cinta kepada Allah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, November 06, 2009

Allah ajarkan tentang perniagaan dan perusahaan

Assalamualaikum wr. wb.


Mungkin anda rasa pelik dengan tajuk entry pada kali ini? Saya diajarkan tentang perniagaan dn perusahaan dan saya merasa sangat bersyukur diajarkan indahnya perusahaan dan perniagaan ini. Saya ingin segera memasukkan kefahaman yang saya perolehi ini segera supaya saya tidak lupa dan supaya ramai yang dapat mengambil manfaatnya insyaAllah ...


Setelah siap kami mengemaskan barang-barang dari sesi kursus di Pantai Remis baru-baru ini, saya berfikir sejenak. Saya merasakan sangat sukar kerja-kerja menguruskan latihan ini, persiapan sebelum training begitu banyak yang perlu dibuat, module, pengurusan mencari peserta, pengurusan resort, pengurusan bas, keperluan kewangan yang perlu disediakan, pengurusan urusetia dan fasi, kertaskerja yang perlu disiapkan dan difotostat, komputer, printer, lcd projector, PA system yang begitu besar yang kami angkut (kami tidak begitu selesa dengan PA system di resort), 8 keping carpet besar yang kami bawa(kerana sesi latihan kami kebanyakannya duduk di bawah dan tempat di resort adalah tile dan sejuk untuk peserta), extension wire, cenderahati, sijil penyertaan dan banyak lagi. Pengendalian kursus juga begitu banyak yang perlu diberi perhatian dan mengemas selepas kursus, sangat-sangat meletihkan. Tidak habis dengan itu, apabila kembali ke pejabat, kami perlu pula memproses borang penilaian, membuat analisa dan laporan kursus. Ketika itulah saya dialiri kefahaman tentang perusahaan dan perniagaan...

Saya dapat melihat bahawa mereka-mereka yang terlibat dengan apa saja perniagaan atau perusahaan yang memberi manfaat kepada manusia adalah wakil Allah untuk mengusahakan sesuatu di muka bumi ini yang dapat membantu secara significant kepada pembangunan sebuah tamadun ... contohnya membangunkan sekolah dapat membantu manusia mencari ilmu, pengusaha kilang beras mengeluarkan beras untuk dimakan, Tauke pasaraya memudahkan manusia membeli barang-barang keperluan seharian yang sebahagiannya digunakan untuk makan dan minum ... dan baru-baru ini apabila kereta anak saya pecah tayarnya di Kuala Pilah, hanya terdapat satu saja kedai tayar di pekan kuala pilah itu dan pastinya Tauke Cina yang mengusahakan kedai tayarnya itu berperanan sebagai wakil Allah dimukabumi ini dalam membantu orang-orang yang memerlukan tayar seperti anak saya pada hari itu : )

Saya lihat orang-orang yang terlibat dalam perusahaan dan perniagaan ini kebiasaannya akan lebih usahanya berbanding dengan mereka yang makan gaji seperti saya ... Mereka perlu memikirkan tentang tempat, kewangan, pekerja, risiko kerugian, pemasaran, kualiti produk dan perkhidmatan, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya ... Justeru kita lihat kebiasaannya mereka akan di'reward' oleh Allah lebih lagi berbanding kita yang makan gaji ... Bayangkan mereka yang menjadi wakil Allah mengusahakan sesuatu di muka bumi ini, Allah reward lebih dari mereka yang makan gaji, bayangkan mereka yang menolong agama Allah dengan berjihad di jalanNya ... Allah menjanjikan syurga kepada mereka dari jual beli yang mereka lakukan dengan Allah.

Kalau kita dapat merasakan berkecimpung dalam dunia perniagaan adalah menjadi wakil Allah mengusahakan sesuatu perusahaan yang dapat menyumbang kepada ketamadunan ummah, maka saya rasa ramai anak-anak muda yang akan berminat untuk berniaga, insyaAllah. Kita ikhlaskan niat kita dan insyaAllah Allah akan membantu kita di dalam apa juga perniagaan dan perusahaan yang kita ceburi. Serahkan urusan rezeki itu kepada Allah dan jadilah wakil Allah sebaik mungkin dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik bagi memudahkan hidup manusia di muka bumi ini. Hati kita akan terasa tenang dan lapang ... Kita tidak perlu membicarakan tentang Customer Service (Khidmat Pelanggan) kerana dengan merasakan kita mewakili Allah untuk mengusahakan sesuatu keperluan manusia akan memastikan kita memberi yang terbaik kerana kita ikhlas kerana Allah dan kita sedar Allah akan sentiasa mahu memberikan yang terbaik, itu benchmark kita, maka sebagai wakil Allah, kita akan juga berikan yang terbaik...maka kita akan go beyond customer satisfaction!

Saya diajarkan juga tentang kesilapan kefahaman selama ini yang tertanam di dalam minda saya oleh ajaran kapitalis. Saya diajar bahawa untuk meningkatkan keuntungan, salah satu jalannya adalah mengurangkan kos ... OK kita mengurangkan kos dengan mempertingkatkan efisyensi kita tetapi tidak OK kalau kita mengurangkan kos dengan menjejaskan kualiti dan keselamatan seperti yang selalu berlaku. Kerana kita wakil Allah untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang terbaik, maka tidak timbul soal untuk membuat keuntungan sebanyak mungkin dengan mengurangkan kos kerana tujuan kita bukan keuntungan ... tetapi berkhidmat sebagai wakil Allah ... dan kita yakin Allah akan menguruskan rezeki kita. Kalau dulu mungkin kita sering berfikir keuntungan = rezeki, maka sekarang dengan paradigma ini kita berusaha agar perniagaan kita mendapat keuntungan yang berpada tetapi kita yakin bahawa pada akhirnya Allahlah yang akan menguruskan rezeki kita. Justeru bila kita berniaga dengan jujur dan ikhlas niat kerana Allah, menjadi wakil Allah memudahkan urusan manusia di muka bumi ini insyaAllah hidup dan rezeki kita akan diuruskan Allah.

Seperkara lagi, dulu saya diajarkan tentang 'competition' dalam perniagaan dan 'scarcity mentality' tetapi sekarang ini saya sudah dapat melihat bahawa di dalam perniagan/perusahaan, kita bukan compete with each other tetapi kita semuanya menjadi wakil Allah untuk bersama-sama membangunkan sebuah ketamadunan yang dikehendaki Allah. So we are partners! instead of competing, we should be collaborating! Kita tidak bersaing di antara satu sama lain tetapi kita bekerjasama sebagai satu pasukan. 'Scarcity Mentality' juga sudah tidak relevan dengan paradigman yang baru ini kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengkayakan, so the pie is big enough for everyone ... how big? Big enough, tak perlu risau-risau ; ) Yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa Allah itu Maha Kaya ...

Alangkah bezanya perasaan ini ... Maka tidak lah ada masalah iri hati atau cemburu, tidaklah ada hasad dengki sesama peniaga yang ada kalanya sanggup menggunakan sihir ...

Indah berniaga itu pada pandangan mata hati saya. Mereka memudahkan orang lain dalam banyak perkara ... mereka adalah wakil Allah mengusahakan sebuah ketamadunan dan dengan keikhlasan yang ada pada mereka, insyaAllah Allah sediakan ganjaran yang berlipat kali ganda ...

Macamana? Jom berdikari dengan jadi pengusaha/peniaga ... kita bayangkan dalam minda kita dan insyaAllah Allah mudahkan kita untuk mendapatkannya ... Saya sering berangan jadi managing director syarikat sendiri : )


Allah Yang Maha Mengetahui

Isnin, November 02, 2009

Allah Ajarkan Dialah Tempat Bergantung

Assalamualaikum wr. wb.

Apa khabar semua? Pada malam ini saya ingin berkongsi pengalaman diajar Allah bahawa Dialah tempat bergantung ...

Lebih kurang dua minggu yang lalu, suami saya dirompak wang sebanyak RM15000. Beliau mengeluarkan wang dari bank dan diikuti sehingga sampai di rumah. Sebaik saja beliau keluar dari kenderaan, dua orang bersenjatakan parang terus meminta wang yang dikeluarkan dari bank tersebut. Kata mereka, "Haji ... kita tahu Hj baru keluar bank kan .. mana duit tu .." Begitulah lebih kurang kata mereka sambil mereka mengertaknya dengan parang-parang tersebut. Mereka merentap poket seluar suami saya dan mengambil semua wang yang dikeluarkan.

Saya tidak begitu terkesan dengan kehilangan wang tersebut kerana belum sempat merasakan kehilangan wang itu, saya dialiri rasa syukur kerana suami saya tidak diapa-apakan ... Saya tidak dapat bayangkan berapa harganya sebelah mata jika dibandingkan dengan Rm15000. Ketika itu saya terfikir, apa yang ingin Allah ajarkan pada saya dari peristiwa ini ...

Wang RM15000 itu dikeluarkan untuk membayar deposit resort bagi kursus yang akan kami jalankan dua minggu berikutnya dan keperluan lain yang berkaitan dengan kursus tersebut. Apabila kami kehilangan wang tersebut, saya terus menjual beberapa saham yang saya ada kepada rakan saya, cikgu Yati kerana tidak sempat untuk menjualnya di pasaran terbuka. Saya sepatutnya mendapat RM13000 dengan penjualan saham tersebut dan saya merasa lega kerana dapat menyelesaikan kebuntuan untuk membayar resort dan segala keperluan yang lain bagi kursus tersebut. Saya lupa bahawa Allahlah yang pada akhirnya yang berkuasa menyelesaikan kebuntuan itu... rakan yang membeli saham saya hanya dapat membayar RM7000 saja dan menghadapi masalah bagi membayar bakinya kerana wang hasil penjualan saham di koperasinya hanya dapat diterima dalam tempoh seminggu.

Dua hari sebelum kursus dijalankan saya masih belum mendapat baki RM6000 yang diperlukan. Hati saya mula risau dan bertambah risau apabila saya melihat sms yang dihantar oleh Cikgu Yati yang mengatakan, wang dari penjualan saham koperasinya masih belum masuk ke dalam akaunnya. Saya terus rasa lemah dan hilang punca di mana saya dapat mencari bakinya. Saya katakan pada Allah, "Ya Allah pada Engkau saja tempat aku bergantung ..." Saya merasa sangat lemah ketika itu dan sangat berharap kepada pertolongan Allah. Kemudian Allah mengilhamkan dalam hati saya dengan kata-kata yang dapat saya rasakan dalam hati...Kata-kata itu kalau diterjemahkan ke dalam bahasa manusia bunyilah lebih kurang ... "Apakah baru sekarang kau rasakan bahawa Aku tempat kau bergantung, bila kau kesusahan ... bila kau kehilangan wang ...selama ini kau bernafas dengan siapa kau bergantung, kau angkat kaki dan tangan, dengan siapa kau bergantung ..." sebuah ungkapan penuh kelembutan masuk jauh ke dalam hati saya ... Saya terus menangis penuh keinsafan.

Kata-kata yang dialiri ke dalam jiwa saya ketika itu sangat menyedarkan saya bahawa Allahlah tempat saya bergantung setiap saat dan ketika ... dan sudah berapa lama keyakinan ini tidak benar-benar masuk ke dalam hati dan jiwa saya ... saya menangis sepanjang malam. Menangis kerana saya sangat bersyukur diajarkan Allah sehingga masuk ke dalam hati dan jiwa saya bahawa hanya Dialah tempat saya bergantung. Peristiwa kehilangan RM15000 menjadi suatu yang sangat saya syukuri kerana keyakinan bahawa Allah tempat saya bergantung yang saya dapat pada malam itu tidak dapat dibeli dengan wang sejuta, dua juta atau berapa saja ...

Kesyukuran itu saya zahirkan melalui sms saya kepada beberapa orang teman, "Keimanan dan Keyakinan yang benar-benar masuk ke dalam jiwa adalah sebesar-besar nikmat dari Allah ..."

Pada keesokkan harinya, saya mendapat keseluruhan wang yang diperlukan ... Allah tempat saya bergantung telah menguruskan segalanya : )

Allah Yang Maha Mengetahui

Ahad, Oktober 25, 2009

Allah Ajarkan Tentang Keindahan Hidup diurus Allah

Assalamualaikum wr. wb.

Pada hujung minggu lepas saya dan rakan-rakan mengendalikan Kursus Kesempurnaan Ibadah di Pantai Remis, Kuala Selangor. Kursus kali ini lebih mencabar kerana terjadi beberapa perkara yang tidak diduga. Saya dan rakan-rakan sangat keletihan menguruskannya. Alhamdulillah pada jam lebih kurang 6 petang pada hari Ahad, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Saya sememangnya mengambil cuti pada hari Isnin untuk memberi kerehatan pada badan agar saya dapat menyempurnakan tugasan di pejabat dengan baik. Kemudian saya merasa pelik kenapa pada hari Isnin tersebut, saya tidak begitu displin dengan masa makan saya. Saya sebenarnya sangat displin dengan waktu makan kerana masalah gastrik yang sering berlaku. Saya akhirnya makan tengahari pada jam hampir 4 petang.

Keesokkan harinya saya pitam dan muntah-muntah. Badan terasa sangat lemah dan suami saya membawa saya ke klinik. Saya diberi cuti sehari oleh doktor dan saya terus balik dan tidur setelah saya makan pagi dan memakan beberapa ubat yang diberi doktor.

Keesokkan harinya saya merasa sihat sediakala dan badan saya dapat rehat sepenuhnya kerana saya tidur agak lama pada siang hari semalam. Justeru itu saya dapat merasa bahawa Allah memberikan saya dua hari cuti (Isnin dan Selasa) bagi menggantikan cuti Sabtu dan Ahad yang telah saya gunakan untuk mengendalikan Kursus. Ketika itu saya merasakan sangat indah hidup bila diurus Allah.

Kemudian saya teringat VCD Pak Aa Gym tentang kehidupan diurus Allah yang saya dan rakan saya dengar ketika kami dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Remis dan diulangi lagi dalam perjalanan pulang ..

Pak Aa menceritakan bahawa dari kita belum lahir, Allah yang menguruskan kehidupan kita; Allah yang menguruskan pertemuan sperma dan telur ayah dan ibu hingga terbentuknya diri kita dengan cukup teratur dan sempurna. Semuanya diurus Allah.

Nah sekarang kita sudah berada di dunia ini, dan kita tidak mungkin dapat menguruskan kehidupan kita ... Mana mungkin kata Pak Aa, banyak yang tidak kita ketahui, rezeki kita, jodoh kita, apa yang akan terjadi esok, semuanya tidak kita ketahui. Kenapa kita peningkan kepala memikirkan apa yang tidak diketahui, baik kita dekati yang Maha Mengetahui itu ...Contohnya kata pak Aa, capek bercinta dengan yang bukan jodohnya ... jiwa kita terseksa menyintainya tapi ternyata itu bukan jodoh kita ... Lebih baik kita berdoa kepada Allah, ya Allah jangan kau tanam cinta dihatiku kepada yang bukan jodohku ... kan mudah hidup jadinya :)

Dipendekkan cerita, kata Pak Aa, seseorang yang tunduk kepada kalimah Syahadah, semakin ia tunduk kepada Allah, semakin diurus Allah kehidupannya. Allah yang akan mengilhamkan perkara-perkara yang patut dilakukan dan Allahlah yang akan sentiasa membimbingnya. Dirinya hanya berikhtiar sebaik mungkin tetapi yakin bahawa apa yang diperolehinya adalah dari Allah dan bukan kerana ikhtiarnya. Contohnya seperti kita menyeberangi sungai dan perlu melalui jambatan gantung. Kita berpaut kepada tali di jambatan gantung itu sebagai ikhtiar kita tetapi yang menyelamatkan kita dari tidak jatuh itu, adalah Allah dan bukan ikhtiar kita berpaut kepada tali tersebut.

Enak hidup diurus Allah kata Pak Aa ... Tenang dan bahagia. Kalaupun terjadi bencana, kita yakin bahawa ia disusun Allah cukup sempurna dan kita redha atas apa yang diuruskannya. Seperti sms yang saya dapat dari sahabat saya, "Lebih indah hidup bila kita redha dan pasrah dengan apa yang diuruskan Allah" tepat sekali ...

Berbeza dengan mereka yang engkar dan enggan tunduk kepada Allah. Sekiranya kita engkar dan tidak mahu tunduk kepada Allah, silakan kata pak Aa, silakan seperti masuk dalam hutan belantara, tidak ada yang memberi petunjuk, kita akan sesat ...

Pak Aa juga share suatu perkara yang saya rasa sangat penting. Kata Pak Aa, ada terdapat di kalangan manusia yang beriman yang akan memohon petunjuk dari Allah dahulu sebelum membuat suatu perkara atau sebelum memberikan pandangan dan mereka memohon petunjuk dengan melakukan solat kerana solat itu sebaik-baik ibadah untuk memohon petunjuk dari Allah. Justeru saya teringat bahawa kita hanya melakukan solat istikharah hanya ketika kita kebuntuan untuk menetapkan sesuatu padahal setiap hari kita akan berhadapan dengan berbagai persimpangan yang perlu kita fikirkan simpang mana yang perlu kita masuki. Padahal di dalam solat, di dalam Al-Qur'an terdapat ayat yang bermaksud "Kaulah Yang Kami Sembah dan padaMulah kami memohon pertolongan, tunjukilah kami jalanMu yang lurus ..." Sejauh mana kita hayati ayat ini dalam kita memohon diuruskan Allah dalam setiap bicara kita setiap hari, di dalam setiap tindak tanduk kita setiap hari ...

Akhir sekali yang menyentuh perasaan saya mendengarkan VCD pak Aa ini adalah kita selalu bersungguh-sungguh membuat strategi dan perancangan di dalam melaksanakan sesuatu tetapi kita tidak bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah untuk menguruskan apa yang kita rencanakan dan laksanakan.

Pastinya sangat indah hidup diurus Allah ... sesungguhnya Islam itu penuh keindahan dan kita menyaksikannya apabila ditunjukkan Allah keindahan demi keindahan ini ke dalam jiwa kita ... Sesungguhnya Allah itu Maha Indah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Isnin, Oktober 05, 2009

Allah ajarkan Bahawa Dialah Yang Maha Sibuk Menguruskan Urusan MakhlukNya

Assalamualaikum wr. wb.

Malam ini saya ingin berkongsi pengalaman diajarkan Allah bahawa sesungguhnya Dialah Yang Maha Sibuk Menguruskan Uruan MakhlukNya ...

Semalam saya mengendalikan Kursus Kesempurnaan Ibadah untuk anak-anak pelajar sekolah tahun enam bertempat di Kuala Selangor. Kursus selama 2 hari itu agak last minute persiapannya kerana beberapa perkara. Justeru pada cuti hari raya baru-baru ini kami menghubungi para pelajar dan sasarannya adalah seramai 50 orang pelajar. Saya agak khuatir berlaku berbagai kekurangan samada dari segi persiapan mahupun perlaksanaan kerana pegawai latihan kami agak sibuk kerana terpaksa menggantikan staf yang terpaksa bercuti kerana anaknya dimasukkan ke ICU manakala anak saya yang membantu saya juga perlu balik ke universitinya dan tidak dapat membantu saya membuat persiapan kerana ada program penting di universitinya di Pahang. Kebetulan pula ramai juga anak-anak fasi yang sedang membuat persiapan menghadapi ujian peperiksaan di universiti mereka masing-masing dan cabaran saya bertambah kerana pada saat terakhir pembantu saya yang sentiasa membantu saya membuat persiapan terutamanya dalam menyediakan hadiah cenderahati terpaksa balik ke Johor kerana ada urusan keluarga dan tidak dapat membantu saya di Kuala Selangor.

Namun saya berkeyakinan bahawa manusia itu hanya mampu merancang dan saya yakin bahawa segala yang berlaku ini juga di bawah perancangan Allah. Justeru saya yakin bahawa Allahlah pada hakikatnya yang menguruskan segalaNya. Maka dengan seluruh keyakinan saya serahkan segala urusan perjalanan kursus ini kepada Allah selepas saya berusaha sebaik mungkin dengan keterbatasan sumber yang ada. Itulah doa yang sering saya panjatkan kepada Allah.

Walaupun dengan hanya 3 orang fasi lelaki dan 2 orang fasi wanita dan dibantu dengan anak saya yang berusia 13 tahun, program Kursus Kesempurnaan Ibadah ini yang dihadiri seramai 49 orang peserta telah berjalan dengan cukup teratur, sama dengan program-program yang kami jalankan sebelum ini yang dilaksanakan melalui perancangan dan persiapan yang rapi. Terdapat suatu perkara yang agak menarik telah berlaku dan ingin saya kongsikan di sini.

Saya tidak sempat untuk menyediakan hadiah-hadiah saguhati sekiranya pelajar dapat menjawab soalan. Kemudian Allah mengilhamkan ke dalam hati saya agar membuat pertandingan mengikut kumpulan. Maka kami pun membuat 5 kumpulan, 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan. Sepanjang program pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan baik, yang suka memberi respon, yang dapat membaca ayat-ayat di dalam solat dengan betul dan dapat menghafal makna bacaan solat akan mendapat point dan dimasukkan ke dalam markah kumpulan. Saya berjanji kumpulan yang menang akan mendapat hadiah. Alhamdulillah permainan ini telah dapat membantu peserta untuk sentiasa bersemangat untuk mengikuti kursus ... masalahnya saya belum membeli hadiahnya. Pada masa itu saya membayangkan untuk membeli hamper tapi saya tak pasti samada kedai-kedai di Kuala Selangor ada menjual hamper ...

Masa yang saya boleh keluar untuk membeli hadiah pertandingan itu adalah pada hari kedua kursus dari jam 12:00 tengahari dan 1:00 tengahari kerana pada ketika itu adalah sesi hafalan dengan fasi. Justeru saya pun keluar ke pekan yang berdekatan. Tidak ada kedai yang menjual hamper. Saya melihat kiri dan kanan jalan dan akhirnya saya ternampak sebuah kedai menjual barang-barang cenderahati. Saya pun pergi ke kedai tersebut dan membuat keputusan agar semua pelajar akan mendapat satu hadiah cenderahati dari kedai tersebut, maknanya kumpulan yang johan pun akan dapat hadiah dan kumpulan yang last pun akan dapat hadiah. Masalahnya saya tidak tahu kumpulan mana yang sedang mendapat nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 kerana pertandingan masih berjalan ketika itu dan setiap kumpulan jumlah pelajarnya tidak sama. Yang saya dapat ingat ketika itu adalah jumlah kumpulan paling ramai adalah satu kumpulan pelajar perempuan seramai 13, diikuti oleh kumpulan seramai 12 orang perempuan dan tiga kumpulan lelaki mempunyai bilangan pelajar seramai 7 atau 8 orang kerana saya tidak berapa ingat ketika itu jumlah pelajar lelaki dalam satu kumpulan. Masalahnya bila ingin membeli hadiah tempat pertama, berapa jumlah yang saya perlu beli? 13? 12? 8 atau 7? Kemudian diikuti hadiah kedua? berapa jumlahnya 13? 12? 8? 7? Kalau saya membeli 13 hadiah bagi setiap tempat maka akan berlaku pembaziran, kalau saya membeli hanya 8 hadiah untuk tempat pertama, bagaimana jika kumpulan 13 orang yang memenangi tempat pertama?

Kemudian saya terus mengambil cenderahati-cenderahati yang ada mengikut beberapa perkiraan dan rasa hati. Saya membeli 13 hadiah untuk tempat pertama, 13 hadiah untuk tempat kedua, 8 hadiah untuk tempat ketiga, 8 hadiah untuk tempat keempat dan 13 hadiah untuk tempat keempat. Salesgirl di kedai tersebut membantu saya untuk membalut hadiah-hadiah tersebut.

Lebih kurang jam 1:30 tengahari saya tiba di tempat kursus. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah akan diadakan pada jam 4:30 petang. Selepas makan tengahari dan solat saya meneruskan pengendalian kursus di dalam modul kesempurnaan solat. Pada jam 3:30 petang, pelajar keluar dewan untuk minum petang dan ketika itulah saya mengeluarkan semua hadiah yang dibeli dan kami menyusunnya di dalam dewan bagi acara penutup.

Keputusan kuiz, tempat pertama kumpulan pelajar lelaki 8 orang, tempat kedua kumpulan pelajar perempuan 12 orang, tempat ketiga kumpulan pelajar lelaki 8 orang dan tempat ke empat dikongsi oleh kumpulan pelajar lelaki 8 orang dan kumpulan pelajar perempuan 13 orang.

Selesai sahaja penyampaian hadiah, ada lebihan 5 cenderahati tempat pertama dan 1 cenderahati tempat kedua. Justeru saya menghadiahkan cenderahati tersebut kepada 5 orang fasi yang ikut serta dan 1 hadiah tempat kedua itu diminta oleh anak saya yang berumur 13 tahun yang bertanggungjawab membuat tayangan multimedia di sepanjang kursus dan hampir jam 4 pagi beliau menyiapkan video klip tersebut. Cukup sempurna! Semuanya dapat hadiah dan tidak ada satupun lebihan. Semuanya telah disusun Allah dengan sempurna ... Terkedu juga saya dibuatnya ...

Walaupun sebelum ini saya yakin bahawa Allah akan menguruskan dan membantu urusan kita namun peristiwa ini telah seolah-olah ditunjukkan secara live kepada saya oleh Allah bahawa Akulah Yang SesungguhNya Maha Sibuk Menguruskan urusan MakhlukKu. Apa yang berlaku sebelum ini apabila berlaku peristiwa seperti ini kita sering mengatakan 'secara kebetulan' cukup semua ... Pandangan kita hanya setakat 'cukup semua' 'secara kebetulan', pandangan kita tidak nampak bahawa Allahlah yang mencukupkannya ... pandangan kita terhijab (ter'cover') setakat ciptaan Allah dan tidak nampak kewujudan Allah ... Ya nampak kewujudan Allah melalui pandangan mata hati ...

Samalah seperti apabila air hujan turun, pandangan mata hati kita hanya terhenti kepada air hujan yang turun .. dan tidak nampak itulah Allah yang menurunkan hujan, itulah Allah yang sesungguhnya memberi kita minum selama ini .... Adakah terdetik dihati kita mengingati Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki dan Pemberi makan dan minum apabila melihat hujan turun. Pandangan kita hanya terhenti setakat ciptaan Allah, iaitu hujan dan tidak nampak Allahlah Yang memberi kita makan dan minum dengan air hujan itu. Namun bagi seseorang yang sentiasa sentiasa sedar (zikir) dan dapat merasa bahawa Allahlah segala-galanya yang ada di sekelilingnya, baik ketika ia makan, baik ketika ia melihat bangunan tinggi, baik ketika dia melihat kereta-kereta yang berjalan, baik ketika dia melihat anak kecil maka seluruh hidupnya dipenuhi dengan rasa kesedaran yang tinggi bahawa Allah itu wujud dan yang lain iaitu ciptaan Allah adalah suatu yang fana' (yang akan hilang suatu hari nanti). Maka barulah selari kesedarannya dengan kalimah Lailahaillallah ... namun bagi kita yang tidak mempunyai kesedaran ini, maka hidup kita dipenuhi dengan Yang Selain Allah ... Itulah yang sering terhambat dihati kita dan terlihat di pandangan mata kita yang sering menipu ... samada anak-anak, harta, jawatan, pangkat, rumah besar, kereta besar sehingga Allah seolah-olah tidak wujud. Hasilnya, Allah Yang Wujud itu fana' di hati orang-orang yang lalai dan yang selain Allah itu pula yang wujud ... Ampunkan kami Ya Allah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, September 25, 2009

Allah ajarkan kenapa saya tidak khusyuk dalam solat

Assalamualaikum wr. wb.

Seorang yang master di dalam ilmu fizik contohnya akan sentiasa meningkat ilmu dan kemahirannya di dalam ilmu fizik tersebut. Namun berlainan dengan solat yang khusyuk. Seorang yang master dalam solat khusyuk pada hari ini, belum tentu dia akan khusyuk pada esok hari ... Itulah suatu istimewanya Solat Khusyuk ini ... Khusyuk dalam solat adalah anugerah dari Allah. Pada hari ini kita sangat khusyuk, esok belum tentu lagi ...

Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan kefahaman perkara-perkara yang boleh mendatangkan gangguan di dalam solat kita. Terdapat beberapa peristiwa yang ingin saya kongsikan di sini, ada yang telah berlaku suatu waktu yang agak lama dahulu dan ada juga yang baru saja terjadi ...

Setiap kali saya menghadapi masalah tidak khusyuk dalam solat, saya akan merasa sangat sedih dan gelisah ... hilang rasa kenikmatan solat ... seolah-olah seperti ditarik atau diambil ... Saya sememangnya yakin bahawa kekhusyukan dalam solat adalah anugerah dari Allah maka saya segera beristighfar kepada Allah dengan sungguh-sungguh dan saya bertanya kepada Allah apa kesalahan yang telah saya lakukan. InsyaAllah, Allah akan memberikan jawapannya dan insyaAllah akan ditunjukkan apa yang kita lakukan yang memberi kesan kepada solat kita. InsyaAllah saya ingin berkongsi perkara itu pada penulisan kali ini.

Pernah terjadi hampir seminggu saya menderita tidak khusyuk dalam solat. Saya bertanya kepada Allah dan Allah memberikan jawapannya ... Ada satu racun telah memasuki jiwa saya dan racun itu begitu sukar untuk dikeluarkan hingga memberi kesan kepada solat saya. Apakah racun itu? Pujian yang saya terima :( Biasanya jarang saya terkesan dengan pujian. Tapi pada suatu hari saya terbaca sms yang dihantar kepada suami saya dan dipendekkan cerita terdapat suatu pujian kepada saya yang diberikan oleh seseorang master trainer yang saya hormati. Memandangkan pujian itu datangnya dari seorang trainer/consultant yang berpengalaman maka ianya terkesan di hati saya. Saya merasa gembira dengan pujian itu dan memikirkan perkara itu buat beberapa waktu. Apa yang berlaku kemudian saya tidak khusyuk dalam solat dan saya diilhamkan ke dalam jiwa saya bahawa pujian itu telah meracuni seluruh diri saya. Hampir seminggu saya berusaha untuk mengeluarkannya dengan berterusan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Berhati-hatilah bila kita ingin memuji sahabat kita; kita mungkin sedang meracuni dirinya ...

Suatu hari yang lain saya menghadapi lagi masalah tidak khusyuk dalam solat dan saya terus memohon ampun dan bertanya kepada Allah apa yang telah saya lakukan. Kemudian Allah menunjukkan kepada saya sinetron indonesia yang saya tontoni sebelum ini; cerita Aqso dan Medina .. jangan gelak ya :) betul ni ... Sebenarnya saya seorang yang jarang menonton televisyen kecuali berita. Saya sememangnya tidak minat menonton tv kerana terpaksa menutup mata kerana banyak adegan2 seperti berpegangan tangan antara lelaki dan wanita dan sebagainya yang merupakan perkara2 yang diharamkan dan saya tidak sanggup membiarkan mata saya melihatnya. Namun pada suatu waktu, saya sering pulang awal dari pejabat, lebih kurang jam 6 petang sudah sampai ke rumah dan pada waktu itu di TV ada sinetron indonesia Aqso dan Medina keudara dan saya telah terlalai (lupa bahawa saya tidak sepatutnya menonton sinetron tersebut) dan menontonnya hingga habis. Ia telah memberi kesan kepada solat saya ...

Suatu malam saya ke Pasar Malam dan kemudian saya pergi membeli Yong Tau Foo. Kakak yang selalu menjual Yong Tau Foo (yang saya yakini sumbernya) telah tidak berniaga pada malam tersebut. Justeru saya membeli dari peniaga yang lain di pasar malam itu. Terdetik di hati saya dari sumber mana mereka membeli bahan-bahan Yong Tau Foo itu tapi saya tidak mengendahkan lintasan hati itu dan terus membelinya. Pada malam itu saya dan anak-anak memakan Yong Tau Fo yang saya beli dari pasar malam. Kemudian saya mengalami masalah tidak khusyuk dalam solat. Saya bertanya kepada Allah apa yang telah saya lakukan ... dan dalam sekejapan itu Allah menunjukkan kepada saya Yong Tau Foo yang saya beli itu ... Sejak itu saya tidak lagi membeli dan memakan apa-apa dari Yong Tau Foo ... Semoga Allah akan sentiasa mengingatkan saya ...

Terdapat juga suatu waktu saya tidak khusyuk dalam solat dan Allah mengilhamkan ke dalam jiwa saya kata-kata yang saya katakan kepada seorang sahabat yang tidak saya sengajakan telah mengecilkan hatinya ...

Saya yakin kita semua ada mengalami masalah tidak khusyuk dalam solat bukan? Segeralah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Tanyalah kepada Allah kenapa kita tidak khusyuk dalam solat insyaAllah Allah akan menjawab pertanyaan kita. Bagaimana kita tahu itu adalah ilham dari Allah? Ia akan datang tiba-tiba tanpa kita fikirkan ... Bila ia datang, kita akan tahu itu dari Allah ... Contohnya ... kita sedang hendak meninggalkan rumah untuk ke pejabat atau ke kampus, tiba-tiba tanpa kita fikirkan kita teringatkan sesuatu di almari yang penting untuk di bawa .... pernah kan terjadi macam ni ... tanpa kita fikirkan, tiba-tiba saja perkara itu diilhamkan kepada diri kita ... Nah, itulah dari Allah insyaAllah ...

Apa hikmahnya yang saya dapat dari peristiwa-peristiwa ini adalah solat itu insyaAllah akan sentiasa mengajar kita apa yang tidak sepatutnya kita lakukan. Itulah antara banyaknya kehebatan penciptaan solat yang Allah telah anugerahkan kepada kita ... Seperkara lagi yang tidak kurang penting yang saya pelajari adalah sebenarnya banyaknya dosa dan kesalahan yang kita lakukan setiap hari. Teringat saya kepada suatu peristiwa di dalam hadis Rasulullah saw di mana Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari ranting kayu di padang pasir. Pada mulanya sahabat-sahabat bertanya kepada Rasulullah saw bagaimana hendak mencari ranting kayu di padang pasir sedangkan pohonnya pun tidak tumbuh di situ. Namun rasulullah saw bertegas dan meminta mereka mencari ranting kayu. Akhirnya mereka menjumpai satu dua ranting kayu dan terus mengumpulkan. Akhirnya ternyata banyak ranting kayu dapat dikumpulkan. Kemudian Rasulullah saw berkata kepada para sahabat; "Begitulah dosa kamu setiap hari, ternampak seperti tidak ada tetapi di hadapan Allah terkumpul banyak " Peristiwa dan pengajaran yang saya dapati dari tidak khusyuk dalam solat ini telah menyedarkan diri saya betapa banyaknya dosa dan kesalahan yang saya lakukan setiap hari yang tidak saya sedari. Semoga Allah mudahkan kita untuk sentiasa bertaubat kepadaNya ....

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Khamis, September 17, 2009

Allah ajarkan bahawa solat itu seperti saat menemui kematian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bertemu semula kita, setelah agak lama juga rasanya saya tidak berkesempatan menulis di blog ... Mungkin ramai yang dah balik kampung berhari raya. Saya seperti biasa berhari raya di bandaraya Kuala Lumpur ... walaupun ramai yang mengatakan tak seronok berhari raya di Kuala Lumpur, bagi saya berhari raya bersama ibu dan ayah saya adalah suatu yang menyeronokkan tidak kira di mana juga ...

Alhamdulillah kami telah dapat menganjurkan Halaqoh Solat Khusyuk yang kedua pada 12 september yang lepas. Lebih kurang 100 orang telah hadir, alhamdulillah ... Pada kali ini seluruh perbelanjaan halaqoh telah diinfaqkan oleh penderma-penderma yang bermurah hati malah terdapat lebihan untuk Halaqoh yang ketiga nanti insyaAllah.

Pada malam ini saya ingin berkongsi sesuatu kefahaman yang diajarkan kepada saya oleh Allah dan saya dapati ketika menghadiri halaqoh solat khusyuk baru-baru ini.

Sahabat saya cikgu Yati membuat sharing ketika sesi halaqoh yang lepas di mana beliau menceritakan pengalaman merasakan saat-saat seolah-olah kematian telah datang. Suatu ketika dahulu pada pengalaman beliau yang pertama, ketika saat itu tiba, beliau teringatkan anak-anak dan keluarga dan merasa tidak bersedia untuk menemui Allah dan tidak dapat berserah sepenuhnya kepada Allah. Namun pengalaman yang berbeza beliau rasai pada 3 Ramadhan yang lepas apabila beliau menghadapi lagi saat-saat seolah-olah hari itu adalah hari terakhir beliau di dunia ini ... Namun pada kali ini, cikgu Yati berkata bahawa pada kali ini beliau lebih bersedia untuk menghadapi saat kematian itu apabila beliau dengan hati yang rela melepaskan anak, keluarga, harta, pekerjaan dan sebagainya dari hatinya ....

Justeru ketika itu saya dialiri kefahaman bahawa apabila kita solat sebenarnya ianya adalah sama dengan saat kita menghadapi kematian; iaitu kita kembali kepada Allah ... Justeru sewajarnya kita telah sanggup melepaskan dunia dan isinya yang telah menghambat kita selama ini ... Contohnya kalau pada hari ini kita akan mati, apakah kita akan fikirkan tentang peperiksaan yang akan kita hadapi? Tentu peperiksaan itu sudah tidak penting lagi bukan? Adakah kita fikirkan tentang masalah kewangan yang menyempitkan kehidupan kia? Pastinya ia bukan lagi masalah yang besar ketika itu. Atau adakah mungkin kita akan memikirkan bagaimana hendak menyiapkan projek kita yang telah overdue? Pastinya ada projek besar yang kita fikirkan ketika itu ... projek menghadapi Allah, menghadapi sakaratul maut ...

Begitu jugalah dengan solat ... Apabila kita solat, sewajarnya sikap kita sama seperti kita menghadapi kematian; segalanya sudah tidak penting ketika itu, kita lupakan, kita tinggalkan ... Kita lepaskan segala yang berkaitan dengan dunia dan isinya ... Seolah-olah kita akan mati, kita kembali kepada Allah ... yang lain sudah tidak penting. Namun dalam solat kita sehari-hari kita sering gagal untuk khusyuk kerana kita gagal melepaskan dunia dan isinya yang membelengu fikiran dan hati kita ... Maka kita gagal kembali kepada Allah secara total ... dan hasilnya adalah solat yang tidak khusyuk ...

Mudah kita memahami perkara ini bukan? Namun kenapa kita gagal juga untuk kembali kepada Allah secara total ketika solat, menyerahkan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia ini sepenuhnya, melepaskannya dari fikiran dan hati kita ... Ini adalah kerana seseorang yang dapat melepaskan dunia ini di dalam solat adalah orang yang telah dapat melepaskan dunia ini di luar solat ... Justeru sekiranya dunia dan isinya ini masih menghambat diri kita, memegang hati kita yang menyebabkan kita sukar melepaskannya di luar solat maka kita akan gagal untuk melepaskannya di dalam solat ... Justeru usah ribut-ribut mencari sebab kenapa kita gagal khusyuk dalam solat : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Isnin, September 07, 2009

Allah ajarkan bahawa manusia sedang bertungkus lumus memenuhi kehendakNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah kami dapat menganjurkan Karnival Tamaddun dan Warisan Islam semalam. Bila saya menceritakan kepada adik saya tentang karnival itu (ketika bertemu dengannya apabila kami berbuka bersama di rumah ayah saya) dia agak terkejut. Katanya ... ha bulan puasa buat karnival? Saya dengan tersenyum mengatakan ya .... Gerakerja dakwah dan jihad tak kira bulan, perlu teruskan ... Apabila telah bermesyuarat dan menetapkan sesuatu, maka teruskan, ada keberkatan di dalam suatu yang diputuskan melalui syuara... Saya teringat kata-kata saya kepada ahli mesyuarat jemaah saya yang pada satu ketika dahulu hendak membatalkan penganjuran karnival ini dengan alasan bulan Ramadhan, nak buat kuih raya dan sebagainya ... Alhamdulillah dengan pentarbiyahan yang sekian lama dan ketaatan kepada pemimpin, mereka akur dengan penuh ceria dan keikhlasan. Suatu yang saya rasa sukar saya didapati di kebanyakan kumpulan. Akhirnya karnival berjaya dianjurkan dengan begitu lancar dan tersusun, hampir tidak kelihatan kelemahannya ... Terima kasih Ya Allah ... kata hati kecil saya sepanjang penganjuran karnival ini ... Kami telah berusaha sebaik mungkin (tabik spring saya pada semua ahli jemaah yang begitu komitted) tapi kami telah menyerahkan kepada Allah untuk menyusunnya dengan perancangan Allah yang lebih hebat ...

Malam sebelum karnival, hujan turun selebat-lebatnya ... Ini telah membantu di dalam pengendalian acara program yang diadakan di bawah khemah di tapak karnival. Cuaca sejuk pada awal program dan tidak panas di sepanjang karnival diadakan. Ketika program dijalankan, Allah memberi ilham kepada saya beberapa perubahan yang perlu dilakukan dan saya maklumkan kepada sekretariat untuk membuat perubahan tersebut dan alhamdulillah jelas ianya membantu lagi kelancaran program-program yang dijalankan. Segalanya berjalan dengan penuh keteraturan dan saya berbicara kepada Allah sambil tersenyum ... Ya Allah, kami sedang melihat kesibukanMu menguruskan karnival ini ...

Pada pagi ini, saya sebenarnya ingin berkongsi suatu kefahaman yang Allah alirkan ke dalam jiwa saya berkenaan suatu hakikat bahawa manusia di alam ini sedang bertungkus lumus memenuhi kehendak Allah ...

Kita sering merasakan bahawa hanya orang Islam yang patuh pada Allah sedang memenuhi kehendak Allah manakala orang-orang kafir dan orang-orang yang beragama Islam yang engkar merupakan hamba-hambaNya yang tidak memenuhi kehendak Allah ... Well, saya mendapat satu paradgima yang baru ... Semuanya sedang memenuhi kehendak Allah :)

Pada perjalanan pulang dari Jakarta baru-baru ini, ketika di dalam kapalterbang saya mendapat suatu kefahaman yang dialirkan oleh Allah ke dalam jiwa saya ... Sesungguhnya Allah mahukan orang-orang yang biasa macam saya mudah untuk menaiki kapalterbang kerana harganya murah maka Allah mengilhamkan kepada jiwa Tony Fernandes (boss Air Asia) untuk membangunkan bisnes penerbangan tambang murah ... Maka dengan ilham itu dan passion serta semangat yang juga dialirkan ke dalam jiwa Tony Fernandes oleh Allah, maka bertungkus lumuslah Tony Fernandes mengusahakan bisnes pernerbangan murah ini dan dengan daya kreativitinya yang juga dialirkan oleh Allah Ya Maha Kreatif maka sekarang promosinya NO ADMIN FEE di mana lagi murahlah untuk terbang dengan Air Asia ... Apa yang berlaku sebenarnya adalah Tony Dernandes tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang memenuhi kehendak Allah yang inginkan perhubungan dan pengangkutan ini dapat dimudahkan untuk hamba-hambaNya ... Kemudian saya teringat pula lebuhraya DUKE yang saya gunakan sekarang ini yang memendekkan perjalanan saya ke tempat kerja sebanyak 30 minit, maka orang-orang yang telah bertungkus lumus untuk membina lebuhraya DUKE itu sebenarnya telah memenuhi kehendak Allah mahukan sistem jalanraya yang lebih efektif ...

Secara kesimpulannya, kesemua manusia yang sedang sibuk mencari rezeki dengan menjalankan apa saja aktiviti yang membawa kebaikan kepada manusia dan alam ini sedang bertungkus lumus memenuhi kehendak Allah. Hanya dengan ciptaan Allah "keperluan mencari rezeki", Allah telah dapat menundukkan manusia untuk memenuhi kehendakNya ... Manusia sibuk ke sana kemari, merancang itu dan ini, ke hilir ke hulu, terbang sana, terbang sini ... rupa-rupanya semuanya sedang tunduk kepada kemahuan Allah ... Allah berkehendakkan terbangunnya peradaban dan ketamadunan di muka bumi ini tetapi Allah mahukan ianya dibangunkan oleh manusia yang (dipilihnya sebagai khalifah di muka bumi ini) melalui daya yang diberikan oleh Allah seperti daya melihat, mendengar, berfikir, merancang dan sebagainya. Maka ada yang Allah ilhamkan rasa minat terhadap ilmu kedoktoran maka jadilah dirinya doktor atas kehendak Allah, ada yang Allah alirkan jiwanya menyukai kerja-kerja yang dilakukan oleh tangan, maka jadilah dirinya mekanik kereta, tukang jahit, tukang cat dan sebagainya ... Ada yang dah bertahun-tahun belajar kejuruteraan, tapi kemudian bekerja di dalam bidang IT (seperti apa yang berlaku pada adik saya) kerana Allah berkehendakkan dia membantu dunia ini di dalam bidang IT ... semuanya tunduk kepada kehendak Allah ... Akhirnya tanpa kita sedari, kita adalah seperti bulan, bintang dan matahari ...semuanya tunduk kepada Allah ... tetapi ketundukkan ini secara tidak kita sedari ... ya seperti Tony Fernandes tadi, tidak sedar dirinya sedang memenuhi kehendak dan kemahuan Allah ...

Ayuh, jadikan ketundukkan ini secara kita sedari ... Dari kefahaman ini jelaslah kepada saya bahawa seorang yang tunduk kepada Allah dan menjalankan tugasannya sebagai khalifah Allah adalah seorang yang berusaha dengan sebaik mungkin di dalam apa juga aktiviti yang dilakukan untuk memakmurkan bumi ini. Maka sekiranya kita seorang jurutera, kita akan memenuhi kehendak Allah dengan menjadi jurutera yang berfikir, berusaha keras dan menyumbang kepada dunia ini. Sekiranya kita seorang doktor, kita sedang memenuhi kemahuan Allah sekiranya kita menggunakan segala ilmu dan kepakaran kita semaksima yang mungkin untuk membantu pesakit-pesakit kita ... sekiranya kita seorang tukang sapu, Allah berkehendakkan suasana kehidupan yang bersih ... maka kita akan sapu dengan tekun dan memastikan tidak ada sampah yang tertinggal .. Maka dengan kesedaran ini, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang kerana segala yang kita lakukan kita akan lakukan yang terbaik semata-mata kerana Allah menghendakinya ... Kita akan cari ilmu semaksima mungkin, kita akan belajar kemahiran demi kemahiran, kita akan merancang secara teliti, kita akan fokus dan komited ketika melaksanakannya dan kemudian kita serahkan segalanya kepada Allah (suatu yang tidak ada di dalam kehidupan orang-orang bukan Islam). Barulah kita akan bangun semula sebagai sebuah bangsa yang dihormati kerana penganut-penganutnya merupakan orang-orang yang berilmu, berkemahiran, komited, berusaha bersungguh-sungguh ... tetapi di dunia hari ini, siapakah yang mempunyai ciri-ciri tersebut ..orang bukan islam bukan? seperti orang-orang Jepun ... maka mereka menjadi bangsa yang dihormati oleh dunia, bangsa yang maju kehadapan ...

Nah, tidak mustahil kita mengembalikan tamadun Islam sekiranya ummah hari ini disedarkan bahawa orang-orang Islam perlu tunduk kepada kehendak Allah untuk memakmurkan dunia ini ... Selama ini ketundukkan kepada Allah sering dikaitkan dengan hanya syahadah, solat, puasa, zakat dan haji ... maka sekadar itu sajalah ketundukkan kita ... Kita perlu menyedarkan umat Islam pada hari ini bahawa sebagai khalifah Allah, ketundukkan kepada Allah bukan sekadar duduk di atas tikar sembahyang, berzikir, berpuasa tetapi tidak menyumbang kepada kemakmuran dunia ini ... Paradigma tersebut perlu diubah ... Maka apabila kita pergi kerja nanti ataupun kita pergi ke kuliah, pergilah dengan penuh kesedaran bahawa kita sedang memenuhi kehendak dan kemahuan Allah ... kita akan lakukan sebaik mungkin ... kerana Allah mahukan kita menyumbang kepada dunia ini dengan sebaiknya dan Allah sedang sentiasa mengukur tahap komitmen kita terhadap tugasan atau terhadap pelajaran .... Nah, maka barulah setiap langkah ke tempat kerja adalah butir-butir jihad yang menunggu balasannya di akhirat kelak, setiap perancangan yang difikirkan dengan teliti akan dicatatkan oleh malaikat ... kerana kita lakukan KERANA ALLAH ... barulah kita dapat merasakan kini bahawa setiap pekerjaan itu ibadah ... bagaimana sekarang? selesa?

Dikesempatan ini, izinkan saya menerangkan suatu perkara yang ada kaitannya dengan kefahaman dan paradigma di atas. Maaf sekiranya ia agak sensitif ...

Saya ingin menekankan di sini bahawa di dalam Al-Qur'an, Allah ada menyebutkan perlu ada segolongan manusia yang tugasannya mengajarkan ilmu, berjihad dan berdakwah secara full time ... walaupun secara zahirnya mereka tidak kelihatan membina bangunan, tapi mereka sedang memenuhi kehendak Allah membina jiwa-jiwa manusia untuk menjadi manusia yang tunduk kepada semua kehendak Allah yang ditetapkan di mana dengan ketundukkan secara sempurna ini, manusia tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan dunia ini seperti merompak, membunuh, merempit, mencemarkan alam dan sebagainya.... salah satu kaedah yang telah Allah ciptakan agar manusia tidak merosakkan dunia ini (yang bertentangan dengan kehendak Allah untuk memakmurkan bumi ini) adalah dengan memastikan terdapatnya sistem keadilan yang telah Allah tetapkan, terdapatnya sistem pemerintahan yang telah Allah redha sebagai mewakiliNya di dunia ini. Tanpa sistem pemerintahan Islam ini maka itulah yang berlaku di dunia ini, pemimpin rasuah dan menindas maka kehidupan manusia jadi sengsara, ditangkap tanpa bicara (contohnya ISA), anak dan dipisahkan dari ayahnya dengan zalim ... barangan jadi mahal kerana pemimpin yang hidup bermewah-mewah ... Justeru perlu ada sistem keadilan dan sistem pemerintahan Islam yang dikehendaki Allah ... maka kaedah menegakkan sistem pemerintahan Islam ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw ... dengan berdakwah dan berjihad di jalan Allah sehingga terbangun negara-negara yang tunduk kepada pemerintahan undang-undang dan pemerintahan Islam. Rasulullah s.a.w bukan sekadar membangunkan negara Islam di bumi Madinah dan Mekah tetapi juga ke negara-negara yang lain.

Maka tidak kira apa juga tugasan yang kita lakukan hari ini di dalam mencari rezeki dan memenuhi kehendak Allah, kita tidak boleh lupa tanggungjawab yang telah Allah tetapkan kepada kita semua untuk membangunkan semula sistem pemerintahan Islam yang juga merupakan perkara yang perlu ada untuk memakmurkan bumi ini ... Rasulullah saw telah mengajarkan kepada kita bahawa tugasan ini tidak boleh dilakukan secara bersendirian, ianya perlu dilakukan secara berjemaah ... maka berjemaah itu wajib hukumnya ...seperti kaedah fiqh ...wudhuk diperlukan untuk solat, maka wudhuk itu hukumnya jadi wajib apabila hendak mendirikan solat ... kalau tidak, wudhuk itu hukumnya sunat ... Maka sahabat sekelian, masuklah kedalam jemaah Islam yang diyakini mempunyai objektif yang jelas mengembalikan sistem pemerintahan Islam dan jalannya juga jelas untuk membangunkan pemerintahan Islam ...

Maaf ..panjang pula coretan pagi ini ...saya bercuti sempena Nuzul Qur'an, alhamdulilah office di dalam Negeri Selangor, dapat cuti extra :) ... Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuka minda kita dan mengembalikan semangat untuk kita bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh dan kemudian menginfakkan diri kita untuk perjuangan menegakkan sistem keadilan dan pemerintahan Islam ... InsyaAllah hidup akan bahagia kerana Allah yang akan menguruskan kehidupan kita ... tidak ada kekecewaan dan tidak mereka bersedih hati ... itu janji Allah ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, September 04, 2009

Allah ajarkan tentang hakikat berpuasa di bulan Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah Ramadhan pada tahun ini agak berbeza bagi saya dibandingkan dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang sebelumnya. Paradigma sudah berbeza maka saya menyambut Ramadhan pada tahun ini juga agak berbeza ...

Saya diajarkan oleh Pak Ustaz Abu Sangkan bahawa Ramadhan diciptakan Allah agar manusia dapat kembali kepada fitrahnya yang asal iaitu ruhNya yang ditiupkan ke dalam sarung fizikal yang dibuat dari tanah hitam yang berlumpur ... Kita adalah an-nafs yang dialiri ruhNya yang ditiupkan .... Fizikal kita hanyalah sarung yang menyaluti ruh tersebut ... Seperti sarung tangan ... sarung tangan itu hanyalah sarungnya tetapi bukan tangan ... tangan adalah yang didalamnya ... Contohnya apabila seseorang itu meninggal dunia akibat kemalangan dan mayatnya ada di tepi jalan ...Katakanlah namanya Udin, maka orang akan bercakap .. Ini mayat siapa? Mayat si Udin ... Udinnya mana? Udinnya telah pergi menemui Tuhannya .... Kita sering tidak dapat berada di dalam kesedaran ruh ini (kesedaran bahawa diri kita sebenar adalah an-nafs yang dialiri oleh ruhNya yang ditiupkan) kerana kita sering terikat dengan kesedaran fizikal kita (kita adalah anggota badan, kaki, tangan) . Ini adalah kerana kita sering ditarik oleh fizikal kita yang berasal dari tanah yang sememangnya suka kepada perkara-perkara yang berasal dari tanah seperti anak, isteri/suami, tanah berhektar-hektar, kereta dan sebagainya ... maka tarikan itu menyebabkan kita hanya setakat menyedari bahawa diri kita adalah anggota fizikal kita dan sering gagal menyedari bahawa diri kita secara hakiki adalah an-nafs yang dialiri oleh RuhNya itu.

Justeru apabila kita berpuasa, kesedaran ruh ini akan mengatasi kesedaran fizikal ... jiwa kita akan dekat dengan Allah (kerana ruh itu sememangnya sifatnya ingin sentiasa kembali kepada Allah) dan puasa itu tadi telah melemahkan dan mengecilkan nafsu. Maka kerana nafsu telah lemah, kekuatan tarikan kepada elemen-elemen yang berasal dari tanah juga lemah maka jiwa kita akan merasakan tarikan ruh yang ingin dekat dengan Allah ... maka hati kita terasa tenang, nyaman ... kita dapat merasakan dan sedar bahawa diri kita dekat dengan Allah ... Itulah diri kita yang sebenarnya ... an-nafs yang dialiri oleh Ruh itulah diri kita ... Ruh yang ingin sentiasa kembali kepada Allah ... kaki, tangan dan anggota badan kita bukan diri kita ... suatu hari kaki, tangan, mata dan seluruh fizikal kita akan kembali ke tanah apabila tidak lagi dialiri oleh RuhNya iaitu apabila kita telah mati nanti ... bukan itu sebenarnya diri kita, ia hanyalah instrumen yang diberikan Allah untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah diciptakan Allah agar dapat mengenalkan manusia kepada dirinya sebenar iaitulah an-nafs yang dialiri RuhNya (yang ditiupkan ke dalam fizikalnya) namun apabila kita mula ke Pasar Ramadhan dan melihat berbagai juadah .. maka kesedaran ruh tadi ditarik oleh nafsu yang mula membesar apabila melihat bermacam-macam juadah yang dijual... Kemudian apabila kita berbuka secara berlebihan, cuba lihat perbezaan solat Asar dengan solat Maghrib dengan perut yang telah penuh berisi berbagai makanan .... berbeza bukan? Ketika ini diri kita yang telah dekat dengan Allah tadi ditarik ke bawah oleh nafsu yang menyebabkan diri yang mula ingin mendekati Allah terus dilalaikan oleh nafsu makan yang tidak diuruskan dengan baik. Maka tidak sampailah kita kepada kesedaran bahawa diri kita adalah an-nafs yang dialiri RuhNya dan tidak tercapailah objektif puasa itu diciptakan untuk mengenalkan kita siapa diri kita sebenarnya ...

Selain dari itu saya juga dialiri kefahaman tentang hakikat penciptaan Ramadhan yang mungkin saya tidak pernah terfikir sebelum ini. Pastinya banyak rahsia dan hikmah Allah ciptakan Ramadhan baik dari segi kesihatan, latihan ketakwaan dan sebagainya. Namun terdapat satu lagi rahsia yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini ...

Berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini juga adalah sebagai satu latihan untuk kita dapat berpuasa sunat Isnin dan Khamis selepas menjalani latihan di bulan Ramadhan. Bayangkan kalau kita dapat berpuasa setiap hari selama sebulan, pastinya kita mampu untuk berpuasa dua hari dalam seminggu. Puasa sunat Isnin dan Khamis sangat penting di dalam membantu kita untuk mengenali siapa diri kita sebenarnya, membentuk jiwa yang bertakwa kepada Allah dan melahirkan insan yang berkeperibadian mulia. Untuk memahami perkara ini izinkan saya menceritakan pengalaman saya dahulu berkaitan dengan puasa sunat isnin dan khamis ini.

Suami saya menganjurkan iftar secara berjemaah pada setiap hari Khamis (di luar bulan Ramadhan) di surau-surau di sekitar daerah saya. Beliau akan berpuasa pada setiap hari Khamis. Ketika itu saya jarang berpuasa bersamanya kerana saya mempunyai masalah gastrik. Namun pada waktu berbuka, saya akan menyertainya di surau-surau ... Akhirnya saya mengikutinya berpuasa pada setiap hari Khamis ... Saya dapati apabila saya berpuasa pada hari Khamis, perangai saya akan jadi sangat baik pada hari Jumaat (keesokkannya). Saya rasa dekat dengan Allah, mudah sabar, rajin beribadah, bersopan ketika berbicara dan sebagainya ... Namun sifat tersebut saya dapati berkurang sedikit pada hari Sabtu dan lebih kurang lagi pada hari Ahad ... By the time masuk minggu hadapannya, mungkin tinggal 20% ... Justeru saya rasa begitu lambat untuk menunggu puasa pada hari Khamis berikutnya dan saya pun berpuasa pada Hari Isnin bagi menikmati suasana jiwa yang tenang, rasa dekat pada Allah, mudah sabar dan sebagainya ... Akhirnya saya dapat melihat hakikat latihan takwa melalui mujahadah diri yang telah Allah sediakan melalui latihan puasa sunat Isnin dan Khamis ... dan kini saya dapat melihat hubungan berpuasa di bulan Ramadhan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis ini, alhamdulillah.

Apabila saya berkongsi perkara ini dengan sahabat-sahabat, ada yang mengatakan ... eh kan puasa isnin khamis tu sekadar sunat bukan wajib ... Saya memberitahunya, ya ... dengan amalan sunat itulah seseorang insan dapat mencapai darjat kekasih Allah dan mencapai cinta Allah, berjalan atas makrifatNya dan insyaAllah dinaikkanNya darjat disisiNya .... justeru berpuasa di bulan Ramadhan adalah seperti di kem latihan ... untuk melatih kita untuk beramal dengan amalan-amalan wajib dan sunat yang diciptakan Allah yang merupakan proses pembangunan insan bertakwa yang akan membawa insan menuju ke jalan TuhanNya dan kembali kepadaNya sebagai jiwa yang tenang lagi diredhaiNya ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Khamis, September 03, 2009

Allah ajarkan tentang Sabar di dalam Menuju JalanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Menemui sahabat-sahabat sekelian di bulan Ramadhan penuh keberkatan ini semoga dapat menjiwai hakikat penciptaan Ramadhan ....

Saya ada berjanji pada salah satu entry saya bahawa saya ingin berkongsi kunci-kunci menuju cinta Allah yang telah diilhamkan Allah ke dalam hati saya ...Saya pernah berkongsi bahawa kunci yang pertama adalah ikhlas kepada Allah. Kemudian setelah itu, Allah mengilhamkan ke dalam jiwa saya bahawa kunci yang kedua adalah sabar di dalam menuju jalanNya ...

Ingin menceritakan secara terperinci bagaimana peristiwa ini berlaku di mana saya dialiri kefahaman ini saya tidak mampu kerana telah lupa ... namun secara ringkasnya ketika saya sedang berusaha untuk mencari cinta dan kasih sayang Allah, terkadangkala saya rasa kecewa kerana solat yang tidak khusyuk, tidak merasa cinta kepada Allah dan sebagainya ... ketika itulah Allah mengilhamkan ke dalam jiwa saya bahawa saya perlu bersabar dan kuatkan kesabaran itu di dalam menuju Tuhan.

Justeru, saya memohon pertolongan dari Allah agar diberiNya kekuatan di hati saya untuk bersabar .... Setelah beberapa lama saya melatih diri untuk bersabar (atas pertolongan Allah juga), saya dapat melihat bahawa sabar adalah satu latihan yang dapat melembutkan hati kerana hidayah Allah akan turun pada insan yang lembut hatinya, sentiasa merendah diri dan tidak ego ...

Maka apabila hati telah dapat dilembutkan, maka barulah hati itu telah disediakan untuk menerima cinta Allah yang Maha Suci yang hanya dapat diturunkan di hati yang telah disucikan ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Rabu, September 02, 2009

Allah ajarkan bahawa Dialah Yang Mengatur Rezeki

Assalamualaikum wr. wb,

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk mengikuti TOT (training of trainers) di Solat Center Jakarta, Jatibening pada 29 dan 30 Ogos yang lepas. Pengisian disampaikan oleh Pak Ustaz Abu Sangkan dan program dihadiri oleh lebih 800 peserta dari seluruh Indonesia, Singapura, Australia dan kami 8 orang dari Malaysia... Kepala saya sakit kerana banyak menangis di program tersebut ...begitu juga peserta yang lain ... sangat menginsafkan dan memberi semangat untuk saya terus berusaha bersama sahabat-sahabat untuk mengembangkan solat khusyuk di Malaysia ...

Pada malam ini saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat keyakinan yang diberikan Allah kepada saya bahawa Dialah Yang Sebenarnya Mengatur Rezeki ...

Sebaik sahaja selesai pelatihan solat khusyuk selama dua hari pada 25 dan 26 Julai 2009 yang lepas, saya bertekad untuk segera menganjurkan Halaqah Solat Khusyuk bagi memastikan peserta-peserta yang telah mengikuti Pelatihan Solat Khusyuk (termasuk saya) dapat terus memantapkan kefahaman berkenaan Solat Khusyuk. Justeru saya berbincang dengan Pak Bonny dari Jogjakarta untuk datang ke Malaysia membuat pengisian di dalam halaqah itu nanti. Pak Bonny memaklumkan kepada saya bahawa dua orang akan hadir iaitu dirinya beserta Ustaz Nurhadi. Kos yang saya perlukan adalah dalam lingkungan RM3000 untuk menampung tiket, penginapan, pengangkutan dari airport dan sedikit saguhati kepada ustaz yang datang. Ketika itu saya tidak sempat untuk berbincang dengan sahabat-sahabat untuk mencari dana bagi menampung kos tersebut. Saya tidak berhasrat untuk mengenakan yuran dan saya lebih selesa halaqah ini tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Saya agak bingung bagaimana dapat saya cari jumlah RM3000 tersebut. InsyaAllah saya punyai duit sebanyak itu tapi memandangkan saya turut mempunyai keperluan untuk menggunakan duit di tangan maka saya teragak-agak samada untuk meneruskan halaqah yang dirancang ... Kemudian satu kekuatan lahir di hati saya dan keyakinan bahawa halaqah tersebut sangat penting dan saya pejamkan mata terus mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menampung keseluruhan kos tersebut. Alhamdulillah lebih 70 orang hadir di dalam halaqah yang pertama kali dianjurkan itu ...

Tidak sampai 2 minggu dari tarikh peristiwa tersebut, Allah memberi saya projek pembangunan sumber manusia bernilai hampir RM30,000. Saya terkedu bercampur terkejut. Ketika itu satu keyakinan yang begitu mantap masuk ke dalam jiwa saya bahawa Allah lah yang Mengatur Rezeki saya, saya keluarkan RM3000, Allah gantikan hampir RM30,000!Justeru, pengajaran yang boleh saya sharekan di sini adalah jangan khuatir untuk berinfaq di jalan Allah ...jangan suka berkira-kira bila terdapat keperluan jihad di jalan Allah ...

Namun, suatu peristiwa pula terjadi ketika saya di Jakarta tempoh hari. Saya membeli buku-buku untuk di bawa balik ke Malaysia agar ramai sahabat-sahabat dapat membaca buku-buku yang tidak mudah diperolehi di Malaysia. Setelah membelanjakan hampir RM800, saya merasa ingin membeli lagi buku-buku dan berhasrat ingin membelanjakan lagi lebih kurang RM200 untuk membeli buku solat cara nabi yang saya rasa sangat praktikal untuk peserta-peserta yang menghadiri kursus-kursus motivasi yang kami anjurkan. Namun saya teragak-agak untuk membelinya kerana memikirkan keperluan perbelanjaan bila balik ke Malaysia nanti. Justeru saya tidak membelinya hanya melihat saja dari jauh ... Di dalam perjalanan pulang ke airport, suatu peristiwa berlaku dan saya terpaksa membelanjakan RM200 itu ... Allah ambil juga, bisik hati saya ... rasa terpukul saya ketika itu, rasa bodoh pun ada ...

Justeru saya belajar bahawa apabila kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita dan menguruskan rezeki dan kehidupan kita. Jangan berkira-kira dengan Allah kerana duit yang ada dalam tangan kita belum tentu rezeki kita : )

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Ahad, Ogos 23, 2009

Allah Ajarkan Bahawa CintaNya melebihi Cinta hambaNya

Assalamualaikum wr. wb.

Saya agak segan ingin mencatat penulisan ini tetapi saya khuatir saya akan terlupa peristiwa ini. Saya mengharapkan catatan ini dapat dimanfaatkan bersama. Namun sebagai insan yang sangat lemah, saya memohon ampun kepada Allah sekiranya ada sekelumit rasa bangga diri sehingga tercalar keikhlasan menulis di blog ini ...Astaghfirullah ...


Alhamdulillah di suatu hari, Allah mengilhamkan di hati saya bahawa Dia juga mencintai Hamba-hambaNya yang sedang mencintaiNya ... ketika itu saya merasa sangat bahagia, teringat ketika masa muda dulu bila cinta kita mendapat respon ...begitulah yang saya rasa pada waktu itu ... mendapat respon dari Allah bahawa saya tidak bertepuk sebelah tangan .... Saya tersenyum ketika itu ...senyuman penuh kebahagiaan ...bahagia rasa orang bercinta ... tetapi kali ini cinta kepada yang berhak dicintai ...Malah Allah mengilhamkan di hati saya bahawa Cintaku melebihi cinta hambaKu ...

Ketika itu juga saya dialiri kefahaman bahawa apabila kita mencintai Allah, sebenarnya Allah juga berkehendakkan mencintai kita .... maka dialiri jiwa kita dengan kehendak mencintaiNya dan dimudahkan kita menuju jalanNya ...Apabila kita lalai dari mengingati Allah, Allah juga mula menjauh dari kita dan ilhamkanNya dalam jiwa kita sukma kefasikan yang menyebabkan kita bertambah jauh dari Allah ... Kemudian saya teringat sesuatu yang diajarkan oleh Pak Ustaz Abu Sangkan ketika saya pertama kali belajar dengan beliau di Jakarta pada bulan Mac 2009 yang lalu. Pak Ustaz berkata bahawa apabila di hati kita mengingati Allah sebenarnya Allah juga mengingati kita (malah melebihi ingatan kita kepadaNya) ... dan diilham Allah dihati kita dengan ilham ketakwaan maka kita akan sentiasa mahu mendekati Allah dengan amal ibadah seperti pergi ke kelas pengajian, puasa sunat dan sebagainya ... namun apabila kita mula lalai, maka ketika itu Allah juga ingin menjauh dari diri kita dan diilhamkan ke jiwa kita ilham kefasikan dan pada ketika itu syaitanlah yang akan menjadi teman kita .. Namun kerana Allah Ar Rahman Ar Rohim yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka ketika seseorang itu lalai dan sedang berada terus dalam kelalaian, Allah timpakan musibah seperti terkena penyakit atau kemalangan dan sebagainya, agar orang itu akan U turn dan kembali kepada Allah ...

Ringkasnya pengalaman yang saya lalui ini saya melihatnya sebagai suatu proses pembelajaran dari Allah kerana apabila kita mencintai Allah terkadangkala kita lupa bahawa Allah lebih mencintai kita ... kerana Allah itulah satu-satunya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan cinta kita adalah bersumberkan dariNya jua ...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Jumaat, Ogos 21, 2009

Allah Ajarkan Tentang MencintaiNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah saya dialiri Allah kefahaman tentang mengenaliNya, MengingatiNya dan mencintaiNya ...saya menyedari bahawa tidaklah sebanyak mana kefahaman saya ini berbanding dengan kefahaman para alim ulamak tetapi saya merasakan yang sedikit ini pun lebih luas dari seluruh lautan dan isinya .... luasnya ilmu Allah itu, subhanallah ... tidak tahu bagaimana saya hendak memulakan catatan ini sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat semua yang merupakan hamba-hambaNya yang sangat dicintaiNya ....

Saya pernah cuba suatu ketika dahulu membandingkan pengalaman cinta sesama manusia dan pengalaman cinta kepada Allah... dan pada ketika itu saya merasa kecewa dengan diri sendiri bagaimana jauh sekali pengalaman cinta dirasakan sesama manusia berbanding dengan perasaan cinta kepada Allah. Saya masih teringat ketika saya muda dan sangat jahil suatu ketika dahulu, saya sering terbayangkan orang yang dicintai pada setiap masa...nak makan nampak wajahnya dipinggan makan, nak belajar nampak wajahnya di buku ...apabila mendengar namanya disebut (walaupun yang dipanggil orang lain yang mempunyai nama yang sama) bergetarlah hati saya ..Masih saya dapat ingat lagi hari ini bagaimana rasanya getaran itu walaupun ia telah 26 tahun berlalu....Perbualan yang menyeronokkan ketika itu adalah perbualan yang berkaitan dengan orang yang dicintai ....

Jadi apabila saya katakan saya mencintai Allah ... maka apabila saya bayangkan sikap, perasaan, tindakan saya jika dibandingkan dengan pengalaman bercinta sesama manusia maka saya mengetahui bahawa saya masih begitu jauh dari tahap minima mencintai Allah .... Namun saya tidak putus asa ... saya yakin ketika itu bahawa Cinta Allah itu adalah anugerah dariNya ...Justeru saya sentiasa memohon dengan penuh sungguh-sungguh dan berharap agar Allah Ya Wadud dapat menumbuhkan perasaan cinta itu di hati saya ...

Pengalaman khusyuk dalam solat banyak membantu di dalam proses transformasi mencintai Allah ini. Bayangkan ketika solat, kita serahkan seluruh jiwa, perasaan dan kehidupan kepada Allah ...total ....Dengan penuh keikhlasan kita lafazkan ikrar penyerahan ini di dalam doa iftitah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Kau Ya Allah ... tidak ada untuk yang lain walaupun untuk diriku sendiri ....Kita berbisik penuh syahdu kepada Allah ketika membaca surah Al-Fatihah ... memujiNya, merasakan kasih sayangNya, memohon diberi petunjukNya ....sambil airmata bercucuran kerinduan kepadaNya ...Kita tunduk penuh hormat ketika rukuk sambil memuji kebesaranNya ...kita tersungkur menangis penuh kasih dan cinta ketika sujud menyembahNya ... kita berbisik lagi di dalam duduk antara dua sujud memohon keampunanNya, mengharapkan cinta dan rahmatNya, mengadukan apa saja persoalan kehidupan yang sedang dialami, menceritakan kesakitan fizikal yang sedang dirasai dan memohon dimurahkan rezeki dan sebagainya sesuai dengan syariat yang telah telah ditetapkan di dalam bacaan duduk di antara dua sujud ...berkomunikasi langsung dengan Allah dan menyerahkan apa saja masalah yang dihadapi kepada Allah ....jiwa yang penuh kekusutan lega rasanya apabila masalah telah dilontarkan kepada yang berhak menguruskanNya ... Adakalanya kita dapat merasakan Allah terus merespon masalah yang diutarakan dengan dialirinya ilham di dalam jiwa kita ketika itu juga ... Allah begitu dekat di rasai dan seterusnya akiviti-aktiviti di dalam solat ini yang dilakukan dan dirasai berulang-ulang akan dapat melahirkan perasaan cinta kepada Allah ... cinta yang mendalam yang tidak berbelah bagi ....

Impak (kesan) kekhusukan dalam solat akan di bawa di luar solat .... melihat apa saja di hadapan mata akan terasa kehadiran Allah ... Dimana saja aku mengadap di situlah wajah Allah ... Bila dilihat pohon-pohon yang sedang melambai-lambai ditiup angin ...terus dapat melihat bahawa Allahlah yang pada hakikatnya menciptakan angin yang kemudian meniup daun-daun di pepohonan yang begitu cantik mata memandang ...Bagaimana dapat ku lupakan Kau Ya Allah ...apa saja yang ku lihat akan ku teringatkan diriMu, apa saja yang ku dengarkan dapat ku lihat ayat-ayatMu ...mata hati ini yang melihatnya ...Apabila sungguh-sungguh aku berbicara pada Mu dalam doaku, bergetar hati ku dan merinding seluruh tubuhku ....lidahku sering merindui untuk berbual tentangMu ... indahNya cinta kepadaMu Ya Allah ...tidak akan sanggup aku menukarnya dengan dunia dan seluruh isinya ...Inilah cinta hakiki yang dicari selama ini ...

Cinta kepada Allah ini bukanlah suatu yang sukar didapatkan ....Belajarlah bagaimana khusyuk dalam solat, insyaAllah di sana menunggu cinta dan kasih sayang dari Allah ...Allah sedang menunggu kita dong! Ayuh jom belajar solat khusyuk ....

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ...